Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Jualan Amal Kembali Lagi


Kempen Kutipan Barangan Kitar Semula untuk Jualan Amal akan dijalankan sempena Program ABIM bersama Ummah 09 di Padang An Naim Jalan Kebun.

Cuba lihat apa yang ada dalam stor dan almari anda. Apa yang anda lihat ialah baju-baju lama yang sudah tidak digunakan lagi kerana sudah ada baju baru yang lebih cantik dan sepadan.

Cuba lihat di rak-rak buku anda. Tentu ada buku-buku novel yang anda sudah 10 kali berulangkali membacanya. Majalah-majalah langganan anda dan anak anda tentunya sudah tinggi menggunung.

Bagaimana kalau semua itu didermakan kepada AKC untuk tujuan amal kebajikan anda?

Tapi kalau anda agak keberatan tidak mengapa kerana pihak kami juga menerima sumbangan anda berbentuk wang ringgit dan cek tunai untuk sedekah dan infak yang lebih bermakna.Sila hubungi pihak urusetia untuk keterangan lanjut.

Jualan Amal juga akan terus dikendalikan oleh sukarelawan di ABIM Kiosk Charity ( AKC ) di Jalan Kebun untuk tujuan Kos pengendalian Rumah Perlindungan Wanita Darul Wardah.

Mohon diuar-uarkan untuk perhatian semua.

Syukran.

MOZAM
019 3339871

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR