Temasya Sukan Taski ABIM Meriah

Kuala Langat 9 Mei 09 - ABIM Kuala Langat telah menganjurkan Temasya Sukan Taski ABIM untuk daerah Kuala Langat.

Majlis yang bermula pukul 8.00 pagi ini telah dirasmikan oleh Ketua Helwa ABIM Selangor, Ustazah Hazlina Abd Razak. Seramai 150 pelajar taski dari empat buah Taski di Kuala langat telah menyertai acara tersebut.

Program yang diadakan di Stadium Jugra, Kuala Langat itu dipenuhi dengan berbagai acara yang menarik , penuh warna warni dan menghiburkan.

Menurut Yang Dipertua ABIM Kuala Langat, Saudara Khairudin Abas " Institusi Pendidikan ABIM diKuala Langat terus mendapat sokongan dan sambutan dari masyarakat di Kuala Langat walaupun banyak institusi baru tumbuh disekitar kawasan perumahan di sini"


ABIM Selangor mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua saf qaidah dan sukarelawan syabbab ABIM yang bertungkus-lumus dari mula hingga ke akhir program. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh ibu-bapa pelajar yang turut sama menjayakan program Temasya Sukan itu juga sangat membanggakan.

Inilah bunga-bunga bangsa yang akan menjadi tonggak negara masa depan harapan ummat di Malaysia.

Ini fesyen baju manusia abad akan datang ke? TLM tu apa dik....

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR