PROGRAM MOTIVASI JATIDIRI TAHFIZ ABIM 2010

- Sesi pecah bendungan -

- Sesi mencari potensi diri -

- Sesi matlamat hidup -

- Sesi kerohanian -

- Sesi riadah -

- Sesi perasmian penutup -
----------------------------------------
27 & 28 Mac 2010: Program Motivasi Jatidiri Tahfiz ABIM 2010 dibawah anjuran Sekolah Tahfiz ABIM Klang dengan kerjasama ABIM Selangor berjaya diadakan di Kompleks Rakan Muda Sementa Klang. Objektif utama program ialah untuk membentuk jatidiri yang positif dalam pelajaran, ibadah dan juga kehidupan seharian.

Program 2 hari 1 malam ini dikendalikan sepenuhnya oleh Ustaz Harith (Pengarah Projek), Norhidayah (Setiausaha Kerja), Ustaz Umar (sukarelawan) dan Siti Zalina (sukarelawan). Manakala penceramah jemputan ialah Ustaz Azman (Exco Dakwah) dan Ustazah Hazlina (Mantan Ketua Helwa).

Di hari terakhir, Ustaz Zawawi selaku YDP ABIM Selangor memberi kata-kata penutup dan menyampaikan hadiah beserta sijil.

- Unit Dokumentasi Sekretariat ABIM Selangor

Comments

WAK JURAGAN said…
Tahniah kepada team yang telah menjayakan program ini.Juga Pak Ustat Jeman yang mengemudi Solat Malamnya.

KSSB 1438H

Popular Posts