Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Laporan Bengkel Penulisan Islami

29-30 Mar 2008 - Helwa Selangor telah mengadakan satu bengkel penulisan islami. Bengkel ini telah dihadiri oleh 50 orang peserta dari seluruh Selangor. Kami telah diberi pendedahan tentang penulisan rencana oleh Puan Sri Diah, editor kumpulan Karangkraf. Kemudian, Datin Hajjah Fatini Yaakob telah menerangkan proses pengumpulan bahan dan penulisan kisah Natrah yang tersiar dalam Majalah Dewan Masyarakat pada tahun 1990.

Kami juga diterangkan bagaimana cara menghantar karya kepada penerbitan PTS oleh En. Fauzun yang merupakan Pengurus PTS Milenia. Penerangan yang panjang lebar oleh Cik Salina Ibrahim, editor majalah Nur tentang penghasilan karya kreatif-puisi, cerpen dan novel.

Apa yang paling ditekankan sepanjang bengkel adalah niat yang ikhlas untuk menulis kerana berdakwah, tanggungjawab penulis dan etika penulis. Kami juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan doa kepada Allah agar dikurniakan ilham. Kunci kepada penulisan adalah membaca, membaca, membaca dan membaca.

Diakhir bengkel, adik-adik peserta sekolah menengah telah diminta menyediakan satu cerpen dan Alhamdullillah ianya telah siap dalam satu jam. Cerpen tersebut akan dihantar kepada Cik Salina untuk diminta nasihat. Kami juga telah meminta cikgu pendidikan awal kanak-kanak menghimpunkan lagu-lagu Islami dan akan dianjurkan pada MGTK untuk direkodkan dalam CD.

Di samping itu, kami juga telah melancarkan satu blog untuk helwa. Walau bagaimanapun, blog ini masih dalam peringkat permulaan. Alamat untuk blog ini adalah
Helwaselangor.blogspot.com - Insyaallah, blog ini akan cuba memberi satu lagi alternatif dakwah kepada Pengguna siber.

Semoga usaha kami yang kecil ini mendapat keberkatan, diberi kekuatan dan istiqamah dalam menjayakan misi dakwah ini. Amin

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR