Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Program IhyaUnNahar Imarah Ramadhan dan Iftar Jamaie ABIM Selangor dan ABIM Klang



12 September 2009 bersamaan 22 Ramadan 1430, Sabtu, Pusat Pendidikan ABIM Klang Meru. Peserta hadir ke PPAKseawal jam 7.30 pagi. Mereka sabar menunggu sehingga meja pendaftaran dibuka bagi penyertaan Program Ihya Un-Nahar Imarah Ramadan pada jam 8.00 pagi. Keadaan hening pada pagi tersebut memberikan ketenangan dan dipermudahkan segala urusan pendaftaran peserta. Tepat pada pada jam 8.30 pagi, taklimat program disampaikan oleh penyelaras program Saudara Kam sehingga jam 9.00 pagi. Kehadiran peserta memberangsangkan. Seramai 25 orang peserta lelaki dan 31 orang peserta perempuan yang telah hadir dan majoritinya adalah dari kalangan pelajar-pelajar dari Meru sendiri.

Gambar 1: Diantara peserta yang hadir.


Seterusnya aktiviti diserahkan kepada Saudara Azam bagi meneruskan agenda solat sunat Dhuha dan solat sunat Tasbih. Perjalanan lancar dan peserta melaksanakannya dengan penuh kekhusyukan. Agenda seterusnya selepas melakukan solat sunat tadi, peserta kemudiannya dipecahkan kepada 7 kumpulan untuk aktiviti LDK yang membincangkan bab solat serta tadarus Al-Quran sehingga solat Zohor berjemaah.

Gambar 2: Peserta sedang melaksanakan solat sunat Dhuha dan Tasbih.


Pada jam 2.30 petang, sesi diteruskan dengan permainan Kuiz yang diketuai oleh saudara Farid sehingga ke jam 4.30 petang dan di akhiri solat Asar berjemaah. Selepas solat Asar berjemaah, majlis penutup program telah disempurnakan oleh Ustaz Zawawi Ahmad Mughni, Yang Di Pertua ABIM Selangor. Peserta telah diberikan sijil penyertaan dan program tamat pada jam 5.15 petang.

Gambar 3: Peserta berada dalam LDK.

Gambar 4: Ustaz Zawawi menyampaikan sijil kepada peserta.


Pada masa yang sama, pada jam 3.30 petang, pihak ABIM Selangor juga telah melaksanakan pertemuan Majlis Setiausaha Negeri dan Daerah (MASUDA) bagi membincangkan beberpa agenda penting bagi melancarkan perjalanan dakwah ABIM Selangor. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil dari ABIM Pusat, Saudara Raimi dan berakhir dengan majlis berbuka puasa bersama-sama ahli ABIM Selangor, WADAH Selangor dan PEPIAS.

Gambar 5: Mesyuarat MASUDA.


Majlis berbuka puasa juga berjalan dengan lancar dengan dihadiri lebih dari 50 orang ahli PEPIAS yang hadir dari setiap daerah serta dari pihak ABIM Klang sendiri. Pihak ABIM Selangor ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis Iftar ini. Majlis bermula dengan berbuka bersama-sama, solat Maghrib berjemaah, ucapan YDP ABIM Selangor, solat Isyak dan bertarawih secara berjemaah dan diakhiri dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Yusof Hassan, YDP WADAH Selangor. Semoga usaha-usaha ukhuwah begini diteruskan dan dijadikan agenda utama dalam ABIM Selangor.

Gambar 6: Diantara ahli jamaah sedang menunggu waktu berbuka.

Gambar 7: Sedang mendengar tazkirah oleh YDP WADAH Selangor.

1 comments:

WAK JURAGAN said...

ucapan setinggi tahniah kepada semua komiti dan aktivis yang telah menjayakan program Ihya al Nahar dan Iftar ABIM Selangor diPPA Klang.

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir terutama dari WADAH dan PEPIAS. Macam mana kalau Sambutan Aidil Fitri nanti WADAH dan PEPIAS pulak anjurkan?

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR