Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




MUKTAMAR ABIM SELANGOR KALI KE-38


Alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. kerana dengan rahmat dan izin-NYA maka telah terlaksana sudah MUKTAMAR ABIM SELANGOR Kali Ke-38 dengan tema 'Memimpin dan Menggerak Generasi Pelanjut Risalah'.

Muktamar pada kali ini telah berlangsung selama 2 hari 1 malam yang diketuai oleh Pengarah Muktamar saudara Khairudin Abas (Setiausaha Negeri). Usaha untuk mengumpulkan peserta bermula pada 26 Jun 2010 jam 2.30 petang nampak berbaloi apabila dihadiri bersama rakan-rakan dari KDH dan PEPIAS yang memeriahkan aktiviti perlawanan futsal pada petang tersebut. Ia hanyalah sekadar sebahagian dari agenda kecil, berekreasi sebelum masuk kepada perbincangan utama bermula jam 9.15 malam tersebut.

Muktamirin dan muktamirat berkumpul dan menunaikan solat berjemaah bersama Maghrib dan Isyak dan diselangi dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh saudara Khairudin Abas. Sesi 1 muktamar bermula pada jam 10.00 malam dengan dpengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Tetap Muktamar, Ustaz Muszaki. Sesi berlangsung dengan lancar dan aman sehingga jam 11.00 malam. Sesi pertama dimulakan dengan pembentangan minit muktamar yang lalu, laporan aktiviti ABIM Selangor serta laporan kewangan ABIM Selangor.


Hari berikutnya, 27 Jun 2010, muktamar dimulakan dengan Ucapan YDP dan perasmian yang disempurnakan oleh Saudari Fadhlina Siddiq, Naib Presiden ABIM yang juga Ketua HELWA ABIM. Sejurus kemudian, sesi diteruskan dengan Wacana Pemikiran: Badiuzzaman Syed Nursi (akan disiarkan di dalam blog akan datang). Ketokohan beliau ini telah dibincangkan dan dibentangkan kertas kerja oleh 2 orang jemputan iaitu Saudara Ahmad Azam Abdul Rahman (Timb Presiden WADAH), Saudara Sadik Ozata (Yayasan Khairat Turki) dan dipengerusikan oleh Ustaz Naim.

Wacana berlangsung dengan baik dan disambung dengan sesi ketiga muktamar iaitu perbahasan usul. Perbincangan dan perbahasan berjalan dengan baik dan ia merupakan satu perubahan dan anjakan yang positif bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada muktamirin dan muktamirat yang hadir. Ini kerana majoriti dari yang hadir adalah pemuda-pemudi harapan yang bakal menerajui ABIM pada masa-masa akan datang. Semoga muktamar ini terus menjadi kewajipan kepada setiap ahli ABIM dipelbagai peringkat dan meneruskan tradisi muhasabah gerakan.


Saf Kepimpinan ABIM Selangor 2010 - 2011 telah diumumkan oleh Saudara Pengerusi Tetap, Haji Sirajuddin Sirat. Berikut adalah senarai kepimpinan terkanan sesi 2010 - 2011;

Yang Di Pertua ABIM Selangor : Haji Mohd Zawawi bin Ahmad Mughni
Timb. Yang Dipertua ABIM Selangor : Khairuddin bin Abas
Setiausaha Negeri : Kamarul Azami bin Mohd Zaini
Penolong Setiausaha Negeri : Ustaz Mohd Muszaki bin Ozir
Setiausaha Kewangan : Norhidayah binti Sumairi
Ketua HELWA Selangor : Haryati binti Abdul Halim



Setiausaha
ABIM Negeri Selangor
29 Jun 2010

0 comments:

Haris Dah Selamat di Belah Perutnya


Haris...Co-ba-an.....

Pengurus Program di Sekretariat ABIM Selangor Ustaz Haris telah dimasukkan ke wad Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang pada hari jumaat 18 Jun 2010 yang lalu.

Setelah didiagnosis, beliau telah dimasukkan kebilik bedah untuk dibelah perutnya kerana disyaki appendixnya telah berada dalam keadaan kritikal.

Setelah dua hari berehat dihospital, dia dibenarkan balik untuk berehat disamping membuat persiapan hari bahagia yang bakal menjelang tiba. Beliau telah diberikan cuti rehat selama dua minggu hingga 1 Julai 2010.

Diharap kepada semua pimpinan ABIM Selangor dapat menghulurkan bantuan apa yang patut kepada urusetia muktamar negeri yang akan berlangsung minggu depan.

0 comments:

Ziarah Ulama' dan Qiadah ABIM


Exco ABIM Selangor dan ABIM Bangi telah menziarahi Mantan Timbalan Presiden ABIM dalam usaha untuk merapatkan silaturahim antara generasi muda dan generasi awal dalam gerakan dakwah .

YBhg. Dr Abdul Halim El Muhammady di Kg Teras Jernang. Beliau merupakan seorang ilmuan, ulama' yang disegani dan juga aktivis dakwah yang gigih. Banyak pesanan dan perkongsian pengalaman yang sangat berharga kami perolehi sepanjang sesi perbualan dan ramah mesra yang diadakan di anjung ilmu di aras kayangan milik beliau.

Turu

0 comments:

Bersabarlah Din...


Seluruh aktivis dakwah ABIM dan kerabat dari keluarga besar jamaah mengucapkan TAKZIAH kepada Sdr Khairuddin Abas, Setiausaha ABIM Selangor kerana pemergian ayahandanya yang tercinta pada 22 Jun 2010 jam 4.30 pagi.

Kami mendoakan semoga Sdr Khairudin diberi kekuatan dan ketabahan dalam mengahadapi ujian ini. Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada' dan salihin.

0 comments:

YOUNG ABIM CAMP 2010 : ARE YOU L.O.S.T (2)?

Alhamdulillah, Program Young ABIM Camp 2010 : Are You L.O.S.T (2)?, telah berjaya diadakan pada 7-9 Jun di Kem Raudhah Gombak. Peserta yang mendaftar adalah seramai 38 orang.(ada peningkatan sebanyak 15 orang berbanding tahun lepas). Paling tua ialah 15 tahun dan paling muda ialah 5 tahun. Kebanyakan peserta adalah di kalangan anak ABIM dan anak agensi ABIM Selangor seperti MRA, Hospital Al-Islam, SERI gombak & sg ramal dan anak-anak exco.

Program 3 hari 2 malam yang menekankan konsep aktiviti luar yang mana menguji ketahanan fizikal, turut diterapkan unsur-unsur kerohanian serta budaya ABIM. Antara aktiviti yang menjadi tarikan peserta adalah seperti tour de rimba, young warrior, walk of taqwa dan jihad race. Pengalaman berdikari seperti tidur dalam khemah, membakar keledek dan demo pertolongan cemas turut memberi satu kemahiran baru kepada peserta untuk dipraktikkan dalam keadaan yang memerlukan.


Semoga program ini dapat membentuk jati diri anak-anak yang :
- Luar biasa dalam membina kehidupan sebagai hamba Allah dan khalifah Allah
- Optimis dalam menghadapi halangan dan dugaan kehidupan
- Semangat yang cekal dan istiqamah
- Taqwa dan sentiasa mencari peluang untuk menambah keimanan dalam diri.

InsyaAllah kita akan berjumpa lagi Young ABIM Camp 2011 !



1 comments:

ABIM Ajak Masyarakat Boikot Israel

Hanya Kain Rentang ABIM (selain kain rentang MAIS) yang dipasang di depan perhimpunan!

Lebih 5,000 orang hadir termasuk mujahid-mujahid ABIM Selangor. Bahkan jutaan lagi yang turut membenci dengan hati atas kemungkaran tersebut!

YDP ABIM anta 10 orang pemidato dari kalangan ahli politik dan pimpinan NGO yang dijemput untuk menyatakan aspirasi mereka.


Hancur ! Hancur! Hancur! Zionis!!!

Ungkapan keramat ini terus berkumandang di Stadium Malawati , Shah Alam pada khamis - 3 Jun 2010 yang lalu. Seramai 5000 orang rakyat Selangor hadir sebagai melahirkan rasa solidariti dan ukhuwwah imaniyyah kepada rakyat Gaza, Palestin.

YDP ABIM Selangor yang diundang disaat-saat akhir oleh wakil Kerajaan Selangor untuk berucap menjadikan ruang dan peluang ini untuk mengajak lebih ramai anak muda Selangor untuk turun ke jalanraya pada 4 Jun 2010. Satu rapat umum raksasa sejuta umat akan diadakan selepas solat jumaat. perarakan bermula di Masjid Kg Baru, Kuala Lumpur dan berakhir di Kedutaan Amerika.
( Ada ayang membacanya dengan nada sinikal - AMIRUKA-yang bermakna ketua kamu').

Seorang Wakil didatangkan khas dari Gaza, Saudara Husin Muhamad oleh pihak penganjur. Beliau menyatakan rasa terharu dan terima kasih kepada seluruh umat Islam di Malaysia yang bangun membantah kekejaman Israel.
" Apabila saya berada disini, saya merasa keliru sama ada saya berdepan dengan rakyat Palestin atau rakyat Malaysia" ujar lagi.

Turut dijemput hadir ialah YB sekincahan Ng Sue Lim. Beliau berjaya menarik perhatian yang hadir dengan pidatonya yang mantap dalam bahasa Jawa yang fasih. "Kalau tak tengok muka mungkin orang ingat dia ni anak Jawa", kata rakan disebelah.

sokongan dari pimpinan bukan Islam ini jelas menunjukkan bahawa isu Gaza ini bukanlah isu keagamaan tetapi isu kemanusiaan sejagat. Kita harus mengajak lebih ramai lagi pemimpin dan masyarakat bukan Islam untuk turut membantu rakyat Gaza dan menentang kezaliman Yahudi Zionis.

Majlis berakhir dengan ucapan dari YAB Dato' Menteri Besar Selangor , Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim. Sebelum itu YB Dr Hasan Ali selaku Exco Agama dan penganjur rapat umum ini turut menyampaikan pidato berapinya untuk membakar semangat peserta yang hadir. Namun sebahagian peserta telah beransur balik kerana kebanyakannya adalah pelajar universiti yang terpaksa balik awal kerana esok ada kuliah.

Nampaknya , masyarakat awam yang sepatutnya menghadirkan diri ke program ini tidak kesampaian sedangkan puluhan ribu masyarakat bukan Islam diEropah bangkit dan keluar ke jalan raya berarak menyatakan protes mereka.

Agaknya masih ramai yang terlena ,enak dibuai dan didodoi dengan lagu-lagu merdu dan dirantai dengan rancangan -rancangan menarik yang disiarkan oleh stesen2 dan syarikat produksi Yahudi.

Nampaknya Program Boikot ABIM akan berdepan dengan cabaran besar!

0 comments:

Car Wash Saudara Kita Mulakan Operasi


Projek Pusat Membasuh Kenderaan - 'Car Wash' milik seorang alumni Darul Wardah telah dibuka dengan rasminya pada 1 Jun 2010. Dengan pengalaman dan kemahiran yang ada Saudara Yusof dan Saudara Razak telah membina semula Bengkel untuk membasuh kereta dengan bantuan dari Darul Wardah.

Permohonan kepada pihak MAIS @LZS telah dikemukan tetapi biasanya ia memakan masa yang sangat lama. Oleh itu kepada sesiapa yang ingin menyumbang atau membantu mereka bolehlah berhubung dengan pengurusan Darul wardah segera.

Pihak Masjid An Naim juga turut memberikan ruang tapak milik masjid untuk dijadikan sebagai premis operasi mereka. Lokasi yang sangat strategik kerana berhampiran jalan utama dan premis kedai diharapkan agar perniagaan mereka ini akan bertambah maju.

Oleh kerana modal yang sangat minimum mereka hanya dapat beroperasi dengan keadaan yang sangat sederhana tetapi hasilnya tetap memuaskan. Selain membasuh kenderaan mereka juga menawarkan perkhidmatan 'polish' . sebagai permulaan mereka menawarkan pakej menarik untuk anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan.

Kepada semua pembaca diluar sana yang ingin membantu golongan muallaf dan mustadhafin ini eloklah berkunjung ke premis mereka segera kerana kedatangan anda sangat dialu-alukan.

Wak Juragan

0 comments:

AYATA Kini di Klang



Tuan Hj Muslimin Yaakop sedang menerima cenderamata dari Cikgu Nawawi ( AYATA ) sebagai tanda kenang-kenangan. Berbaju merah ialah Tuan Hj Shafie , Ketua Kg Bukit Kapar.

Klang 6 Jun 2010 - ABIM Klang dengan kerjasama WADAH dan GPM ( Global Peace Mission ) telah menganjurkan Kursus Bahasa Inggeris Komunikasi untuk anak-anak Yatim Tabal, Takbai.(AYATA). Seramai 20 orang pelajar lelaki dan perempuan telah dibawa ke Pusat Pendidikan ABIM Klang untuk program intensif selama 5 hari bermula 6 Jun -10 Jun 2010.

Tujuan progam ini adalah untuk membantu peserta memantapkan lagi kemahiran bahasa Inggeris komunikasi para pelajar tersebut. Program ini juga bertujuan untuk memperkasakan generasi pewaris umat seagama, serumpun dan seperjuangan dinegara Thailand.

selain YDP ABIM Selangor dan YDP ABIM Klang, turut hadir dalam program perasmian ialah Tuan Hj Muslimin yaakop, Mantan YDP ABIM Selangor, Hj Shafie Sulaiman , Ketua Kampung Bukit Kapar dan En.Wan Rahman wakil GPM.

Seramai 5 orang sukarelawan guru akan terlibat dalam menjayakan program tersebut iaitu Cikgu Abd rahman Omar, cikgu Norezah Kasmon, cikgu Hjh Norsaadah dalail, Cikgu Zuraina Mohd Sabri dan Cikgu Ruzana Rashid.

Semoga hubungan ukhuwwah Islamiyyah yang terjalin akan menguatkan hubungan dua hala antara negara serumpun. Sumbangan kecil ini diharap dapat membuka jalan yang lebih besar dan luas untuk perkembangan dakwah serantau.

0 comments:

Sek. Men, Sains Tahfiz ABIM Selangor


ABIM Selangor akan menubuhkan Institusi Pendidikannya sendiri menjelang 2012. Konsep pendidikan yang akan ditawarkan ialah Sekolah Menengah Sains Tahfiz ABIM Selangor. Sekolah tersebut akan dibina ditapak tanah yang telah diwakafkan oleh seorang dermawan dari Shah Alam.

Tanah seluas 5 ekar tersebut terletak di Batu 8 Sijangkang dan berhampiran dengan jalan utama Klang - Banting. Di dalam kompleks pendidikan tersebut juga akan ditubuhkan institusi pendidikan sepanjang hayat untuk 'warga emas' ala pesantren dan rumah rehab Darul Wardah.

Proses untuk pindahmilik telah pun berjalan dan hanya menunggu urusan pembayaran duti stem. Mesyuarat pertama komiti khas telah pun diadakan pada khamis lalu di Sekretariat ABIM Selangor dengan dihadiri oleh beberapa individu terpilih dan pewakaf tanah.

mesyuarat kedua akan diadakan beberapa minggu lagi untuk melihat beberapa perkembangan terkini. Mesyuarat telah bersetuju melantik Tuan Hj Muslimin Yaakop, mantan YDP ABIM Selangor untuk menerajui projek ini.

Marilah sama-sama kita berdoa semoga projek ini akan berjaya dan bakal menjadi mercu tanda ABIM Selangor di bumi bertuah ini. Kami amat memerlukan sumbangan idea, tenaga, masa dan material dari semua masyarakat Islam terutama dari kerabat dan keluarga besar jamaah kita ini.

Sebarang bantuan dan pertanyaan sila hubungi : Sekretariat ABIM Selangor atau hubungi Tn Hj Muslimin Yaakop atau Us Mohd Zawawi Mughni.

22 comments:

BENGKEL EKONOMI ISLAM



5 Jun 2010. Kolej Dar Al-Hikmah, Sungai Ramal Dalam, Kajang. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan kerjasama Kolej Dar Al-Hikmah telah berjaya menganjurkan satu bengkel ekonomi Islam bertemakan ‘Model Ekonomi Yang Memenuhi Maqasid Syariah’. Bengkel dimulakan dengan ucapan aluan yang disampaikan oleh Saudara Amidi bin Dato’ Abd Manan, Timbalan Presiden ABIM. Kemudian, sesi diteruskan dengan ucaptama dan perasmian bengkel oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Siddiq Fadzil selaku Presiden Kolej Dar Al-Hikmah. Tajuk ucaptama beliau adalah ‘Maqasid Al-Shari’ah: Aktualisasinya Dalam Bidang Ekonomi’ telah berjaya mengetengahkan beberapa dasar penting perbincangan di dalam bengkel tersebut.

Antara yang disebutkan beliau adalah mengenai ciri dan matlamat sistem ekonomi Islam. Beliau menjelaskan, ekonomi Islam adalah sejenis ‘faith-based economy’ yang terikat dengan maqasid al-shari’ah, hukum syarak serta nilai-nilai akhlak. Antara nilai yang menjadi tonggak utama dalam ajaran Islam adalah keadilan. Menurut beliau lagi, para ulama’ telah menyepakati lima objektif syari’at sebagaimana yang digariskan oleh al-Ghazaliy iaitu memelihara agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Menutup ucaptama beliau, para peserta diberi peringatan dan pesanan bahawa kita perlu sedar tentang kerapuhan kebergantungan kita kepada sistem hutang kerana bagi ummat Islam, hutang adalah amat berbahaya.


Sesi kemudian berhenti rehat dan disambung dengan bengkel yang diketuai oleh Dr. Mahyudi (UIAM) dan panelis yang dibarisi oleh Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail (UKM), Prof. Dr. Jamal Othman (UKM), Dr. Norlida (UKM) serta Encik Razali Osman (ISDEF USM). Masing-masing membincangkan tajuk ‘Monetary Policy’, Ekonomi Lestari, Ekonomi dan Perlancongan serta Wakaf. Sesi ini tamat sehingga jam 1.30 petang. Seterusnya diteruskan pada jam 3.00 petang, satu Majlis Pra-Perasmian Sumbangan ‘Online’ InfaqSaya oleh Pro. Madya Haji Shaharudin Badarudi (Timb. Pengerusi Syura Kebangsaan) dan penyerahan sumbangan InfaqSaya kepada wakil-wakil ABIM negeri sehingga bersurai pada jam 4.30 petang.




0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR