Memperteguhkan khittah dan Haluan Perjuangan

Oleh Dr Ahmad Zaki Latif
Sempena Tamrin 3 Generasi (WADAH + ABIM + PEPIAS)
Artikel ini cuba mengenal pasti faktor-faktor kelesuan jemaah yang menjadi hambatan kederasan haluan perjuangan Islam dan mencadangkan langkah yang sesuai untuk mempertingkatkan kittah perjungan menuju pembinaan khayra ummah.
1. Pengenalan
2. Kejelasan khittah dan haluan perjuangan
3. Mengenal pasti punca kelesuan
4. Merencana strategi dakwah yang berkesan
1. Pengenalan
Gerakan dakwah adalah suatu rangkaian dalam kesinambungan perjuangan para mursalin dan mujahidin sepanjang zaman. Misi mereka senada mengajak manusia seluruhnya mengabdikan diri seluruh dan seutuhnya kepada Allah, Tuhan mereka (ta’bidun-nas liRabbihim). Dalam rangka mencapai tujuan dan misi yang mulia itu, para pendakwah berhadapan dengan pelbagai cabaran mihnah dan fitnah yang dianggap sebagai fitrah dalam perjuangan. Kalau pendakwah tidak mempunyai asas pegangan agama yang kukuh kadang-kadang ia boleh membawa kepada gejala futur (lemah@ lesu), suqut (gugur di tengah jalan dakwah) dan ghaflah (lali dan lalai). Sebaliknya, pendakwah yang istiqamah akan merubah cabaran menjadi peluang dan cabaran itu akan mematangkan khittah perjuangan mengenali simpang siur jerih-payah haluan dakwah dan jihad.
2. Kejelasan Khittah Haluan Perjuangan
Peristiwa kemasukan DS Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982 merupakan mihnah dan fitnah kepada Abim dan dakwah di Malaysia. Kalau tidak ditangani dengan baik kemungkinan akan berlaku krisis keyakinan ahli dan masyarakat kepada Abim. Abim menyahut cabaran besar dengan menegaskan semula halatuju perjuangan Abim yang jelas sepertimana dipertegaskan oleh Presiden Abim, (Siddiq Fadil, 1989); In sha’a ’Llah – selagi hayat dikandung badan-kita akan serahkan harta benda dan jiwa raga kita kepada perjuangan merealisasikan cita-cita ini sehingga berhasil Islamisasi yang menyeluruh, meliputi:
· Pembinaan sahsiyah Islamiah
· Pembinaan keluarga Islamiyah
· Pembinaan ummah Islamiah
· Pembinaan dawlah/negara Islamiah
· Pembinaan dunia Islam dan
· Pembinaan khilafah Islamiah
Disamping meletakkan matlamat dan halatuju yang jelas kepada Abim, Ucapan Dasar Muktamar ke 11 itu juga menggariskan skima tarbiyah (termasuk kelimuan yang padu dan disiplin organisasi yang mantap) untuk meningkatkan mutu keahlian dan mengambil uslub atau pendekatan yang tersendiri bagi mencapai matlamat gerakan. Pendekatan yang tersendiri itu telah melahirkan Manhaj Maliziy yang mandiri dalam kegiatan dakwah, islah dan jihad serta sebagai jurubicara umat yang menyuarakan fikiran, perasaan, aspirasi dan cita-cita umat.
Kejelasan ghayah dan uslub dan wasilah yang masyhru`ah menjadikan Abim dapat tegak sebagai sebuah gerakan Islam yang kukuh menempuh segala bentuk mihnah, fitnah yang melingkunginya. Generasi pelanjut harus banyak belajar daripada khazanah tajribah generasi terdahulu.
3. Mengenal pasti punca kelesuan
Apakah benar berlaku kelesuan dalam sebuah organisasi yang bernama gerakan Islam? Sedangkan harakah itu sendiri bermakna bergerak maju, tidak lesu dan tidak beku. Ia mungkin berlaku apabila organisasi itu hanya tinggal pada nama saja. Ia tidak digerakkan lagi oleh ahli-ahlinya atau barangkali kurang ahli-ahli yang berkualiti atau mungkin ahli-ahlinya hilang kepercayaan kepada kepimpinannya atau mungkin juga krisis keutamaan (Awlawiyat) dalam mencapai hadap organisasi. Atau mungkin kerana kurang interaksi antara sesama ahli kerana wujud khilaf dan perbalahan. Atau wujud berbilang kelompok jamaah (ta’addud al-jama’ah) dalam sebuah organisasi. Atau mengurus organisasi sebagai persatuan semata-mata, tidak sebagai sebuah gerakan Islam.
Apakah kelesuan itu hanya persepsi orang luar terhadap gerakan Islam? Apakah para pendakwah ditimpa penyakit Wahnu (hubbuddunya wa karahiyatumaut-cinta dunia takut mati). Apakah kelesuan itu berpunca daripada faktor saingan yang tidak sihat antara pelbagai jamaah @ atau wujud hasadan di kalangan sebilangan pendukung jamaah demi mengejar populariti!.
Semua persoalan di atas, mungkin dapat dijawab dengan tepat melalui proses muhasabah dalaman (introspection) dan secara terus terang (musarahah) demi meluruskan kelancaran dakwah dan tarbiyah.
Sebagai kayu ukur untuk meninjau sejauhmana kedudukan kita dalam prestasi umat Islam kini, apakah kita dianggap terbaik daripada keadaan umat yang terburuk? (the best among the worst), maka perlu kita melihat punca-punca kemunduran umat dan membuat penyelidikan lapangan berhubung dengan indeks pencapaian umat Islam kini. Menurut (Ali Abdul Halim Mahmud, 1994) terdapat 10 sebab kemunduran umat (at-Taraji’ al-Hadari);
Penyelewengan terhadap kefahaman yang sebenar terhadap akidah Islam
Kedangkalan memahami khilafah dan kelemahan kepimpinan
Tidak mengambil manhaj Islam dalam sistem hidup
Perpecahan dan pengkelompokan umat
Mati dan lemah ruh jihad
Kejumudan dan ketiadaan ijtihad
Terpengaruh dengan keduniaan dan lupa akhirat
Tersebar luas bidaah yang menyesatkan
Kelemahan keluarga Islam dalam bidang pendidikan kanak-kanak
Tidak maju dalam bidang keilmuan
Kita mungkin bukan penyumbang kepada faktor-faktor kemunduran umat itu kerana gerakan dakwah ditubuhkan untuk menjadi penyelesai masalah (problem solver), bukan pembawa masalah. Namun demikian, beberapa aspek kelemahan seperti bibit perpecahan, kelemahan ruh dakwah dan jihad, pengaruh keduniaan dan kemerosotan aspek kerohanian dalam gerakan menjadi cabaran yang perlu ditangani.

Permasalah atau cabaran umat dalam pelbagai bidang kini, mungkin menjadi peluang kepada para pendukung dakwah untuk mencadang jalan penyelesaian yang tepat dan berkesan sekiranya kita mempunyai keupayaan kelimuan yang mendalam, tafaqquh fid-Din dan organisasi yang mantap. Organisasi yang baik memerlukan kewibawaan kepimpinan dan kesetiaan pengikut, kecekapan bekerja dan bergerak secara jama ’iy di samping dapat memelihara adab-adab ketertiban berjamaah dan berukhuwah.
Keperluan gerakan dakwah bergerak secara profesional menjadi suatu keperluan dan tuntutan bagi memenuhi keperluan semasa dan tuntutan dakwah. Penggerak dakwah sepenuh masa mungkin dapat membantu mempercepatkan lagi kelajuan pergerakan dakwah mencapai misinya.
Secara khusus kepimpinan perlu mendapat data yang mencukupi dan menyeluruh untuk menepati sasaran dalam berdakwah melalui penyemakan check-list soalan-soalan berikut;
Apakah kita membuat perencana untuk gerakan dakwah?
Apakah perencana yang dibuat menyeluruh?
Apakah kita mengemaskini perencana?
Apakah kita membuat penyelidikan terhadap sasaran?
Apakah kita mendapat data yang mencukupi untuk membuat perencanaan?
Apakah perencanaan kita memenuhi tujuan dan objektif organisasi?
Apakah kita membuat perencaan jangka pendek dan jangka panjang?
Apakah kita membuat penilaian terhadap perencanaan yang dilakukan?
Apakah kita mencari peluang-peluang baru dalam berdakwah?
Apakah kita merencana untuk mendapatkan sumber kewangan yang mencukupi?
Apakah kita mewujudkan perkongsian atau kerjasama dengan pihak lain bagi kelancaran berdakwah?
Apakah pendukung dakwah kita mendapat latihan yang sesuai dan mencukupi?
Pada dasarnya, Abim mempunyai sumber-sumber kekuatan yang telah dibina oleh generasi terdahulu;

2 comments:
Kita patut gembelingkan tenaga semula untuk ABIM, bukan tertulis disini sahaja...
Kita gabungjalingkan semula hubungan WADAH, ABIM dan PEPIAS dan menyumbang mengikut keupayaan, tetapi sumbangan bukan tunggu diminta tetapi secara ikhlas bertanya...
Bahan ini boleh dijadikan nota perbincangan dalam usrah untuk refresh minda. Dah lama kita tak bincang tema gerakan.
Post a Comment