Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




ABIM Bina Generasi Muda Melalui Solat

Shah Alam, 20Mei 09 - ABIM Selangor bersama Majlis Perwakilan Penduduk Zon 6, Shah Alam akan berpadu tenaga menjayakan Program Kembara Rohani pada 14 Jun 09.

Program yang berpusat di Surau Al Amin, Seksyen 18 menumpukan kepada pemantapan ibadah Solat dan pengukuhan jati diri remaja. Selepas program ini , peserta akan dapat memahami tujuan ibadah solat dan kewajibannya.

Memandangkan cuti sekolah hampir berakhir, dijangka seramai 80 orang remaja dari seksyen 18 akan terlibat dalam program tersebut. Kepada yang berminat sila berhubung segera dengan Pejabat MPP Zon 6 di Dewan MBSA pada waktu pejabat.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR