Helwa ABIM Bersama Umat (HABU)
Tanjung Karang, 11 Mei - Helwa ABIM Bersama Umat (HABU) telah selamat dijayakan dengan kehadiran 50 orang peserta dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Objektif program ini adalah memurnikan hubungan antara pendokong-pendokong helwa dengan masyarakat setempat. Program anjuran Helwa ABIM Tanjung Karang dan Helwa ABIM Selangor ini telah dimulakan dengan ceramah kesihatan oleh Prof. Dr. Nor Zuraida Zainal dengan tajuk Pengurusan Hidup Di Usia Senja. Beliau menjelaskan dengan terperinci tentang bagaimana perubahan-perubahan spiritual, intektual, emosi, sosial, fizikal dan seksual apabila seseorang individu itu memasuki tahap warga emas. Di samping itu, beliau menekankan betapa perlunya mengambil pemakanan seimbang dan pemeriksaan kesihatan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap kesihatan kita.
Prof Dr. Nor Zuraida juga menerangkan tentang kanser payu dara yang menjadi pembunuh utama wanita Malaysia. Faktor-faktor risiko yang menyebabkan kanser ini seperti wanita-wanita yang baligh awal, wanita yang baligh lambat, wanita yang tidak menyusukan anak, pengambilan makanan yang berlemak turut dijelaskan oleh beliau. Di samping itu, beliau menunjuk ajar bagaimana PSP dilakukan bagi pengesanan awal kanser tersebut.
Pemeriksaan kesihatan percuma seperti mengukur tahap glukosa dalam darah, tekanan darah, BMI dan ukuran lilit pinggang untuk mengetahui risiko penyakit kencing manis turut diadakan.
Di samping itu, kanak-kanak yang datang bersama ibu turut diraikan. Mereka menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan serentak dengan ceramah kesihatan. Kemudian adik-adik ini dihiburkan dengan tayangan filem `Muhamad Pesuruh Allah’. Malahan, wajah-wajah comel ini bertambah ceria apabila mendapat habuan hasil kerja tangan yang dilakukan.

0 comments:
Post a Comment