PERASMIAN ROHINGYA EDUCATION CENTRE
25 Disember 2012, Batu Belah Klang - Majlis perasmian REC
ini telah disempurnakan oleh Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden WADAH.
Majlis diraikan oleh Projek ini telah diusahakan hampir lebih dari
setahun dan akhirnya berjaya menubuhkan pusat ini hasil usaha beberapa
agensi iaitu FGN, UNCHR, WADAH dan ABIM.
Ini merupakan usaha fardhu kifayah menurut perasmi. Membantu mereka
yang menghadapi kesukaran dan kemiskinan serta tekanan dalam kehidupan.
Keutamaan REC adalah bermatlamatkan 'IQRA' yakni bermaksud bacalah. Maka
dalam kekalutan pendidikan hari ini, usaha untuk mendidik ummat ini
tidak patut hanya bermusim bahkan biarlah ianya secara berterusan dan
disambut oleh semua Muslim.
"Ya Allah, kekalkanlah hidayah kepada kami untuk terus berbakti dan
menginfakkan diri kami untuk agama Mu. Tiada daya kami untuk
mempertahankan Islam ini melainkan dengan bantuan Mu, pemilik Nya. Kami
ingin terus berada dalam bahtera agama Mu, berlayar ke syurga janji Mu.
Berilah Ya Allah kekuatan kepada kami."
0 comments:
Post a Comment