Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




PESANAN SHEIKH RAMADHAN AL-BOUTI



Pada 1 Disember 2010 bertempat di Hotel Holiday Villa Subang, telah diadakan satu pertemuan bersama dengan Sheikh Ramadhan al-Bouti : http://www.sunnah.org/history/Scholars/Dr_Said_R_Buti.htm) dan anaknya. Antara mutiara kata yang telah disampaikan oleh Sheikh Ramadhan al-Bouti adalah mengenai hadis Abdullah bin Rawwahah yang berbunyi

تَعَال نُؤْمِنْ بِرَبِّنَا سَاعَةً

Maksudnya : Marilah kita beriman dengan Allah selama satu jam


Hadis ini telah diucapkan oleh Abdullah bin Rawwahah ketika bertemu dengan sahabat-sahabat yang sedang sibuk melakukan kerja-kerja dakwah. Justeru jika sahabat-sahabat yang sidang sibuk dengan urusan dakwah pun diingatkan untuk mengingati Allah, maka lebih-lebih lagilah bagi kita yang berada dalam dunia dakwah akhir zaman ini.
Beliau juga telah mengingatkan tentang cabaran yang telah ditempuh oleh nabi dan para sahabat dalam menegakkan agama Islam seperti cabaran binatang buas dan serangga yang dihadapi oleh عقبة بن نافع pengasas Kota Qairawan dalam membuka kota tersebut. Uniknya Ukbah ketika mula-mula berhadapan dengan cabaran membuka kota yang hanya dipenuhi dengan hutan, semak-samun dan binatang buas, mengumpulkan semua sahabat pada waktu malamnya dan mengadakan majlis zikir. Alhamdulillah pada keesokan paginya semua binatang buas telah pergi bersama dengan anak-anaknya sekali meninggalkan hutan tersebut bagi membolehkan sahabat membuka Kota Qairawan dan menyebarkan agama Islam.

AZMAN HJ. AHMAD
Exco Penerangan 2010-2011

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR