Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




MINGGU KEFAHAMAN ISLAM & MINGGU DU'AT 2009

- Barisan pimpinan ABIM Selangor dan PEPIAS bersama MB Selangor dan YB Yaakob Sapari-

24 Disember 09 : ABIM Selangor telah dijemput untuk melaksanakan program Kefahaman Islam dan Minggu Duat Peringkat Negeri Selangor bermula dari 17 - 20 Disember 09 di Dataran Masjid Negeri Selangor. Program ini adalah anjuran Bahagian Dakwah JAIS, PAID dengan kerjasama 38 buah NGO'S Islam. Objektif program ini adalah untuk merapatkan ukhuwah NGO's dan memperkenalkan poroduk NGO's kepada masyarakat.
- YDP ABIM Selangor dan Mantan Ketua Helwa turun padang memberi sokongan -

- Suasana di laluan pameran -

Walaupun cuaca tidak menentu, namun para petugas booth tidak menghampakan pihak sekretariat. Exco yang bertugas memberikan komitmen yang tinggi. Terima kasih kami ucapkan.

- Belia yang berminat untuk menyertai kerja dakwah ABIM sedang mengisi borang keahlian -

Jualan amal untuk menambah dana Rumah Perlindungan Wanita Darul Wardah turut diadakan. Ini adalah salah satu langkah interaktif untuk menarik orang ramai berkunjung ke pameran ABIM Selangor. Selain itu, orang ramai juga turut diberi peluang untuk menandatangani buku lawatan yang disediakan.
- Peserta khusyuk mendengar pengisian di dalam majlis malam silaturrahim -

Majlis malam silaturrahim adalah slot untuk memperkenalkan direktori kepada semua NGO's yang lain agar mudah dan cepat dihubungi. Selain itu YDP Wadah Selangor juga mendeklamasikan sajak yang bertajuk 'Dakwah Satu Perjuangan Sepanjang Zaman'. Sebelum sesi malam silaturrahim, masjid telah diserikan dengan kuliah maghrib oleh ulama tersohor Syeikh Yusuf Al-Qardawi.
- Suasana booth di saat-saat terakhir sebelum berangkat pulang -

- Majlis perasmian penutup penerimaan sijil penghargaan, diterima oleh Pen Setiausaha ABIM Selangor -

Pihak Sekretariat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pimpinan, exco,sahabat ABIM Selangor yang memberi sokongan padu terhadap program Kefahaman Islam dan Minggu Du'at. Di majlis seperti inilah sebenarnya kita dapat mengenali dan merapatkan ukhuwah. Jutaan terima kasih sekali lagi.

1 comments:

KURSUS IBADAH QURBAN 2009

Keratan akhbar dari Sinar.

KAPAR, Kompleks Rakan Muda Sementa - 28 & 29 November : ABIM Selangor dengan kerjasama JBSN & JAIS mengadakan satu program kursus penyembelihan khas untuk remaja dan belia sempena sambutan hari raya korban. Penganjuran kursus ini diangap dapat memberi ilmu berguna kepada generasi pelapis untuk mahir dan mampu untuk menggalas tugas berkenaan kelak.

Gambar 1: Bacaan yasin dan tahlil di surau


Semua peserta turut didedahkan dengan maksud dan konsep ibadah korban selain mempelajari teknik dan cara penyembelihan selain ceramah berkaitan dengan ibadah berkenaan oleh penceramah JAIS dan ABIM Selangor.

Gambar 2 : Ustaz Sapuan (JAIS) memberi penerangan cara penyembelihan

Beberapa peserta juga diberi peluang mempraktikkan teori yang dipelajari dengan menyembelih lembu korban sementara peserta lain memerhati serta membantu proses penyembelihan agar berjalan lancar.

Gambar 3 : Penyembelihan oleh Pengarah JBSN, Makhruzi Iksan
Daging korban yang sudah siap dibahagikan pula kepada semua peserta serta beberapa rumah kebajikan seperti Darul Wardah, Rumah Anak Yatim Sungai Pinang, Rumah Kebajikan Rukhaiyah, serta fakir miskin sekitar daerah Kapar.

Gambar 4 : Sekitar proses melapah dagin lembu

1 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR