Program IhyaUnNahar Imarah Ramadhan ABIM Kuala Langat
Alhamdulillah, ana telah bersama Cikgu Radin dan Ustaz Azman di SMK Telok Panglima Garang juga adik-adik PEPIAS (SYABAB Kuala Langat) dalam melaksanakan Program IhyaUnNahar Imarah Ramadhan ABIM Kuala Langat dan ABIM Selangor. Ana tidak dapat bersama sehingga ke akhirnya, namun diyakini bahawa aktiviti yang dijalankan lancar melihat kepada persiapan Cikgu Radin serta bantuan dan kerjasama baik dari adik-adik PEPIAS (Syabab Kuala Langat).
Program bermula secara tepatnya pada jam 9.15 setelah dikumpulkan peserta seramai 68 orang yang dihadiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 dari SMK Telok Panglima Garang serta Maahad Tahfiz di Jugra. Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Cikgu Radin di surau SMK Telok Panglima Garang dan disambung sedikit tazkirah awal program oleh ana sendiri. Seterusnya sesi diserahkan kepada Ustaz Azman untuk sesi solat sunat Dhuha dan Tasbih.
Sejurus selepas itu, program diteruskan dengan bertadarus Al-Quran dengan peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan bilangan 3 - 6 orang dalam satu kumpulan. Perjalanan tadarus mengambil 1 jam dengan peserta menghabiskan beberapa surah pendek dengan dibantu selia oleh pelajar tingkatan 6 bawah SMK Telok Panglima Garan juga rakan-rakan peserta dari Maahad Tahfiz Jugra. Kemudian, peserta dikumpulkan dan diberikan tazkirah sebelum berehat menunggu masuknya waktu Zohor dan solat Zohor berjemaah.
Sejurus selepas solat Zohor berjemaah, peserta dikumpulkan dan ana memulakan sesi seterusnya mengikut agenda iaitu tahsin solat. Perbincangan bermula dengan sedikit ulangan dalam bab bersuci bermula dari bahagian air, najis, jenis air mutlak, mandi hadas dan sebab-sebabnya dan seterusnya berwudhu'. Kemudian ana serahkan kembali kepada Cikgu Radin untuk meneruskan aktiviti solat. Mengikut perbincangan, peserta kemudiannya akan masuk ke dalam kumpulan yang akan diketuai oleh abang-abang dari tingkatan 6 serta Syabab Kuala Langat untuk menjalankan amali solat berjemaah Subuh.
Program diteruskan sehingga berbuka dan berterawih bersama. Ana memohon berjuta kemaafan kepada pihak ABIM Kuala Langat dan pihak ABIM Selangor sendiri kerana tidak dapat memberikan komitmen 100% dalam menjayakan program ini. Namun, kepercayaan dan keyakinan ana tetap tinggi kepada penganjur program ini beserta dengan mereka yang membantu yang telah menjayakan program ini. Tahniah dan terima kasih.
Gambar1: Peserta bersama dalam aktiviti Pemecah Bendungan.
Gambar2: Bersama Ustaz Azman dalam aktiviti solat sunat Dhuha dan Tasbih.
Gambar3: Peserta sedang bertadarus Al-Quran.
Gambar4: Sedang melaksanakan solat Sunat Dhuha dan Tasbih.
2 comments:
Assalamualaikum
Terima kasih kpd YDP, SUK , Ketaua Biro Dakwah, Kak Ina & Power Rangers, C Shida, Abang Samad, abang Jak, Ka nisa' , Ustaz anas dan tak lupa Raden & the team yang bertungkus lumus menjayakan pgm. Walau persiapan dalam masa seminggu tapi impaknya akan dirasi selamanya.
Agenda Perjuangan Baru Bermula.....
Tahniah & maaf x dpt hadir. Nk jenguk sgt adik2 TPG yg selalu ikut prog PEPIAS cam muslim, sofia, amalina & etc. Sgt perlu prog untuk hidupkan hati kita yg sakit tandus. Rindukan pengisian utk menghidupkannya. Tahniah semuanya. Hanya Balasan-Nya diharapkan.
Post a Comment