Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Ziarah ke ABIM Kelantan (WEB TV)

30 November – 2 Disember 2006. Rombongan ABIM Selangor diketuai Yang Dipertua, Saudara Shirajuddin Sirat disambut Setiausaha ABIM Kelantan, Saudara Mazelan Mat Zali di Sekretariat ABIM Kelantan, Jalan Pengkalan Chepa. Kami mengikuti kuliah tafsir mingguan Ustaz Mohamad Mustafa di Kompleks Masjid Hikmah. Kuliah yang diadakan setiap pagi jumaat mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Seterusnya kami berangkat ke pusat IOA (Islamic Outreach ABIM) di Kok Lanas. Kami diberi taklimat dan beramah mesra dengan anak-anak muslim orang asli. Dalam perjalanan, kami singgah di rumah kelahiran Presiden ABIM, Saudara Yusri Mohamad. Kami bermalam di rumah mantan pemimpin ABIM, Saudara Wan Abdul Rahman Wan Hussin di Wakaf Bahru. Kami sempat melihat tapak asal masjid Nilam Puri sebelum menyelusuri sungai Kelantan dengan perkhidmatan bot penumpang. Setibanya di Pangkalan Chepa, kami diberi taklimat perkembangan ABIM Kelantan dan beramah mesra dengan warga kerja sekretariat. Seterusnya kami menziarahi kompleks anak yatim dan fakir miskin di bawah pengurusan YAATIM (Yayasan Anak-anak Yatim Kelantan) iaitu Rumah Putera Harapan dan Rumah Puteri Harapan. ABIM Kelantan mengalu-ngalukan sumbangan sektor korporat dan orang ramai untuk membantu anak-anak yatim dan mengimarahkan masjid yang baru dibina.
[ Klik pada gambar untuk lebih jelas]

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR