UCAPAN AIDILFITRI 1434H YDP

ا
لسلام عليكم ورحمة الله ونركاته

Bagi pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434H kepada semua pendokong dan penggerak jemaah seluruhnya.

ABIM Selangor mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli, penggerak ABIM disetiap daerah atas program Ihya Ramadhan yang dijalankan pada tahun ini. Kesungguhan semua pihak   menjalankan program ummat . Kempen Seorang Sekampit Beras, Sandang Raya, Smart Solat, Waqaf Quran Dan Daie fan lain- lain lagi melambangkan kejituan semangat anak muda Islam untuk mendukung agama ini , sekaligus merealisasi impian untuk membina dan memimpin tamadun Khayra ummat.

Semoga semangat ramadhan Dan kegembiraan Syawal ini akan membuatkan kita terus istiqamah di jalan dakwah ini. InsyaAllah. Bagi pihak saf pimpinan ABIM Selangor memohon kemaafan atas kekurangan selama diberikan amanah menjalankan tugas sebagai pimpinan. 

 Sambutlah Syawal dengan penuh ketaqwaan.

 عيد مبارك. من العائدين والفاىزين. تقبل الله منا ومنكم. معاف ظاهير باطين.

Comments

KSSB 1438H

Popular Posts