MISI DAKWAH @ KAMPUNG SLIM RIVER


- skuad dapur tekun bekerja -

15-17 Januari 2010 ABIM Selangor telah menghantar 5 orang sukarelawan untuk mengalami pengalaman berdakwah di lapangan perkampungan orang asli. Program ini telah dianjurkan oleh Biro Kesihatan ABIM, Malaysian Relief Agency (MRA) dan Islamic Outreach ABIM.
Jumlah peserta program ini adalah seramai 35 orang yang diketuai oleh Dr Shahrizal Azwan dan terdiri daripada 11 orang pelajar Universitas Sumatera Utara (USU), 6 orang kakitangan Hospital Pakar al-Islam, 6 orang daripada Skuad Prihatin ABIM, 5 orang daripada ABIM Selangor, serta 6 orang daripada Islamic Outreach ABIM.
- bakal doktor yang tidak jemu berkhidmat -

Program ini mengandungi aktiviti bantuan perubatan, bantuan makanan, bantuan pakaian, dialog bersama masyarakat kampung orang asli dan tidak ketinggalan permainan sukaneka bersama-sama anak-anak.

- anak-anak orang asli yang ceria selalu -

5 sukarelawan yang terlibat ialah Sdr Khairudin Abas (S/U Negeri), Sdr Mohd Harith Othman (Pengurus Projek), Sdr Muhamad Husnul Azam Ahmad Mughni (Sukarelawan UIA), Sdri Norhidayah Sumairi (S/U Kerja) dan Sdri Siti Zalina Nor Monir (Sukarelawan UIA).

- kenangan di perkampungan orang asli Slim River -

Semoga program lapangan dakwah ini akan dapat diteruskan lagi tanpa mengenal erti kesusahan dan kepayahan. Beristiqamahlah dalam berdakwah !

Comments

Tahniah buat semua rakan seperjuangan... Datang semangat dan keinginan untuk turut serta, tetapi apakan daya, terdapat urusan kerja lain yang perlu diisi...

Semoga kerja-kerja ini berterusan dan didoakan agar kita terus istiqamah dalanm perjuangan DEMI AGAMA ALLAH...

http://kamarulazami.blogspot.com

KSSB 1438H

Popular Posts