HELWA ABIM jayakan OSCC di Sijangkang

Sijangkang, 4 Julai 09 - Helwa ABIM Selangor dengan kerjasama Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Sijangkang telah berjaya menganjurkan Program Seminar Sehari Menangani Keganasan Rumahtangga dan Projek One Stop Crisis Centre ( OSCC).

Hampir 100 orang pemimpin masyarakat dari kampung-kampung dibawah DUN Sijangkang, Pimpinan parti politik PAS dan PKR, Pertubuhan-pertubuhan NGO dan sukarela telah hadir mengikuti sesi forum dan ceramah yang disampaikan.

Panelis Forum yang terdiri dari wakil PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Hospital telah diundang untuk memberikan penerangan dan bersoal jawab tentang isu-isu yang diutarakan.Moderator forum ialah Saudara Khairudin,YDP ABIM Kuala Langat / Setiausaha ABIM Negeri Selangor.

Ketua HELWA, Saudari Haryati menyatakan ; " Saya merasa gembira dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak khususnya para pimpinan HELWA negeri dan daerah yang bertungkus-lumus memastikan program ini berjalan lancar".


Program seterusnya ialah pada 12 Julai 09 di DUN Permatang, Kuala Selangor. Kepada semua warga kerabat ABIM Kuala Selangor dan Tanjong karang diharap dapat bersiap sedia untuk menggerakkan program tersebut.


Terima kasih
Unit Info ABIM Selangor.( Ajk Helwa,tolong upload foto-fotonya ya)

Comments

Anonymous said…
Ada gambar baru percaya.Macam mana HELWA baru ni, slow aje, tak kan nak harap prof dengan ustazah je!
CikguDin said…
haha...
perlu sokongan tu..
come HELWA..
bangkit2
Anonymous said…
ana memerhati dari jauh,salam buat ustazah. ketua HELWA baru ni mampu ke pergi jauh? Tak de orang lain?

sekadar pandangan, utk next muktamar,carilah yang ada kaliber dan mampu memimpin!
Anonymous said…
jangan kata gitu..beri kepercayaan..insyaAllah dia boleh
Anonymous said…
Bukan tak percaya, nampak sangat Helwa sekarang makin tenat.

dari Pusat sampai ke Negeri.
Sepatutnya orang muda lebih laju.

sebaliknya pula yang berlaku.

Ingat,ini amanah! amanah!amanah!

KSSB 1438H

Popular Posts