Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




PERASMIAN ROHINGYA EDUCATION CENTRE

25 Disember 2012, Batu Belah Klang - Majlis perasmian REC ini telah disempurnakan oleh Dato' Dr. Siddiq Fadzil, Presiden WADAH. Majlis diraikan oleh  Projek ini telah diusahakan hampir lebih dari setahun dan akhirnya berjaya menubuhkan pusat ini hasil usaha  beberapa agensi iaitu FGN, UNCHR, WADAH dan ABIM.
Ini merupakan usaha fardhu kifayah menurut perasmi.  Membantu mereka yang menghadapi kesukaran dan kemiskinan serta tekanan dalam kehidupan. Keutamaan REC adalah bermatlamatkan 'IQRA' yakni bermaksud bacalah. Maka dalam kekalutan pendidikan hari ini, usaha untuk mendidik ummat ini tidak patut hanya bermusim bahkan biarlah ianya secara berterusan dan disambut oleh semua Muslim.
"Ya Allah, kekalkanlah hidayah kepada kami untuk terus berbakti dan menginfakkan diri kami untuk agama Mu. Tiada daya kami untuk mempertahankan Islam ini melainkan dengan bantuan Mu, pemilik Nya. Kami ingin terus berada dalam bahtera agama Mu, berlayar ke syurga janji Mu. Berilah Ya Allah kekuatan kepada kami."

0 comments:

Kuliah Tafsir Maudhuiy


0 comments:

Young ABIM Camp kini kembali...Daftar Segera! Tempat Terhad


0 comments:

Berbuka puasa bersama warga dan sukarelawan Darul Wardah

 7 Ogos 2012/18 Ramadhan 1433H, alhamdulillah telah diadakan Majlis Iftar DARWA-ABIM Selangor yang bertempat di Darul Wardah, Shah Alam. Hampir 70 orang telah hadir untuk sama-sama berbuka puasa dan memeriahkan majlis. Selain Exco ABIM Selangor, ABIM Daerah dan Ahli Lembaga DARWA, turut hadir adalah keluarga muallaf yang berada di bawah perhatian DARWA, sukarelawan dan para penyumbang DARWA.Selepas berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah, majlis telah diteruskan dengan sesi tazkirah yang disampaikan oleh Dr.Wan Adam [Timb.YDP ABIM Selangor]. Ustaz Zawawi Mughni yang mewakili tuan rumah, dalam ucapan beliau; sangat mengalu-alukan kehadiran para tetamu ke DARWA terutamanya mereka yang kali pertama menjejakkan kaki di sini. Beliau berharap agar semua yang hadir akan sentiasa menyokong setiap usaha DARWA untuk membantu ummat.Manakala Saudara Khairudin bin Abas [YDP ABIM Selangor] sebelum menyampaikan Sumbangan Seorang Sekampit Beras [SSB] kepada mereka yang layak, amat menghargai setiap sokongan dan bantuan yang telah diberikan oleh para penggerak jamaah yang bertungkus lumus memastikan bantuan sekampit beras dapat diagihkan kepada golongan sasaran. Beliau turut memaklumkan yang DARWA bersama ABIM Selangor akan mengadakan majlis makan malam yang bertujuan untuk mengutip dana bagi pembinaan Kompleks DARWA.Majlis berakhir pada jam 10.30 malam selepas solat sunat terawih dan moreh. Inshallah, semoga majlis iftar seperti ini dapat diadakan pada setiap tahun sebagai medan pertemuan di antara mereka yang banyak menyumbang dan membantu perjalanan DARWA, dengan warga DARWA yang lain.

0 comments:

Turun ke Kampung Orang Asli dengan Mini Lori

5hb Ogos 2012 - Alhamdulillah, pada hari Ahad, 5hb Ogos 2012, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Langat dengan kerjasama  Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) telah menganjurkan Program “Kempen Seorang Sekampit Beras.” Program ini digerakkan oleh ABIM di peringkat negeri serta daerah, dengan sekampit beras serta beberapa lagi barangan keperluan dapur disumbangkan kepada yang memerlukan. Memandangkan lokasi yang dipilih ialah kawasan yang sedikit pedalaman dengan kawasan jalan yang tidak rata, ABIM Kuala Langat memilih cara unik bagi menyerahkan sumbangan kepada masyarakat muallaf di Perkampungan Orang Asli Bukit Serdang, Bukit Changgang: iaitu dengan menggunakan lori mini. Bukan sahaja mencabar, tetapi juga menyeronokkan. Sebanyak 13 buah rumah muallaf telah diziarahi oleh aktivis ABIM dan PEPIAS Kuala Langat yang dibahagikan kepada dua kumpulan: iaitu kumpulan Muslimin dan kumpulan Muslimat.  Dengan menggunakan lori mini, satu rombongan Muslimin bergerak dari rumah ke rumah bagi mengedar beras serta beramah mesra dengan saudara baru. Manakala rombongan pendakwah srikandi berjalan kaki dari rumah ke rumah di sekitar surau kampung tersebut sambil mengajak mereka ke jamuan berbuka puasa di surau. Program yang mendapat sokongan Tok Batin kampong tersebut, turut dimeriahkan dengan acara berbuka puasa serta solat Maghrib berjemaah.Suasana surau agak ceria pada malam tersebut. Para aktivis turut diberikan penerangan oleh aktivis Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) yang juga tokoh veteran ABIM Kuala Langat, Saudara Samad, berkenaan cara untuk mendekati serta menyantuni masyarakat Orang Asli. Beliau yang mempunyai ramai kenalan rapat dalam kalangan Orang Asli, turut mengusulkan agar satu kertas kerja berbentuk kajian disiapkan, berkenaan kaedah terbaik bagi menjalankan aktiviti dakwah dan pembangunan insan kepada masyarakat Orang Asli. Hal ini penting, menurut Saudara Samad, kerana manfaatnya besar serta boleh dijadikan rujukan oleh sesiapa sahaja. ABIM dan PEPIAS Kuala Langat juga sebulat suara untuk memutuskan agar tindakan yang praktikal perlu diambil untuk membantu saudara baru secara berterusan. Mereka memerlukan pengajian agama dan pendidikan pra-sekolah. Sesungguhnya, harta kita ialah maruah. Penyelamat kita ialah iman. Semoga bulan Ramadhan ini menjadikan kita sebagai khalifah yang lebih baik dari Ramadhan yang lepas. Amin dan in sya ALLAH. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan 1433H ini. “Taqwa Dihayati, Ramadhan Dimaknai.” Khalas.

0 comments:

Kem Penghayatan Ramadan Peringkat Negeri

22 Ramadhan 1433H bersamaan 11 Ogos 2012 – Perjalanan fasilitator-fasilitator sukarelawan ABIM Selangor telah sepakat untuk berkumpul di Masjid Jamius Salahiah Kampung Sungai Tua Gombak pada jam 4.00 petang. Fasilitator mula tiba dari jauh dan dekat. Seramai 25 orang fasilitator telah berjaya dikumpulkan di masjid ini bersama 2 ketua fasilitator bagi melalui proses induksi bagi Kem Remaja @ Ramadhan yang akan berlangsung bermula jam 8 pagi keesokan harinya (23 Ramadhan 1433H). Perjalanan aktiviti pada hari ini bermula dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Jurulatih, saudara Kamarul Azami bin Mohd Zaini. Kem ini dianjurkan oleh 3 pihak iaitu ABIM Selangor, Penghulu Mukim Batu dan Gombak serta pihak masjid iaitu Masjid Jamius Salahiah Kampung Sungai Tua, Masjid Asy-Syakirin Gombak Setia juga Masjid Ar-Rahiomah Greenwood. Sesi petang tersebut diisi oleh Jurulatih sendiri dengan beberapa aktiviti pengenalan serta simulasi aktiviti pemecah bendungan dan fokus minda peserta. 25 orang fasilitator yang hadir dari pelbagai latar belakang. Ada yang telah bekerja, pelajar IPTA dan IPTS seperti UIAM, MMC, Kolej Hafiz Klang, UNIKL serta UNISEL. Kemudian fasilitator berbuka bersama dan menunaikan solat Maghrib, Isyak, Tarawih dan Witir. Sesi malam tersebut, peserta diberikan motivasi oleh TYDP ABIM Selangor, Dr Wan Adam dan ditutupi dengan perbincangan serta pemecahan kumpulan mengikut masjid yang disediakan. Fasilitator kemudian mengisi malam mereka dengan rehat dan qiamullail bersama pihak masjid dan turut serta YDP ABIM Gombak yang juga Penghulu Mukim Batu. 23 Ramadhan 1433H bersamaan 12 Ogos 2012 – Fasilitator mula meninggalkan Masjid Jamius Salahiah jam 7.00 pagi bagi menempatkan diri di masjid-masjid yang telah ditetapkan untuk mereka. Fasilitator telah digerakkan dengan dibantu oleh 3 orang fasilitator berkenderaan yang secara sukarela membantu. Mereka tiba di masjid yang ditentukan dalam lingkungan 7.15 hingga 7.30 pagi. Kem akan bermula jam 8.00 pagi. Sesi pembukaan peserta diberikan taklimat perjalanan kem dan membuat ujian pra. Sesi 1 peserta akan dipecahkan di dalam kumpulan dan membincangkan tajuk Solat Tiang Agama. Sesi 2 pula peserta membincangkan tentang Kunci Solat. Ia merujuk kepada perkara-perkara wudhu’. Sebelum memulakan sesi 3, peserta bersama-sama melakukan solat sunat Dhuha. Sesi 3, mereka mula membincangkan Rukun Qalbi dan Qauli Solat. Kemudian mereka diberikan masa untuk berehat menunggu solat Zuhur berjemaah bermula jam 12.30 tengah hari. Selepas solat Zuhur berjemaah peserta dihidangkan dengan tazkirah Ramadhan oleh Ketua Fasilitator. Kemudian, sesi 4 diteruskan dengan perbincangan dan amali Rukun Fi’li solat. Aktiviti di setiap masjid berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari pihak masjid sendiri. Pihak masjid amat mengalu-alukan kehadiran fasilitator di sana. Kem tamat pada jam 4.30 petang dengan penyerahan cenderamata kepada pihak masjid berupa 2 naskhah buku. Penghargaan dan terima kasih kami ucapkan khususnya kepada pihak Penghulu Mukim Batu merangkap YDP ABIM Gombak kerana sudi menerima kunjungan Ihya’ Ramadhan di sana. Juga tidak lupa kepada pihak Masjid Jamius Salahiah Kampung Sungai Tua kerana sudi menyediakan juadah berbuka, moreh dan bersahur fasilitator. Semoga diberkati Allah s.w.t. dan diterima amalan kita semua di sisi Allah s.w.t. sebagai amal soleh.

0 comments:

Kupasan buku Kebangkitan Rakyat, Islam dan Melayu




14 Ogos Selasa - Penasihat Ekonomi Selangor, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyampaikan kupasan buku Kebangkitan Rakyat tulisan Dr. Yusuf Al-Qaradawi dan buku Islam dan Melayu tulisan Dr. Siddiq Fadzil di surau Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Beliau menyeru penjawat awam untuk menambah ilmu dan menilai sesuatu melalui pembacaan bahan yang sahih, bukan semangat sentimen semata-mata.

0 comments:

Ihya Ramadan (IHRAM) ABIM dan PEPIAS Kuala Langat

Tarikh: 12 Ogos 2012 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi hingga Majlis Berbuka Puasa
Tempat: Masjid Nurul Huda, Olak Lempit.
Acara:
1. Bengkel Tahsin Solat (Percuma - pendaftaran masih dibuka)
2. Penyerahan Sekampit Beras

0 comments:

Jom sertai program Remaja @Ramadhan!

Tarikh: 12 Ogos 2012 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi hingga asar.
Tempat: Masjid Asy Syakirin Gombak Setia, Masjid Jamiatus Solahiah Sg. Tua, Masjid Hulu Klang, Masjid ar-Rahimah.
Yuran: RM 5.00
Sila hubungi Kamarul di talian 019-2770412
Pendaftaran masih dibuka.

0 comments:

Program Ihya Ramadan ABIM dan PEPIAS Bangi

Program Ihya Ramadan (IHRAM) ABIM dan PEPIAS Bangi telah diadakan pada 3 hingga 5 Ogos 2012 telah mengadakan aktiviti berikut
1. Pengedaran Seorang Sekampit Beras dari rumah ke rumah.
2. Pengedaran bubur lambuk kepada pemandu kenderaan di tol.
3. Ziarah rumah anak yatim.
4. Ziarah hospital.
5. Bengkel Tahsin Solat.

0 comments:


0 comments:

ABIM GESA DONG ZONG TARIK BALIK 10 TUNTUTAN


 


Demi Memelihara Perpaduan Nasional, Jadikan Sebahagian Dari Rukun Negara

14 Julai 2012:- ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) merujuk kepada sepuluh tuntutan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) dan beberapa pertubuhan lain berkaitan pendidikan yang dilaporkan bakal diserahkan kepada Y.A.B Perdana Menteri hujung bulan ini.

Menilai setiap tuntutan yang dikemukakan ini, ia seakan-akan menzahirkan keinginan pihak berkenaan untuk mengasingkan kelompok tertentu dari aliran pendidikan kebangsaan yang turut mengetepikan peranan serta fungsi Bahasa Kebangsaan di samping tidak masuk akal.

Ini disenaraikan di antara tuntutan yang dinyatakan yang antara lain turut berbunyi, ”membuat reformasi silibus latihan guru bagi memastikan lebih ramai guru boleh berbahasa Mandarin yang diperlukan di sekolah-sekolah Cina”.

Dalam hal, ABIM ingin menimbulkan persoalan, mengapa tidak dibuat reformasi silibus latihan guru bagi memastikan lebih ramai pelajar SJKC boleh berbahasa Melayu?
Menurut kajian yang dibuat oleh Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin dalam Seminar Sehari Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) sebelum ini, 44.8% remaja Cina tidak suka belajar bahasa Melayu.

Selain daripada itu, kajian tersebut juga mendapati bahawa 72.1% remaja Cina merasakan bahasa Melayu tidak penting, diikuti oleh Kadazan (40%) dan India (37%).

Dari kajian ini, ia jelas menunjukkan betapa perlunya satu silibus baru yang bersesuaian dirangka, memandangkan nilai dan kedudukan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan tertinggi dalam negara masih gagal dihayati dan difahami para pelajar.

ABIM juga melihat beberapa tuntutan lain termasuk untuk menyokong penubuhan Sekolah Cina Persendirian dikhuatiri akan memisahkan para pelajar dari aliran kebangsaan seandainya ia ditubuhkan di peringkat sekolah menengah yang menyebabkan perpaduan rakyat gagal dicapai.

Ini termasuk tuntutan untuk mendokong serta memperkasakan beberapa Institut Pengajian Tinggi yang dilihat meletakkan negara luar sebagai rujukan dasar dan aliran.

Dalam perkembangan berkaitan, ABIM turut merasakan sudah tiba masanya untuk kita memasukkan elemen kedaulatan Bahasa Kebangsaan sebagai salah satu prinsip dalam Rukun Negara untuk memupuk kesedaran dan kefahaman masyarakat bahawa kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama dalam negara.

Justeru, setiap tuntutan yang ingin dikemukakan oleh mana-mana pihak terutama sekali yang menyentuh fundamental asas sistem pendidikan sesebuah negara, harus meletakkan objektif untuk mempererat perpaduan kaum serta membina sebuah masyarakat yang memahami dan menjiwai semangat kebangsaan Malaysia selaku matlamat utama.

Amidi Abdul Manan
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

0 comments:


Jemput hadir. Sila pastikan anda telah membuat semakan keahlian dan mempunyai nombor keahlian di ABIM Pusat untuk menghadiri Ijtimak Harakiy Selangor kali pertama 1433H-2012

Aktiviti 26 Mei
2.15 petang: Wacana Pengkisahan ABIM Selangor
 
Panelis 1: Ustaz Dr Mohd Arshad Taib, Mantan YDP ABIM Selangor 1980-1990
Panelis 2: Tuan Hj Mukhtar Ramli, penggerak awal ABIM Selangor
Panelis 3: Ustaz Kasno Abd Kadir, Mantan YDP ABIM Selangor 1991-1992
Panelis 4: Ustazah Amnah Ali, Mantan K.Helwa ABIM Selangor 1981-1983
 
9.00 malam: Malam Apresiasi Petugas Dakwah dan Sambutan Hari Guru ABIM Peringkat Negeri Selangor

Aktiviti 27 Mei

9.00 pagi
Ucapan YDP ABIM Selangor
Ucapan Pengerusi WADAH Selangor
Ucapan Dasar PEPIAS

11.00 pagi: Muktamar

3.30 petang: Penangguhan Ijtimak Harakiy Selangor Kali pertama 1433H-2012

0 comments:

YOUNG ABIM CAMP 2012 KEMBALI LAGI!

JOM SERTAI!

YOUNG ABIM CAMP 2012

Are You L.O.S.T?
7 hingga 12 tahun
3 hingga 5 Jun 2012
Yuran untuk anak ahli: RM180.00
Yuran untuk bukan ahli: RM190.00
hubungi atau sms Hidayah di talian 019-363 6394

S.M.A.R.T Teen
13 - 17 tahun
5 hingga 7 Jun 2012
Yuran untuk anak ahli: RM180.00
Yuran untuk bukan ahli: RM190.00
hubungi atau sms Kamarul di talian 019-277 0412

0 comments:

ZIARAH HOSPITAL TANJONG KARANG


16 Jamadil Awal 1433H, Tanjong Karang - Seramai 21 orang sukarelawan ABIM Selangor yang terlibat dalam Ziarah Hospital Tanjung Karang, Selangor anjuran HELWA ABIM Selangor dan HELWA Zon 1 (T.Karang-S.Bernam-K.Selangor). Turut memberi kerjasama dalam program ini ialah SAHABAT Hospital dan staff nurse hospital. Objektif program ini ialah mengeratkan hubungan diantara pihak ABIM dengan hospital, memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada pesakit, memperkenalkan khidmat sukarelawan ABIM kepada hospital, dan mendedahkan ahli gerakan kepada gerak kerja dakwah di hospital.

Haji Roslan yang merupakan sukarelawan SAHABAT Hospital memberi penerangan tentang etika dan adab semasa melawat pesakit. Sukarelawan ABIM Selangor dipecahkan kepada 2 iaitu wad lelaki dan perempuan/ kanak-kanak. Program berakhir dengan sumbangan dari ABIM Selangor kepada pihak SAHABAT Hospital dan staff nurse hospital, dari YDP ABIM Selangor Sdr Khairudin Abas.


8 April 2012.

0 comments:

TAMRIN HELWA WAP 3G


9 Jamadil Awal 1433H, Sungai Merab - Program tahunan Tamrin HELWA WAP 3G Negeri Selangor yang bertemakan 'Kelestarian HELWA' berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula pada 8 hingga 9 Jamadil Awal 1433H bersamaan 31 Mac hingga 1 April 2012. Pengisian demi pengisian untuk memantapkan gerakan usrah di isi oleh yang berbahagia Ustaz Razali Nawawi, Ustazah Hazlina, Puan Fadlina Siddiq, Puan Umi Nafisah dan Sumayyah, yang didatangkan khas dari Khayrat Foundation, rakan-rakan Anak Yatim Tak Bai dan ustazah pilihan bicara subuh juga maghrib.

Kehadiran seramai lebih dari 60 orang dari kalangan kakak-kakak SALWA WADAH, HELWA ABIM, serta HEWI PKPIM dan HELWANI PEPIAS. Hari kedua, peserta bergerak ke Kompleks Kebajikan Rukayah Anak Yatim Dan Miskin (dibawah jagaan IOA) untuk misi bantuan kemasyarakatan. Aktiviti bertemakan 'Sedetik bersama Seabad Terasa' telah dirasmikan oleh YDP ABIM Selangor, saudara Khairudin Abas dan sumbangan berupa kewangan kepada Pengurus KKR Datin Hasnah diserahkan oleh exco ABIM Selangor Prof Dr Norzuraida Zainal. Anak-anak yatim turut diberi sumbangan set alat tulis. Alhamdulillah, dengan izin Yang Maha Kuasa, program berakhir dengan makan tengahari bersama penghuni KKR. Semoga usaha ini bukan yang terakhir, dan permulaan yang baik dalam memartabatkan urusan kerja dakwah atas nama Allah. Barakallahu fi kum.

1 April 2012

0 comments:

JAMBORI MTB KUALA LANGAT KAYUHAN PERPADUAN


ANDA MINAT BERBASIKAL? JOM, SERTAI KAMI!

PENGANJUR BERSAMA: ABIM KUALA LANGAT

TARIKH: 21 JAMADILAKHIR 1433H bersamaan 13 MEI 2012

YURAN: RM30 sahaja

HUBUNGI: 017-387 4449

0 comments:

TAMRIN HELWA WAP 3G SELANGOR

Makin hampir. Sampai-sampaikan kepada rakan WADAH-ABIM-PKPIM-PEPIAS.

0 comments:

PERBINCANGAN TAFSIR

Oleh: Ustaz Siddiq Fadil



Maksud Surah 3. Ali ‘Imran, Ayat 110:

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada yang mungkar, serta kamu pula beriman kepada Allah. Dan kalaulah ahli kitab itu beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang fasik.”


  1. Ayat ini berkenaan pembinaan keunggulan dan kualiti umat.
  2. Maksud hadith, “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia yang lain.”
  3. Expectation orang pelbagai. Namun, kita mesti tahu sempadannya dalam melaksanakan sesuatu iaitu ketahui hukum-hakamnya.
  4. Kualiti sering dikaitkan atau dicirikan dengan “kegunaannya”. Oleh itu, adakah berguna atau tidak seseorang itu? Setakat mana dia berguna kepada umat?
  5. Sesiapa yang beri manfaat kepada manusia, dia akan survive. Dia kekal relevant. Dia boleh terus beri khidmat bakti kepada orang banyak.
  6. Sesiapa yang tidak bermanfaat kepada manusia, dia seolah-olah buih. Dia rapuh. Dia akan hancur sekejap sahaja dengan kerapuhannya itu. Dia akan hilang status sebagai umat terbaik.
  7. Ayat ini tidak cuma menjelaskan martabat umat, tetapi juga peranannya. Dengan peranannya itulah yang membawa dia kepada martabat khayra ummah iaitu umat yang terbaik.
  8. Umat yang terbaik di sini berlainan dengan konsep “bangsa yang terpilih” sepertimana yang difahami oleh kaum Yahudi. Mereka merasakan mereka bangsa yang terpilih oleh Tuhan, yang terbaik di kalangan semua bangsa di dunia ini.
  9. Peranan dan syarat untuk mencapai khayra ummah: menyeru yang baik, mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah. Pada ayat tersebut, tingkatan iman diletakkan selepas menyeru yang baik dan mencegah yang mungkar kerana iman itu mendefinasikan kemakrufan dan kemungkaran. Bukannya peranan iman itu berada pada tahap ketiga dari segi prioritinya tetapi tahap keimanan itu adalah cerminan daripada kemakrufan dan kemungkaran yang ada pada seseorang.
  10. Pemuka bagi semua yang syahid adalah Hamzah yang gugur di Perang Uhud.
  11. Orang yang mendatangi pemerintah yang zalim hendaklah mendatanginya dengan penuh hikmah dan bersedia.
  12. Ketakutan ulama dan rakyat untuk menyatakan kebenaran dan mencegah kemungkaran merupakan antara penyebab utama berleluasanya sesuatu kezaliman oleh pemerintah. Ianya tidak cukup sekadar menyatakan kebenaran iaitu amar maaruf tetapi mesti ada juga pencegahan kemungkaran iaitu nahi mungkar. Oleh itu, daripada mati sebagai seorang yang penakut, adalah lebih baik sekiranya mati sebagai seorang yang berani.
  13. Umat yang unggul adalah umat yang komited secara kolektif sebagai umat dalam makna yang sebenar yang berbudaya kepada amar makruf dan nahi mungkar.
  14. Berbudaya itu bermaksud ianya dikongsi bersama oleh seluruh warga atau rakyat.
  15. Tahap mencegah kemungkaran itu adalah dengan tangannya atau dengan lidahnya atau dengan hatinya. Hal ini bermakna, tahap di mana seseorang itu mencegah kemungkaran itulah yang menentukan tahap imannya.
  16. Kalaulah masyarakat berdisiplin, maka secara tidak langsung keadaan akan menjadi lebih aman.
  17. Pencegahan kemungkaran hendaklah dijalankan secara berhikmah. Bermakna ia dibuat dengan cara yang paling berkesan mengikut kesesuaian keadaan dan budaya sesuatu kaum. Kena kenali seseorang itu bagaimana untuk memujuknya. Sebagai contoh, seorang isteri sepatutnya bijak dan tahu bagaimana boleh membuatkan suaminya “terlentok” demi kebaikan. Pada masa yang sama, suami yang baik tidak akan meremehkan isterinya.
  18. Ketika beberapa langkah lagi Rasulullah SAW dan rombongannya hendak masuk ke Mekah, Rasulullah SAW mengarahkan semuanya berpatah balik ke Madinah dan akan kembali ke Mekah pada tahun hadapan sahaja. Maka terlaksanalah Perjanjian Hudaibiyah ketika itu. Ada pendapat yang mengatakan itulah keputusan yang dianggap paling tidak popular dibuat oleh Rasulullah SAW. Para pengikut baginda ketika itu merasa sangat dukacita hinggakan Rasulullah SAW memerintahkan pengikutnya hingga sampai 3 kali supaya tahalul iaitu bercukur dan sembelih binatang korban, tidak juga dilakukan oleh para pengikutnya disebabkan kedukacitaan mereka terhadap keputusan menangguhkan kemasukan mereka ke Mekah pada tahun hadapannya. Ketika itu, dengan rasa sedih, Rasulullah SAW masuk ke khemahnya dan dilihat oleh isterinya Habsah akan kesedihan Rasulullah SAW. Atas kebijakan isterinya, Habsah mencadangkan kepada Rasulullah SAW agar keluar dan berada di tengah-tengah para pengikutnya lalu bercukurlah dan sembelihlah binatang korban. Rasulullah SAW yang buat sendiri selepas para pengikutnya tidak mahu bersegera membuatnya! Cadangan tersebut diterima oleh Rasulullah SAW dan sememangnya sangat berkesan. Begitulah contoh melalui teladan! Begitulah antara kisah dan contoh seorang isteri yang memahami suaminya dan bagaimana seorang suami pula tidak meremehkan pandangan isterinya.
  19. Kebiasaannya, sesuatu itu akan dilakukan sekiranya permintaan itu datangnya daripada orang yang disayanginya.
  20. Secara umumnya, kekasaran bukannya cara pendakwah. Kisah bagaimana Nabi Musa a.s. diperintahkan oleh Allah supaya menyeru Firaun dengan bahasa yang baik.
  21. Keunggulan itu mestilah diraih dengan usaha yang gigih. Ianya tidak datang menggolek.
  22. Bagi menjadi bangsa yang melaksanakan amar maaruf dan nahi mungkar maka bangsa itu mesti bangsa yang kuat dalam erti ada kesedaran, komitmen yang tinggi dan budaya yang kuat kebaikannya. Bangsa yang lemah tidak akan mampu melaksanakan pembinaan khayra ummah yang berlandaskan kepada amar maaruf dan nahi mungkar.
  23. Masyarakat yang kuat kebiasaannya terbina daripada masyarakat yang pernah menghadapi kesusahan. Sebagai contoh kecil, dulu-dulu kalau ke sekolah, biasanya terpaksa berjalan kaki jauh. Belanja sekolah pula sedikit. Habis sekolah, segera pulang ke rumah kerana lapar. Sebab itu generasi awal kita lasak. Generasi sekarang, ramai yang serba mudah, pergi ke sekolah dihantar, balik dari sekolah dijemput. Belanja juga besar. Balik dari sekolah tak mahu makan kerana di sekolah sudah berbelanja makan. Sebab itu mungkin daya tahannya juga kurang. Tidak salah mendapat kesenangan tetapi janganlah sampai nikmat kesenangan itu disalaherti, disalahgunakan dan akhirnya membuatkan kita lemah dan tidak berdaya saing yang kuat.
  24. Pendekatan kita, keunggulan itu harus diusahakan secara bersungguh-sungguh! Keunggulan itu diraih dengan susah payah! Ianya adalah keunggulan bersyarat iaitu menyeru yang baik, mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah.




Dicatat oleh:
SHIRAJUDDIN SIRAT

0 comments:

PROGRAM PENCEGAHAN GEJALA SOSIAL 1433H-2012


19 Rabiulakhhir 1433H, Shah Alam - Alhamdulillah, ABIM Selangor telah selamat dengan jayanya meganjurkan Program Pencegahan Gejala Sosial bersempena Sambutan ABIM Selangor 40 tahun di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam. Ia merupakan penganjuran program BMG dan ATT bagi peringkat negeri Selangor Darul Ehsan.

Seramai lebih dari 350 orang peserta lelaki dan perempuan yang telah menyertai program sehari ini. Aktiviti dijalankan dengan dibantu oleh fasilitator-fasilitator serta ajk ABIM Selangor telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Pendaftaran bermula awal jam 8.00 pagi dan sesi taklimat rasminya bermula jam 9.00 pagi.

Penyertaan juga dibantu hasil kerjasama pihak masjid dengan program Daurah Penghayatan Islam. Kehadiran peserta yang memberangsangkan mendorong fasilitator untuk lebih bersemangat dan menjalankan tugas mereka dengan berkesan. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu lelaki dan perempuan yang mana, peserta lelaki mengikut Program Aku Teruna Terhebat (ATT) dan yang perempuan mengikuti Program Bahagia Menjadi Gadis (BMG).

Aktiviti keseluruhannya tamat pada jam 4.40 petang (solat Asar berjemaah) yang sebelum itu diberikan amanat oleh YDP ABIM Selangor kepada peserta-peserta yang hadir. Atas komitmen semua pihak kami di ABIM Selangor mengucapkan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi ABIM, ABIM Daerah, masjid-masjid serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Insya-Allah, program ini akan menyusul lagi di mana-mana masjid yang berminat. Terima kasih.

Sesi Taklimat Umum

Peserta ATT

Setiausaha ABIM Selangor sedang memberikan tazkirah Zohor

Wakil peserta dari Hospital Al-Islam

Wakil peserta dari Sungai Merab

Wakil peserta dari Kuala Langat

Wakil peserta dari Masjid An-Naim, Jalan Kebun


12 Mac 2012

0 comments:

PROGRAM PENCEGAHAN GEJALA SOSIAL


ANJURAN:
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) CAWANGAN SELANGOR

TARIKH:
19 RABIULAKHIR 1433H bersamaan 12 MAC 2012

SASARAN:
REMAJA BERUMUR 11 HINGGA 18 TAHUN

TEMPAT:
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

MASA:
8.00 PAGI - 5.00 PETANG

PROGRAM:
BAHAGIA MENJADI GADIS (peserta perempuan)
dan
AKU TERUNA TERHEBAT (peserta lelaki)

YURAN:
RM10.00 SAHAJA


OBJEKTIF:
  1. Memahami tentang pendidikan seksual mengikut perspektif Islam;
  2. Mengetahui cara-cara menangani pergaulan dan fenomena perlakuan tidak sihat;
  3. Memahami dan mempraktikkan sikap asertif dalam situasi tertentu serta;
  4. Melindungi diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam


JOM SERTAI BERAMAI-RAMAI!

0 comments:

TAMRIN HELWA WAP 3G NEGERI SELANGOR

SALWA-HELWA-HEWI-HELWANI anda semua dijemput ke TAMRIN HELWA WAP 3G NEGERI SELANGOR, 31 Mac - 1 Apr di Kolej Dar al-Hikmah.

Program ini bertujuan untuk memantap amalan kerohanian dan komitmen, memperkasa usrah di kalangan HELWA, sekaligus mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama HELWA di pelbagai peringkat.

0 comments:

BINGKISAN MENJELANG 40 TAHUN ABIM SELANGOR: USAHA DAKWAH

Oleh Ustaz Hasri bin Harun



Usaha dakwah masyarakat



Dalam kehebatan ABIM Selangor meneruskan usaha dakwah dalam masyarakat, setelah beberapa dekad dalam masyarakat, satu usaha yang wajar dibangkit dan dimuhasabah terutama dalam mengemudi usaha mendidik umat melalui pendidikan awal anak-anak. Sesungguhnya ABIM terkenal di dalam mengenengahkan idea pendidikan serta melaksana usaha pendidikan formal pra persekolahan yang berjenama TASKI. Walaupun cabaran mengurus institusi pendidikan ini tidak mudah namun ABIM masih menerima sokongan daripada masyarakat dalam soal pendidikan. Kini pendidikan kita telah semakin meluas. Institusi pendidikan ABIM di Selangor sahaja telah melahirkan ribuan anak-anak pra sekolah dan kini telah pun berada di dalam masyarakat sebagai penggerak dakwah. Institusi pendidikan ABIM dalam konteks pra sekolah sememangnya menjadi kekuatan ABIM untuk terus maju dekad mendatang. Walau dihimpit dengan isu kewangan namun sekolah ABIM masih terus bertahan dengan sokongan umat. Usaha dan kegigihan semua pihak di daerah dan warga ABIM keseluruhannya maka 2012 kita menanam hasrat untuk menubuhkan Sekolah Tahfiz Sains ABIM Selangor yang bertempat di Sijangkang, Selangor, di atas tanah seluas 5 ekar hasil sokongan masyarakat. Usaha memartabatkan pendidikan ini tidak pernah luntur dalam sanubari warga ABIM dimana pendidikan menjadi teras kekuatan Islam.

Perubahan zaman




Era 2000 menggamit dengan begitu besar sekali. Kepimpinan ABIM disemua peringkat harus berubah selari dengan perkembangan dakwah dan perubahan zaman yang menuntut kepada perubahan gerak kerja dan kepimpinan. Perubahan zaman yang menuntut kepada era global menuntut gerak kerja dakwah dilaksana dengan pantas dan cepat, menuntut ABIM juga sedikit pertimbangan bahawa dakwah era global ini memerlukan misi dan visi yang amat strategi. Diperingkat dalaman, ABIM menyedari bahawa keperluan menganjak minda bawa perubahan generasi awal iaitu generasi pengasas telah menuntut kita membuat perubahan dengan memfokuskan kepada kepimpinan baru selaras dengan perkembagan dasar-dasar belia Negara. ABIM juga terkesan dengan senario ini, maka pada tahun 2004, ABIM mengambil langkah berani menampilkan pimpinan muda bawah 40 tahun memimpin gerakan ini. Walaupun berhadapan dengan pelbagai komen dan kritikan namun ABIM tetap meneruskan usaha dengan dibantu oleh para senior yang berpengalaman. Selaras dengan dasar kerajaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan, kepimpinan belia dalam negara mestilah berumur dibawah 40 tahun. ABIM adalah satu-satunya NGO yang lebih awal bergerak ke arah itu sebelum dasar tersebut di mulakan.




bersambung...

1 comments:

PROGRAM MENANGANI GEJALA SOSIAL PERINGKAT NEGERI SELANGOR


ANJURAN:
ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) CAWANGAN SELANGOR

TARIKH:
19 RABIULAKHIR 1433H bersamaan 12 MAC 2012

SASARAN:
REMAJA BERUMUR 11 HINGGA 18 TAHUN

TEMPAT:
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM

MASA:
8.00 PAGI - 5.00 PETANG

PROGRAM:
BAHAGIA MENJADI GADIS (peserta perempuan)
dan
AKU TERUNA TERHEBAT (peserta lelaki)

YURAN:
RM10.00 SAHAJA


OBJEKTIF:
  1. Memahami tentang pendidikan seksual mengikut perspektif Islam;
  2. Mengetahui cara-cara menangani pergaulan dan fenomena perlakuan tidak sihat;
  3. Memahami dan mempraktikkan sikap asertif dalam situasi tertentu serta;
  4. Melindungi diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam


JOM SERTAI BERAMAI-RAMAI!

2 comments:

PERINGATAN BUAT YANG LUPA

Oleh: Hj. Mohd Yusop Mohd Hasan



  • Mesti berkongsi untuk mencari kekuatan bagi menghadapi tribulasi-tribulasi yang mendatang.
  • Mesti dijaga hati ini agar tidak mudah berbolak-balik.
  • Setiap yang dilakukan mestilah untuk mendapatkan redha daripada Allah SWT dan ikhlas kepadaNya. Bersabar terhadap segala takdir Allah SWT. Itulah kata kuncinya!
  • Kalau membuat sesuatu demi mendapatkan redha manusia semata-mata, maka tunggulah bala dari Allah SWT.
  • Kita kerja di mana-mana sekalipun, mesti membantu orang menjadi baik. Nasihati mereka mana yang kita boleh nasihat dan selebihnya kita serahkan kepada Allah SWT.
  • Gunakan kemudahan ICT untuk meningkatkan ilmu dan menyebarkan dakwah.
  • Ujian merupakan "nature" dakwah.
  • Lihat sahaja perjuangan Hassan Al-Banna, syahid ketika umurnya masih muda (sekitar 43 tahun), namun kesan perjuangannya dalam konteks kepimpinan negara dikecapi 60 tahun kemudian iaitu ketika aktivis Ikhwanul Muslimin merupakan majoriti Ahli Parlimen di Mesir ketika ini.
  • Selagi kita berada dalam jamaah, teruskan perjuangan secara istiqamah dan harungi segala ujian dengan penuh kesabaran dan ketenangan.


RESPON

  • Tumpuan sekarang ialah mesej dakwah mesti disampaikan secara berkesan walaupun sesekali pendekatannya terpaksa nampak agak santai, mengikut kesesuaian suasana dan keadaan.
  • Jadilah manusia yang berakal dengan mengambil sesuatu pendekatan secara waras bukannya emosi yang tidak terkawal.
  • Apabila kita melanggar sesuatu syariat maka tunggulah bala Allah.

Catatan oleh Haji Shirajuddin bin Sirat

0 comments:

KUNJUNG HORMAT KE EXCO JAWATANKUASA TETAP BELIA NEGERI SELANGOR


1 Rabiulakhir 1433H, Shah Alam - ABIM Selangor diketuai oleh Setiausaha ABIM Negeri, telah melakukan kunjung hormat kepada Exco Jawatankuasa Tetap Belia Negeri Selangor, YB Dr. Yunus Khairi. Kunjungan bertujuan untuk menyampaikan ucapan tahniah serta memperkenalkan ABIM Selangor sebagai sebuah badan NGO Dakwah yang bergiat aktif di Negeri Selangor Darul Ehsan.

ABIM Selangor juga membawa beberapa hasrat besar untuk membangunkan Belia Islam di Negeri Selangor dengan mengajukan beberapa cadangan dan pandangan kepada beliau. Turut serta di dalam kunjungan tersebut adalah Ketua HELWA ABIM Selangor, Penolong Setiausaha ABIM Selangor, Exco Penyelidikan serta mantan YDP ABIM Selangor.



Kehadiran kami pada jam 12.00 tengahari di pejabat beliau di Bangunan SUK disambut baik serta sifat keterbukaan beliau memudahkan interaksi kami pada hari tersebut. Apa yang menjadi harapan kami, pembangunan belia Islam di Selangor ini akan menjadi agenda penting sejajar dengan usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Selangor sebagai negeri berkebajikan dan di rahmati Allah s.w.t.


23 Februari 2012

0 comments:

PROGRAM PENCEGAHAN GEJALA SOSIAL DIKALANGAN REMAJA

Objektif :
-Memahami tentang pendidikan seksual mengikut perspektif Islam;
-Mengetahui cara-cara menangani pergaulan dan fenomena perlakuan tidak sihat;
-Memahami dan mempraktikkan sikap asertif dalam situasi tertentu serta;
-Melindungi diri dari terjebak dengan perkara-perkara yang bercanggah dengan ajaran Islam

1 comments:

BELIA IKON DUNIA - SALAHUDDIN AL-AYUBI SIRI 2


Riwayat hidup Salahuddin Al-ayubi bermula pada tahun 532 selepas hijrah. Kalau dikira mengikut tahun Masihi, ada yang mengatakan pada 1138. Beiau dilahirkan di kota yang cukup dikenali dunia, Tikrit. Secara geografinya kota ini terletak di antara Mosul dan Baghdad, yang pada hari ini adalah sebahagian dari negara Iraq.

Siapa sangka tokoh yang sehebat ini rupa-rupanya adalah bangsawan berbangsa Kurdi yang hidupnya tak terkesan dengan pengaruh kemewahan istana Damsyik. Ayahnya Najmuddin Ayub bin Shadi merupakan Gabenor Balbek dan merupakan anak saudara kepada Sultan Nuruddin Zenggi, pemerintah di zaman Dinasti Abbasiyyah. Ayah saudaranya pula adalah Panglima yang terkenal dengan kecekapnnya memimpin angkatan tentera di Syria dan M esir, Asaduddin Shirkuh. Keistimewaan yang dimiliki beliau tidak pula mengekangnya dari menjadi pemimpin yang terkenal dengan sifat warak.

0 comments:

BINGKISAN MENJELANG 40 TAHUN ABIM SELANGOR: DULU DAN KINI

Oleh : Ustaz Hasri bin Harun



Penggerak Awal

ABIM Negeri Selangor yang dahulunya dibarisi oleh beberapa pimpinan muda mempunyai tekad meneruskan usaha dakwah dikalangan masyarakat. Ini termasuklah nama-nama seperti Mohd Mokhtar Shafie, Arshad Taib, Mokhtar Ramli, Mohd Kassim, Ghazali Basri, dan beberapa orang lagi yang tidak mampu disebut kesemuanya, kebanyakan dikalangan pendidik dan pensyarah universiti meneruskan legasi pendakwah melalui program-program usrah dan tamrin al-kader keseluruh pelusuk negeri. Kegiatan dakwah berjalan dengan baik ditengah-tengah masyarakat pada ketika itu. Antara sekretariat awal ABIM Selangor adalah di Jalan Genting Klang, Setapak Kuala Lumpur. Jihad dan dakwah mereka yang berjuang di dalam perjuangan wadah ABIM ini terus tidak dipedulikan apakah wujud halangan yang bakal di terima di masa hadapan namun mereka terus dengan semangat maka tertubuhnya ABIM diperingkat daerah-daerah yang bermula di Shah Alam, Tanjong Karang dan Sabak Bernam dan beberapa daerah lagi. Tamrin Al-Kader, jenama latihan yang menjadi satu program penting menjadi sumber membina kekuatan dikalangan ahli terus ditunggu-tunggu bagi menyemat semangat perjuangan mereka dengan lebih baik lagi. Kini para penggiat dakwah yang bersama dalam program-program ABIM telah berada dimerata-rata tempat samada dalam sektor kerajaan dan swasta dan ada sebahagiannya telah pun menjadi tokoh-tokoh terkenal peringkat negeri mahupun nasional. Yang menariknya ABIM Selangor di awal pergerakkannya cukup sinonim dengan aktiviti usrah di pejabat dan di kilang-kilang sehinggakan pernah tertubuh kumpulan usrah dikalangan pekerja kilang. Barangkali media dakwah yang sudah meluas seperti hari ini tidak wujud pada tempoh lalu memungkinkan masyarakat mencari sumber maklumat Islam yang jarang sekali dapat melalui media perdana seperti hari ini seperti rancangan kuliah di tv al-hijrah, tv 9 dan rancangan agama di ASTRO yang semakin meluas. Justeru tidak hairan usrah dikhabarkan dilakukan di kantin, di pejabat, di bawah pokok dan sebagainya. Disinilah menunjukkan masyarakat kehausan ilmu dan hikmah Islam yang dianuti dan ini menjadi tarikan usaha dakwah ABIM mendapat tempat dihati masyarakat.



Tahun 80 an telah bermula era negara kempen penerapan nilai-nilai Islam dalam sistem pentadbiran negara. Kepimpinan negara mula menyedari bahawa betapa pentingnya usaha-usaha yang dilaungkan ini menjadi kenyataan. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam telah mula menjadi topik perbincangan yang akhirnya menjadi satu dasar dan resolusi penting sejarah negara, dimana tertubuhnya Bank Islam, Universiti Islam yang merupakan manifestasi kehendak dari hati nurani umat yang diperjuangkan sejak awal tahun 70 an. Gerakan ABIM diawal tahun tersebut semakin meluas dimana para penggerak ABIM telah berada di dalam dan di luar pentadbiran kerajaan. Walaupun sedikit terjejas imej ABIM sebagai NGO Islam bila mana pemimpin utama iaitu Anwar Ibrahim terjun dalam politik bersama UMNO namun ABIM masih terus bergerak sebagai sebuah NGO Islam yang bermatlamat menggerakkan dakwah dalam umat.



Senario perkembangan ABIM peringkat negeri khususnya di Selangor menerima sedikit sebanyak pasang surut dalam perjuangannya, impak daripada senario politik tanahair terutama diperingkat negeri. Satu ketika ABIM begitu dominan dalam usaha-usaha belia bilamana usaha dan gerakan kita mendepani gagasan negeri. Namun kita tidak pernah gentar dalam menghadapi cabaran ini walau ditempuh badai dan duri dalam perjuangan. ABIM akui melalui pendirian dan semangat atas prinsip non partisan kita, tidak mudah digugat oleh sesiapa walaupun terpaksa menyatakan kebenaran bukan berpaksi kepada pemerintah. Bagi ABIM yang penting kebenaran harus ditegak bukan siapa yang harus dimenangkan. Sebab itu perjuangan ABIM kadangkala dipandang serong oleh sebilangan masyarakat yang berkepentingan dalam menilai pendirian kita yang sedikit tidak memihak atas kepentingan masing-masing berbanding kepentingan umat keseluruhan dan memartabatkan matlamat dakwatul Islam. Dalam berbagai pandangan yang diterima daripada pelbagai pihak ABIM Selangor biasa dijemput bersama dalam mesyuarat-mesyuarat dakwah yang diterajui oleh Jabatan Agama Islam Selangor, Majlis Agama Islam Selangor dan jawatankuasa yang berbentuk Dakwah di negeri ini. Pandangan ABIM Selangor sentiasa ditunggu dan diterima dalam ertikata menyeimbangkan pandangan yang umum dalam masyarakat. Bagi ABIM yang penting suara ABIM sentiasa dinanti walau kadangkala dicemburui dan diragui.



Bersambung...

0 comments:

SALAHUDDIN AL-AYUBI - IKON BELIA

Gambaran pelukis


Oleh: Ahmad Darul Akmal bin Mohamed Ali

Yusuf bin Ayyub atau lebih masyhur sebagai Salahuiddin Al-Ayyubi. Pemunya nama ini bukanlah asing buat masyarakat dunia. Di Barat, beliau dikenali sebagai Saladin. Manakala di Timur, kota-kota binaan beliau yang biasanya dipanggil 'citadel' masih tidak surut dengan kehadiran pelawat dari seluruh pelusuk buana. Kehebatan insan yang nyawanya hanya separuh abad ini memang tak tersanggah lagi. Apakah lagi ketokohan beliau sudah mula dirasai tatkala usianya masih belasan tahun.

Beliau merupakan pengasas kepada kerajaan Al-Ayyubiah yang menguasai beberapa wilayah yang kini merupakan negara-negara berasingan termasuk Palestin, Mesir, Arab saudi, Sudan, Libya, Syria dan Jordan. Di tanan beliaulah akhirnya seruan azan berkumandang semula di Masjid Al-Aqsa setelah 91 tahun Baitul Maqdis dikuasai oleh kerajaan Salib. lelaki wirawan berjasa ini memakai gelaran Sultan Al-Islam Wa Al-Muslimindan digelar Al-Malik An-Nasir.


Bersambung...

0 comments:

TAZKIRAH DARI TAMRIN

Oleh: Tn Hj Mohamed Muslimin Yaakop


Maksud Surah 34. Saba', Ayat 28:

"Dan tiadalah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pemberi berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).”

  1. Mesti menjalankan dakwah sebagai kesinambungan risalah Rasulullah SAW.
  2. Tugas sebagai dai' antaranya ialah memberikan khabar gembira.
  3. Gembira menjadi hamba Allah SWT dan menjadi umat Nabi Muhammad SAW dengan misi mengajak umat kepada yang maaruf, mencegah yang mungkar.
  4. Sebagai dai', kita mesti menjadi qudwah hassanah - contoh yang baik dalam semua aspek kehidupan.
  5. Dakwah sebagai satu taqlif - beban amanah yang dipertanggungjawabkan untuk kita laksanakan, bukan tashrif iaitu satu privilege dan singgahsana kemewahan.
  6. Tabiat dakwah kita ialah aspek keimanan, keilmuan dan ibadah mesti ditekankan khususnya dalam usrah dan tamrin.
  7. Teras usrah mestilah tafsir Al-Qur'an.
  8. Dalam tamrin, mesti difahami bahawa Islam sebagai ad-deen. Memandangkan ianya sebagai asas, maka ianya perlu diulang-ulang.
  9. "Amalan yang paling disukai oleh Allah ialah amalan yang dilakukan secara berterusan." (Maksud hadith)
  10. Fahami visi, misi dan budaya ABIM.
  11. Peranan khilafah yang gemilang suatu ketika dulu yang telah hilang mestilah dibina semula.
  12. Peratus perceraian di kalangan belia (bawah 40 tahun) adalah tinggi dan kadarnya makin bertambah dari semasa ke semasa.
  13. Oleh itu, bina diri, bina keluarga, bina masyarakat, bina umat dan bina negara ikut acuan Islam.

CABARAN

  1. Masalah dai' yang futhur iaitu lembab, malas dan gugur!
  2. Ubat futhur ialah istiqamah. Sesuatu amalan itu kalau istiqamah, ianya akan menjadi manis dan seronok!
  3. Menghadapi pendokong kebatilan yang membuat propaganda dan dakyah yang murahan, menjijikkan dan keji melalui pentas-pentas masyarakat samada secara "siaran langsung" atau melalui media elektronik.
  4. Ada dai' yang berani berjuang tetapi membuta tuli tanpa akal yang waras, tidak tahu bezakan antara yang hak dan batil.
  5. Masyarakat keliru dengan istilah dakwah. Membedal tanpa hikmah!
  6. Memahamkan masyarakat bahawa memilih pemimpin adalah sebagai satu amanah yang berat.

HARAPAN

Bina kekuatan jamaah ada 3 asas (oleh Imam Hassan Al-Banna):

  1. Penyusunan organisasi yang rapi. Mesti ada struktur, berfungsi, berdisiplin, ada kekuatan dan kebulatan fikrah dan matlamat di antara pemimpin dan yang dipimpin. Adanya jamaah kita ini dirasai, kalau tiada akan dicari orang.
  2. Mempunyai iman yang teguh.
  3. Jihad yang berterusan.

KESIMPULAN

  1. Isi rohani dulu baru isi perut!
  2. Kejayaan para Rasul ialah mengajak manusia kepada kebenaran dan keadilan.
  3. Rasailah kelebihan berjamaah kerana banyak baraqahnya. Peliharalah umat daripada tergelincir ke arah kemaksiatan tetapi membawa mereka kepada keselamatan.


Catatan oleh Haji Shirajuddin Sirat.

0 comments:

ABIM SELANGOR KE POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SABAK BERNAM


12 Rabiulawal 1433h, Sabak Bernam - Pada hari kemuliaan kelahiran Baginda Rasulullah s.a.w., Setiausaha ABIM Selangor, Saudara Kamarul Azami menerima jemputan memberikan latihan kepada sekumpulan pelajar di bawah kelolaan Rakan Pusat Islam dikenali sebagai Grup Sinergi. Tarikh bersamaan 5 Februari 2012, peserta diberikan latihan dibawah modul Program Eksplorasi Bina Diri Naqib dan Naqibah atau PENA.

Program berlangsung selama 1 hari bermula dari jam 9.00 pagi sehingga jam 10.30 malam. Bermula dengan sesi pengenalan pada awal pagi dan kemudian perbincangan tertumpu kepada memperkenalkan konsep usrah dan melaksana usrah, Selain itu peserta diberikan semangat dan motivasi untuk melatih diri menjadi pendakwah serta Naqib dan Naqibah yang sentiasa taat kepada perintah Allah serta melaksana sunnah Rasulullah s.a.w.

Setiausaha ABIM Selangor dengan dibantu rakan sekerja Saudara Johari serta teman-teman SISMA Selangor iaitu Mustafa dan Wan Saiful. TIdak lupa juga adik-adik PEPIAS Shah Alam iaitu Fitri dan Amirul. Program berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang terbaik. Usaha murni yang telah dimulakan oleh Ustaz Azli dan teman-teman diRPI PSIS diharapkan akan menyemarakkan lagi usaha melahirkan lebih ramai pelajar di PSIS yang berketrampilan dan berdaya saing khususnya dalam mempamerkan peribadi Muslim yang sebenar.

Kami di ABIM Selangor mengharapkan agar usaha ini berterusan dan diberikan kekuatan buat mereka untuk istiqamah. Kami akan bersedia untuk terus membantu dan menyemarakkan lagi usaha murni ini.

5 Februari 2012

0 comments:

Bingkisan Menjelang 40 tahun Abim Cawangan Selangor: Dulu dan Kini

Oleh : Ustaz Hasri bin Harun
Mantan YDP ABIM Selangor ke-11
kini Ketua Biro Dakwah ABIM Pusat



Tanggal 1972 menggamit sejarah penubuhan sebuah gerakan dakwah belia yang bernaung atas nama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor hasil kegigihan para ilmuan muda, aktivisi gerakan pelajar yang didokong bersama kalangan guru, pensyarah dan profesional yang mempunyai semangat jitu untuk mengembangkan dakwah Islamiah diseluruh pelusuk dunia. Berbekal dengan semangat dan azam yang tinggi golongan muda ini yang berbekalkan tekad, ruhul jihad yang ditanam dalam sanubari mereka telah menggerakkan usaha mengembangkan dakwah melalui projek usrah, melebarkan tamrin dikalangan ahli bagi mengukuh kefahaman Islam secara meluas. Namun ABIM yang menjadi ikutan dikalangan para penggiat dakwah sedikit terancam bila mana tokoh-tokoh awal ABIM termasuk pemimpin tertingginya Anwar Ibrahim menjadi sasaran pihak pemerintah menyumbat beliau ke dalam penjara ISA setelah dituduh menimbulkan suasana ketidaktenteraman dalam negara akibat demonstrasi demi demonstrasi.

Tragedi Baling pada tahun 1974 tersebut menjadi sejarah dalam negara sedikit sebanyak menjadi satu episod silam yang bakal mengubah persepsi bahawa Islam begitu mengambil berat soal kebajikan dan kemaslahan ummah dikala rakyat ditindas dan kesedaran dikalangan pendakwah semakin meluas. Tema 'Islam is the way of life' menyuntik semangat keprihatinan dikalangan anak-anak muda membebaskan umat daripada kemiskinan dan kedaifan kearah kemajuan dan kebaikan. (Minazzulumati ilan Nur). Islam sebagai 'Ad Deen' yang menjadi tunggak kekuatan semangat mereka terus menjadi obor mengembalikan anak-anak muda ini sebagai pembela kepada masyarakat daif dan miskin dikampung dan dibandar. Ini sejajar ungkapan Agung Allah swt yang dinyatakan dalam surah As soff ayat 4:

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agama-Nya,dalam barisan yang beratur rapi,seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (As-Saff: 4)


bersambung...

0 comments:

ABIM Selangor Sambut Ulang Tahun Ke-40


15 Rabiulawal 1433h, Meru, Klang - Alhamdulillah Seminar Siyasah Syar'iyyah peringat negeri selangor 2012 berjalan dengan jayanya di Pusat Pendidikan ABIM Klang Selangor dimana mengumpulkan para pimpinan dan ahli ABIM dan Wadah negeri dan daerah. Seminar setengah hari menampilkan 3 panelis iaitu Dato Dr Siddiq Fadzil, Presiden Wadah, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin, Timbalan Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan , dan Hj Mohd Yahya Sahari.


Seminar yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Zawawi ini berjalan dengan jayanya atas kupasan dan hujah yang dibentangkan oleh ketiga-tiga panelis yang dijemput bagi membincangkan isu-isu siyasah dan politik semasa dalam negara khsusnya negeri Selangor. Seminar Siyasah ini dianjurkan bersempena Pelancaran Sambutan 40 tahun ABIM Negeri selangor dimana pada seminar kali ini hadir begitu ramai para pengasas dan penggerak awal ABIM.


Majlis pelancaran ini juga turut disertai oleh Presiden ABIM Sdr Amidi Abd Manan. Majlis Perasmian dilakukan oleh Tuan Presiden dimana beliau menggesa ahli dan para penggerak abim untuk terus istiqamah dalam meneruskan dakwah. Para penggerak ABIM harus jelas dengan dasar perjuangan dan sentiasa saling membantu dalam menjayakan misi dakwah. Terdahulu majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YDP ABIM Selangor Sdr Khairuddin Abas.


Berbagai program diatur bermula denga pelancaran, termasuk konvensyen, lawatan, seminar dan ijtimak haraki adalah antara aktiviti yang bakal dirancang bagi merancakkan lagi sambutan 40 tahun abim selangor. Bagi pihak Jawatankuasa abim dan sambutan 40 tahun diharap semua ahli dapat sama-sama menyumbang apa juga samada buah fikiran, tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan sambutan 40tahun abim dipersada dakwah negeri Selangor.


7 Februari 2012

0 comments:

T.O.T : BAHAGIA MENJADI GADIS



Helwa ABIM Selangor akan menggerakkan program pencegahan gejala sosial iaitu Bahagia Menjadi Gadis di peringkat Negeri pada 12 Mac 2012. Sehubungan itu, kami mencari calon-calon yang berminat untuk dilatih menjadi JURULATIH/PENCERAMAH/FASILITATOR.

T.O.T BAHAGIA MENJADI GADIS
6 Februari 2011, Isnin
8.30pagi - 12.00tghr
Budi Training Centre 7B Lorong Sanggul 1F Bandar Puteri 41200 Klang, Selangor (terus dari kesas highway, exit kiri bandar puteri, cari stesyen minyak shell)
Pendaftaran : PERCUMA

Kelayakan :
- perempuan 20tahun ke atas
- mahir berkomunikasi
- berpengetahuan isu semasa terutama isu remaja dan gejala sosial

0 comments:

SAMBUTAN 40 TAHUN ABIM SELANGOR

ABIM Selangor akan melancarkan Sambutan 40 Tahun ABIM Selangor dengan bertemakan 'Menyebar dakwah, Menyantuni Ummah' pada 7 Februari 2012. Menurut Yang Di Pertua ABIM Selangor, Saudara Khairuddin Abas, sambutan ini antara lainnya bertujuan adalah untuk menyorot kembali sejarah perkembangan ABIM di Negeri Selangor serta kesannya sehingga hari ini. ABIM Selangor telah bertapak dan bergerak di Negeri Selangor semenjak tahun 1972.

Peluang ini juga diambil untuk mengiktiraf perjuangan serta pengorbanan mereka yang lebih dahulu mempelopori gerakan ini di Negeri Selangor. Ia sebagai elemen pembakar semangat generasi baru untuk terus berdakwah. Bagi melakar generasi baru ABIM selepas 40 tahun, ABIM Selangor amat berhasrat untuk menggerakkan belia Islam secara holistik di peringkat negeri Selangor. Bagi kepimpinan ABIM Selangor, amat mengharapkan kerjasama, komitmen serta sumbangan dalam bentuk kewangan dan kemudahan bagi merealisasikan pembentukan belia Islam yang benar.

Bagi sesiapa dermawan yang ingin menyumbang untuk membantu sambutan ini, boleh hubungi terus Yang Di Pertua ABIM Selangor atau menyumbang terus ke akaun BIMB ABIM Selangor.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR