Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Isu Dr. Asri: ABIM Seru Semua Bertenang

BERITA
Rabu November 4, 2009

PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru semua pihak agar bertenang dan membenarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan tugas dalam isu penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Timbalan Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan berkata pihaknya meyakini bahawa Mohd Asri akan diadili dengan sebaik mungkin mengikut undang-undang Syariah Selangor.

"Kita seharusnya membenarkan pihak pentadbir agama seperti JAIS melaksanakan tugas dengan bebas dan amanah.

"Jika sudah termaktub dalam enakmen peraturan yang sedemikian maka semua pihak hendaklah menghormatinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahad lalu, Mohd Asri ditahan oleh JAIS di Taman Sri Ukay, Hulu Klang kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor Isnin lalu tidak mendakwanya, sebaliknya Mohd. Asri hanya dikenakan bon jaminan JAIS sebanyak RM3,000.

Menurut Amidi lagi, pertembungan beberapa aliran pemikiran umat Islam di Malaysia perlu ditangani dengan sebaik mungkin.

"ABIM mencadangkan satu majlis atau jawatankuasa meneliti perkembangan ini bagi menjaga keharmonian dan perpaduan umat.

"Kita tidak mahu perbalahan ini menjadi semakin besar dan akhirnya merebak sehingga ia menjadi tidak terkawal.

"Kita tidak mahu nanti umat Islam di Malaysia saling bercakaran kerana mempertahankan pandangan ulama ikutan mereka menerusi pendekatan yang sempit dan merugikan," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu surat tauliah bagi membenarkan seseorang pendakwah itu menyampaikan dakwah di Selangor, beliau berkata pandangan orang ramai perlu diambil kira mengenai kelulusan akademik.

"Kita tidak mahu soal ketegasan melaksanakan peruntukan enakmen akan membuat dakwah Islam tersekat dan membeku, isu pentauliahan ini memerlukan satu perhatian yang sewajarnya.

"Di sebelah pihak lagi, tidak rugi rasanya jika menundukkan rasa hormat dengan memohon tauliah bagi memenuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Ia bukan satu perkara yang memalukan, sebaliknya ia akan menaikkan martabat agama Islam di mata umat Islam... itulah yang seharusnya berlaku," katanya.

4 comments:

Abim daerah Besut tidak menyokong kandungan Memorandum membantah Pelantikan Dr Asri sebagai YDP YADIM oleh PGSM dan beberapa NGO.Alasannya boleh dibaca diblog kami...

Anonymous said...

salam tuan tanah..

ya, memang ramai juga individu/kumpulan yang tidak bersetuju dgn memo PGSM.

memo ini berbeza dgn memo yg dihantar PUM pada YDP Agong dahulu,kerana PUM memberi bukti dari keratan akhbar yg jelas bagaimana individu2 tertentu menghina ulama.

atau juga sepatutnya kita lebih fokus untuk me'memo'kan tindakan SiS dalam isu kartika(repot polis pun dah berdozen dibuat!)

apa yg dimusykilkan adalah sikap berdiam diri dan "seolah" berlepas tangan Abim terhadap isu ini tanpa sebarang penjelasan kenapa, sedangkan abim termasuk dalam senarai ngo yg menyokong memo tersebut.

saya juga,seperti rakyat kebanyakan, ingin tahu apa pendirian abim selangor dalam hal ini.mungkinkah abim selangor tidak ketahuan atas alasan ia adalah keputusan pusat atau kita bersikap "baling batu-sembunyi tangan"?

walau apapun,sy bersetuju bahawa pembelaan untuk dr asri adalah kurang keperluannya berbanding "pembelaan" yg harus kita lakukan pada belia2 di selangor ini, yg sebahagiannya jauh lebih 'wahabi' dari orang saudi sendiri!


sekian..
--joharihamzah--
--puncak alam,SELANGOR--

WAK JURAGAN said...

wsalam Wak Johari,

Terima kasih atas pandangan dan ulasan sdr tentang isu semasa yang hangat dan hangit sekarang.Sejarah sentiasa berulang.

Perbalahan antara intelektual memang sering berlaku sehingga ke tahap ada yang terpenjara dan dibunuh.Tentunya ini merugikan umat dan memberi imej buruk kepada Islam.

Pertentangan antara dua aliran pemikiran ini berpunca dari hati yang dipengaruhi nafsu manusia itu sendiri.

kepada yang dipanggil Kumpulan Wahhabi atau Akhbash.....

Mereka semua harus bertaubat dan memohon ampun kepada Allah kerana tindakan dan bicara mereka telah menyalakan api fitnah yang merosakkan umat dan kesucian agama.

"
KEWAJIPAN DAN TANGGUGJAWAB KITA LEBIH BANYAK DARI MASA YANG ADA" - al banna.

Wak Juragan

Anonymous said...

Agaknya PGSM ni sengaja nak cari isu untuk jadi hero...Bukan senang peguam nak keluar media kecuali peguam artis dan mak datin...

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR