Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Abim: Halusi pindaan akta nikah cerai Nov 25, 09 8:23pm

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyarankan agar cadangan meminda akta untuk membaharui undang-undang perkahwinan dan perceraian 1976 diperhalusi sebelum dilaksanakan.

Abim secara umum bersetuju dengan cadangan untuk meminda seksyen kecil 51(1) akta tersebut yang memperuntukkan hanya pasangan yang bukan Islam sahaja boleh memfailkan petisyen penceraian di mahkamah sivil.

Bagaimanapun, menurut Abim, pindaan tersebut dilihat akan memberi impak terhadap seksyen-seksyen lain dalam akta yang sama terutama yang melibatkan aset perkahwinan, pemberian nafkah, hak penjagaan anak, liabiliti dan tanggungan yang berkaitan dengan perceraian yang disebabkan oleh salah seorang pasangan memeluk Islam.

"Justeru Abim menyarankan agar pindaan ini turut diteliti memandangkan ia (pindaan) akan turut memberikan kesan terhadap peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam akta serta enakmen undang-undang keluarga Islam.

"Ini untuk mengelakkan pindaan ini daripada mengurangkan serta menjejaskan kredibiliti, hak dan bidang kuasa eksklusif mahkamah syariah," menurut ABIM dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Abim juga mahu pandangan daripada majlis agama Islam negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta jabatan mufti mengenai pindaan tersebut dipertimbangkan bagi mendapat pandangan daripada segi hukum syarak dan implikasi pindaan ini terhadap hak beragama dan status agama anak-anak daripada perkahwinan tersebut.

Ini termasuk mendapat pandangan daripada pakar undang-undang dan ahli akademik bagi mengharmonikan undang-undang sivil dan syariah dan memastikan intipati dan hasrat perundangan syariah tetap dipertahankan walaupun prosiding dilaksanakan di mahkamah sivil, katanya.

Semalam, peguam kanan persekutuan Mohamad Naser Disa dalam satu taklimat mencadangkan agar Akta 164 iaitu Akta Membaharui
Undang-Undang (Perkahwinan dan Penceraian) 1967 dipinda bagi membolehkan mereka yang memeluk agama Islam turut diberikan hak untuk memfailkan petisyen penceraian di mahkamah sivil.

Akta itu sebelum ini hanya terpakai kepada mereka yang bukan Islam sahaja memfailkan perceraian bagi perkahwinan sivilnya di bawah subsekyen 51(1). BERNAMA

0 comments:

Program Ibadah Korban ABIM / JBS

PROGRAM IBADAH KORBAN

ABIM SELANGOR dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan Selangor akan mengadakan Program Ibadah Korban pada ;

Tarikh : 28-29 Nov 2009 ( Sabtu -Ahad )
Masa mula : 7.00 ptg
Atur cara
Sabtu :
8.00 malam - Takbir dan Tazkirah Aidil Adha
9.30 malam - Ceramah Khas " Pengajaran dari Korban"
10.00 malam - Mesyuarat Pelaksanaan Program ibadah Korban
Ahad :
8.00 pagi - Takbir Raya
- Penerangan tentang program ibadah Korban
- Ibadah Korban

10.00 - Penyerahan daging Korban kepada rumah anak yatim dan rumah kebajikan

Setakat ini ada 5 ekor lembu dan 35 orang peserta korban. Semua ahli dan qiadah ABIM / WADAH / PEPIAS dijemput hadir terutama yang tidak ada hal yang mustahak.

3 comments:

Isu Dr. Asri: ABIM Seru Semua Bertenang

BERITA
Rabu November 4, 2009

PETALING JAYA: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyeru semua pihak agar bertenang dan membenarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan tugas dalam isu penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Timbalan Presiden ABIM, Amidi Abdul Manan berkata pihaknya meyakini bahawa Mohd Asri akan diadili dengan sebaik mungkin mengikut undang-undang Syariah Selangor.

"Kita seharusnya membenarkan pihak pentadbir agama seperti JAIS melaksanakan tugas dengan bebas dan amanah.

"Jika sudah termaktub dalam enakmen peraturan yang sedemikian maka semua pihak hendaklah menghormatinya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ahad lalu, Mohd Asri ditahan oleh JAIS di Taman Sri Ukay, Hulu Klang kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor Isnin lalu tidak mendakwanya, sebaliknya Mohd. Asri hanya dikenakan bon jaminan JAIS sebanyak RM3,000.

Menurut Amidi lagi, pertembungan beberapa aliran pemikiran umat Islam di Malaysia perlu ditangani dengan sebaik mungkin.

"ABIM mencadangkan satu majlis atau jawatankuasa meneliti perkembangan ini bagi menjaga keharmonian dan perpaduan umat.

"Kita tidak mahu perbalahan ini menjadi semakin besar dan akhirnya merebak sehingga ia menjadi tidak terkawal.

"Kita tidak mahu nanti umat Islam di Malaysia saling bercakaran kerana mempertahankan pandangan ulama ikutan mereka menerusi pendekatan yang sempit dan merugikan," katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai isu surat tauliah bagi membenarkan seseorang pendakwah itu menyampaikan dakwah di Selangor, beliau berkata pandangan orang ramai perlu diambil kira mengenai kelulusan akademik.

"Kita tidak mahu soal ketegasan melaksanakan peruntukan enakmen akan membuat dakwah Islam tersekat dan membeku, isu pentauliahan ini memerlukan satu perhatian yang sewajarnya.

"Di sebelah pihak lagi, tidak rugi rasanya jika menundukkan rasa hormat dengan memohon tauliah bagi memenuhi peraturan yang telah ditetapkan.

"Ia bukan satu perkara yang memalukan, sebaliknya ia akan menaikkan martabat agama Islam di mata umat Islam... itulah yang seharusnya berlaku," katanya.

4 comments:

SEMINAR HAPUSKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH?

SEMINAR HAPUSKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH?
Tentangan Terhadap Ad Din Sebagai Cara Hidup.

14 November 2009 ( Sabtu )
Dewan Besar, Masjid Negeri, Shah Alam, Selangor
8.00 pagi - 1.00 tengahari

Masuk PERCUMA. Jamuan disediakan.

Penceramah Utama :
1. Dato' Paduka Dr Zaleha Kamaruddin - Timbalan Pengarah IKIM
2. Prof. Dato' Mahmood Zuhdi - UIAM
3. Demonstrasi sebatan
4. Forum - Dialog MAIS, JAIS dan ABIM - Strategi Menangani Tentangan

2 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR