Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Sekretariat Baru ABIM Selangor



Shah Alam , 6 Mei –ABIM Selangor telah mengadakan Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yasin sempena pembukaan Sekretariat ABIM Selangor yang baru. Sekretariat yang diberi nama Anjung Berkat ini terletak di aras 2, Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam berhampiran dengan Restoran Mc Donald. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri, Setiausaha Negeri dan Ketua HELWA Negeri, Yang Dipertua ABIM Shah Alam dan Setiausaha Agung PEPIAS.

Selepas Solat Maghrib, satu perbincangan maya bersama Setiausaha Agung ABIM, Saudara Ariffin Mohamad Munir telah diadakan. Tujuan perbincangan Maya ini ialah untuk menguji keberkesanan medium telediskus ini dalam pengurusan jamaah ABIM. Beberapa perkara berkaitan sekretariat dan program-program terdekat telah dibincangankan antara Anjung Rahmat dan Anjung Berkat.

Solat Isya’ telah diimamkan oleh Al Fadhil Ustaz Muszaki Mohamad Ozir, Pengurus Masjid Mujahidin, Damansara yang juga Setiausaha ABIM Negeri Selangor. Ketua HELWA Selangor, Al Fadhilah Ustazah Hazlina Abdul Razak telah membuat pengisian ’ ’Ruhiyyah Akliyyah ’, membicarakan topik Mencari Habuan dunia dan Akhirat ( Surah Al Qasas, 28 : 77 ). Perbincangan topik ini telah berjaya menarik minat hadirin untuk turut sama berbahas dan berkongsi ilmu dan pengalaman hayat untuk memantapkan lagi kupasan topik pada malam tersebut.

Majlis tersebut telah diakhiri dengan jamuan istimewa. Semua yang hadir berharap dan berdoa semoga Anjung berkat ini akan menjadi garisan permulaan untuk memacu perlumbaan yang semakin hebat di dalam arena dakwah.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR