Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




FORUM BICARA UMMAH

KENYATAAN MEDIA

FORUM BICARA UMMAH ; PEMBINAAN GENERASI BARU UMAT ISLAM : MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA GENERASI SALAHUDDIN AL AYUBI

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Negeri Selangor Darul Ehsan dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Petaling akan menganjurkan PROGRAM FORUM BICARA UMMAH ; PEMBINAAN GENERASI BARU UMAT ISLAM : MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA GENERASI SALAHUDDIN AL AYUBI bersempena Muktamar Sanawi Ke 38ABIM Pusat yang akan berlangsung di Shah Alam pada 31 Julai 2009 hingga 2 Ogos 2009 ini . Program tersebut akan diadakan pada 31 Julai 2009 hari Jumaat di Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdl Aziz Shah , Shah Alam. Program ini akan bermula pada jam 9:00 malam dan para panelisnya ialah Prof Dr. Razali Nawawi –yang merupakan mantan Presiden ABIM dan Dr Mohd Farid Shahran , timbalan presiden ABIMdan juga Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu , Univerisiti Islam Antarabangsa. Forum ini akan dikendalikan oleh pengacara televisyen yang tak asing lagi Syed Munawar Syed Mustar.

Forum ini akan membicarakan pembinaan generasi baru ummat islam dari satu sudut yang berbeza iaitu mengambil iktibar dan pengajaran daripada generasi pemimpin Islam terbilang Salahuddin Al-Ayubi. Generasi Salhuddin yang unik dibina bukan setahun atau sedekad malah memakan masa yang lama melalui penerapan tarbiyyah dan pendidikan sehingga menghasilkan generasi yang hebat apabila berjaya membebaskan Masjid Al-Aqsa dari tangan orang kafir. Panelis akan membicarakan intipati yang boleh menginspirasikan satu generasi baru ummat Islam kini dan cuba untuk menjadi alternatif dalam menyelesaikan masalah sosial dikalangan belia.

ABIM Negeri Selangor menjemput semua warga selangor khususnya di Shah Alam untuk turun beramai ke forum ini.

MEMBINA DAN MENGGERAK GENERASI KHAYRA UMMAH

Sekretariat ABIM Selangor. Anjung Berkat

28 Julai 2009M bersamaan 5 Sya’ban 1430H

2 comments:

Catatan Program Penghayatan Islami SAMTTAJ



Program Penghayatan Islami di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah Shah Alam dijalankan pada 10 dan 11 Julai 2009. Program yang menggabungkan 2 agensi iaitu ABIM Selangor dan PEPIAS telah berhadapan dengan bilangan pelajar seramai lebih dari 140 orang pelajar. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar luar atau pelajar yang tidak tinggal di asarama. Objektif utama program ini ialah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar ini merasai pengalaman tinggal di asrama.

Antara cadangan dan pandangan peserta selepas tamat program ini adalah sebahagian mereka mengharapkan agar ia dijalankan dengan masa yang lebih panjang serta diadakan diluar dari kawasan sekolah. Terdapat juga pandangan dan kritikan yang sepatutnya diberikan keutamaan khususnya dari segi kemahiran fasilitator adik-adik di PEPIAS, penampilan diri fasilitator PEPIAS serta penyusunan modul oleh pihak ABIM Selangor sendiri.

Bagi mana-mana pihak sekolah yang berminat untuk mendapatkan khidmat kami di ABIM bagi menjalankan program ini, boleh dapatkan kertas cadangannya dipautan Kertas Kerja Cadangan Program kami atau hubungi Saudara Kamarul Azami bin Mohd Zaini ditalian 012-689 1738.

Sekian, terima kasih.

0 comments:

Penghayatan Israk Mikraj

Nabi Muhammad s.a.w berdakwah bermula dari peringkat awal baginda diutuskan adalah berdasarkan keyakinan baginda terhadap utusan Allah s.w.t iaitu Malaikat Jibril a.s. Dengan berbagai cara Malaikat Jibril a.s datang kepada baginda menyampaikan amanat Allah s.w.t. Namun begitu, keyakinan Nabi Muhammad s.a.w yang begitu tinggi terhadap penyampai maklumat ini, hinggakan beliau merasa cukup untuk berdepan dengan Allah s.w.t dengan bermunajat, bersolat dan membaca Al-Quran yang dianggap amalan yang tiada perantara antara beliau dan Tuhannya Robbul Izzah.

Sebagai pengukuh Iman yang sebenar-benarnya, juga anugerah terhadap perjuangan Nabi Muhammad s.a.w yang tiada erti penat dan lelahnya. Allah s.w.t telah mengurniakan satu kurniaan besar yang tidak pernah diberi kepada nabi-nabi lain sebelum baginda.

Secara ringkasnya, kesimpulan kepada bagaimana Peristiwa Israk dan Mikraj menjadi tonggak kepada realisasinya Rukun Iman yang enam .

Pertama: Kepercayaan kepada Allah s.w.t

Nabi Muhammad s.a.w diberi kesempatan luar biasa untuk berdialog dan mendengar ucapan-ucapan Allah s.w.t dengan telinga baginda sendiri, ini meningkatkan keimanan baginda terhadap kewujudan Allah s.w.t.

Kedua: Kepercayaan kepada para Malaikat

Nabi Muhammad s.a.w diiringi para Malaikat, bertemu dgn ribuan para Malaikat di setiap langit, maka meningkat keimanan dengan kewujudan Malaikat.

Ketiga: Kepercayaan kepada Nabi-nabi

Banyak riwayat menceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w bukan sekadar bertemu dengan para-para nabi terdahulu, malahan mengimami mereka dalam satu solat cukup memberi keyakinan bahawa perjuangan beliau telah dilalui oleh nabi-nabi terdahulu dengan situasi yang berbeza.

Keempat: Kepercayaan kepada kitab-kitab

Kesempatan bertemu dengan nabi-nabi terdahulu yang diberi kitab-kitab ditambah lagi apa yang disebut dalam Al-Quran mengukuhkan keyakinan bahawa kitab-kitab diturunkan sebagai panduan kepada manusia untuk kembali kepada tuhannya dengan cara yang paling sempurna.

Kelima: Kepercayaan kepada hari Kiamat

Nabi Muhammad s.a.w diperlihatkan alam Syurga dan Neraka yang semuanya berada di alam Akhirat. ini meningkatkan lagi keyakinan tentang azab alam Akhirat adalah hak.

Keeenam: Kepercayaan kepada Qada dan Qadar

Imam Nawawi menyebut bahawa Qada dan Qadar ini hanya menunjukkan betapa luasnya ilmu Allah taala tanpa terikat dengan sebarang paksaan. Melihat peristiwa Akhirat dan apa yang berlaku di Syurga dan Neraka cukup menunjukkan bahawa ilmu Allah s.w.t sangat luas dari alam tiada hingga ke alam akhirat yang diceritakan di dalam al-Quran adalah benar semata-mata.

Itulah secara ringkas sedikit penghayatan Israk Mikraj yang boleh kita kongsi bersama.

Terima kasih.


Nukilan Timbalan Yang Di Pertua ABIM Selangor.

0 comments:

forum bicara ummah




0 comments:

Forum Belia Menangani Masalah Sosial





Kerinci, 10 Julai 09 - Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan telah menjemput ABIM untuk menjayakan Forum yang membicarakan topik; masalah sosial, apa tanggungjawab kita? Panelis yang menjayakan forum tersebut ialah Ustazah Hazlina Abd Razak, Mantan Ketua Helwa ABIM Selangor dan Ustaz Hasnol dari Majlis Sukan Negara.Moderator forum ialah Ustaz Mohd Nizam Kamaruzaman.

Pada awalnya penyertaan hanya dihadiri oleh kaum ibu dan makcik-makcik yang memang rajin untuk menambahkan ilmu dan maklumat tentang isu semasa.Selepas pukul 10.00 kelihatan peserta lelaki makin bertambah.Mungkin selepas selesai urusan-urusan yang lain.

antara perkara yang menarik perhatian ialah soalan yang dikemukan oleh seorang belia, apakah peranan abim untuk membantu mengatasi masalah sosial yang berlaku sekarang ini? Beliau meminta Abim supaya membuat memorandum berkaitan isu penjualan arak dan dan rokok.

Panelis ABIM memuji keprihatinan anak muda tersebut kerana prihatin dan peka dengan masalah sosial yang berlaku dan mencadangka agar beliau turut sama menyertai ABIM bagi membantu menggerakkan kempen menangani masalah sosial terutamanya dikalangan remaja.

Kami memang mengalu-alukan lebih ramai lagi aktivis dan penceramah-penceramah muda ABIM untuk menjadi pengemudi ( trend setter ) kepada arus gelombang masalah sosial yang berlaku hari ini.

Ada yang sedia menyahut cabaran ini?

5 comments:

HELWA ABIM jayakan OSCC di Sijangkang

Sijangkang, 4 Julai 09 - Helwa ABIM Selangor dengan kerjasama Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Sijangkang telah berjaya menganjurkan Program Seminar Sehari Menangani Keganasan Rumahtangga dan Projek One Stop Crisis Centre ( OSCC).

Hampir 100 orang pemimpin masyarakat dari kampung-kampung dibawah DUN Sijangkang, Pimpinan parti politik PAS dan PKR, Pertubuhan-pertubuhan NGO dan sukarela telah hadir mengikuti sesi forum dan ceramah yang disampaikan.

Panelis Forum yang terdiri dari wakil PDRM, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Hospital telah diundang untuk memberikan penerangan dan bersoal jawab tentang isu-isu yang diutarakan.Moderator forum ialah Saudara Khairudin,YDP ABIM Kuala Langat / Setiausaha ABIM Negeri Selangor.

Ketua HELWA, Saudari Haryati menyatakan ; " Saya merasa gembira dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak khususnya para pimpinan HELWA negeri dan daerah yang bertungkus-lumus memastikan program ini berjalan lancar".


Program seterusnya ialah pada 12 Julai 09 di DUN Permatang, Kuala Selangor. Kepada semua warga kerabat ABIM Kuala Selangor dan Tanjong karang diharap dapat bersiap sedia untuk menggerakkan program tersebut.


Terima kasih
Unit Info ABIM Selangor.( Ajk Helwa,tolong upload foto-fotonya ya)

5 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR