Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Muktamar ke-13 ABIM Daerah Serdang

Serdang, 12 Mac 2008 – ABIM Daerah Serdang telah menyempurnakan Muktamar ke-13 bertempat di TAHFIZ Al-Furqan, Taman Sri Serdang. Pada muktamar kali ini, Sdr Mohamad Halimi Kolan, Yang DiPertua (YDP) ABIM Daerah Serdang telah melepaskan jawatannya kerana beliau akan berpindah kerja. Beliau antara lain menyeru ahli-ahli agar memperkasakan agenda kaderisasi di dalam ABIM. Pada pemerhatian beliau, ramai di kalangan belia sebenarnya yang ingin terlibat dengan ABIM tetapi dilihat seolah-olah agak sukar kerana mereka malu alah, menganggap kehendak atau standard ABIM yang dilihat agak tinggi. Penerangan perlu dilakukan kepada mereka dan pendekatan secara lebih berhikmah ala outreach hendaklah dibuat untuk mendekatkan mereka kepada ABIM. Shirajuddin Sirat, YDP ABIM Selangor telah merasmikan muktamar ini. Beliau berpendapat bahawa di antara kelemahan ahli-ahli gerakan Islam dewasa ini ialah disebabkan mereka kurang menumpukan kepada aspek jihad dan dakwah dalam perjuangannya. Beliau seterusnya menyeru agar kerjasama di antara ahli-ahli ABIM dan WADAH mestilah dipertingkatkan agar proses transisi dapat berjalan dengan lebih baik. Pada muktamar ini, beliau merasa lega dan senang melihat ramai di kalangan seniors ABIM yang kini berada dalam WADAH turut menghadiri dan berpatisipasi di dalam muktamar. Di akhir muktamar, beliau telah mengumumkan senarai kepimpinan ABIM Daerah Serdang bagi sesi 2008/2009 seperti berikut:


Yang DiPertua
Khairul Hamzani bin Hj Hamid
Timbalan Yang DiPertua
Setiausaha
Syari bin Jamian

Setiausaha Kewangan
Mohd Ramzi bin Ahmad

Ketua HELWA
Muhammad Faisal bin Hamid

Ahli Jawatankuasa
Suzana bt. Jaafar
Nurul Nadiah bt. Ibrahim
Tengku Hazwani bt. Tengku Ibrahim Hamzah
Nur Sumirah bt. Mohd Dom
Fuad Hilmi bin Zakaria
Nur Aini bt. Ahmad

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR