jOm bantu - Kelas Agama di Kampung Orang Asli

16 Mac 2008 - satu lagi kelas pengajian untuk wanita telah diadakan di Kampung Bukit Kala, Batu 12, Jalan Gombak. Kelas ini mendapat sambutan menggalakkan. Kami membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan kecil. Kami masih membimbing mereka dalam kalimah syahadah, bacaan al-Fatihah dan Iqra’.

Matlamat kami hanya satu, semoga di akhir 2008, mereka yang istiqamah mengikut kelas ini dapat menyebut kalimah syahadah dan bacaan al-Fatihah dengan betul dan juga celik al-quran. Semoga apa yang dipelajari kekal tersemat dalam hati-hati kami. Semoga kami terus diberi kekuatan fizikal dan istiqamah dalam menjalankan usaha yang kecil ini.

Alhamdulillah, Kami telah berjaya mendapatkan sumbangan papan putih, sebuah al-quran untuk diwakafkan pada surau dan 10 buah buku Iqra’. Walaupun bagaimanapun, sebarang sumbangan masih dialu-alukan.

Kepada yang berminat untuk menyumbang, boleh hubungi saudari Faizah di talian 013-669 6035.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR