Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




PAKEJ UMRAH DAN ZIARAH


PAKEJ LAWATAN 5H 4M JAKARTA / PUNCAK / BANDUNG
PAKEJ LAWATAN 4H 3M JAKARTA / PUNCAK / BANDUNG
15 HARI UMRAH DAN ZIARAH CAIRO
11 HARI UMRAH BIASA
Hubungi kami untuk tempahan HARI INI
Ust Muszaki 019-2661772 Sekretariat 03-55114994



2 comments:

KURSUS PEMANDU PELANCONG MASJID










Tarikh : 7-8 Februari 2009 (Sabtu dan Ahad)
Tempat : Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor
Anjuran: Islamic Outreach ABIM (IOA)
Dengan Kerjasama: Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah


Untuk Pertanyaan Sila Hubungi :
Tel : 03-2692 6014 (Puan Normah) /
03-4256 9822 (Puan Ameerah)
Faksimili : 03-4257 4500

Web : http://www.islamicoutreach.com.my

BAYARAN: RM 20.00 SAHAJA

0 comments:

Rayuan kepada umat Islam seluruh dunia

Assalamualaikum w.b.t

Saya bagi pihak pengurus DARUL WARDAH ingin memohon simpati dan sumbangan kepada encik,cik,tuan, puan,datuk, datin serta kaum muslimin,muslimat agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan serta mewakafkan kepada DARUL WARDAH iaitu Rumah Perlindungan Wanita bagi melancarkan lagi urusan dalam membimbing insan-insan teraniaya.

Sumbangan yang kami perlukan adalah berupakan seperti berikut :-
Sumbangan makanan untuk sebulan (agaran sebulan Rm 600)
Sumbangan berupa wang tunai,cek,wang pos (nombor akaun bank muamalat atas nama Helwa ABIM Selangor 1204-000-2343- 71-1)
Barangan Elektrik seperti kipas angin,seterika,mesin basuh,thermos air dan sebagainya.
Kos untuk pemasangan talian telefon/fax dan streamyx (angaran Rm 500)
Wakaf kenderaan terpakai motorsikal,kereta atau van.
Perabot bagi melengkapkan sebuah rumah (sofa,meja,kerusi, tikar getah,kapet dan sebagainya)
Keperluan pakaian (pakaian sekolah untuk perempuan,telekung, sejadah dan sebagainya)
Buku teks, buku ulangkaji sekolah rendah (darjah 1 hingga darjah 6)
Al-quran dan Surah Yassin
Buku panduan solat, buku panduan islam, dan sebagainya.
Penyidai pakaian
Rak kasut
Rak fail
Write box
Sukarelawan bagi mengajar kelas-kelas bimbingan.
bagi sesiapa yang ingin mehulurkan sumbangan serta mewakafkan apa sahaja keperluan tersebut boleh lah behubungan dengan kami di :-

Sekretariat ABIM Selangor - 03-55118994

Setiap sumbangan dan wakaf anda tidak sesekali pihak kami lupakan.

MOHON DIPANJANGKAN EMAIL INI SERTA DIUAR-UARKAN KEPADA SEMUA.
--
Sekretariat ABIM S'gor
2-20-6 Wisma MAIS, Jln Ru 3/9A Seksyen 3, 40000 Shah Alam
Selangor.
55118994 @ 019-2661772

0 comments:

Mohon Penderma Darah Segera !

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, saudara Badrul Zamani Syeikh Azmi (anak arwah Datuk Syeikh Azmi) akan menjalani pembedahan tulang belakang di HUKM (wad otopedik).
Beliau telah kehilangan kedua belah kaki dalam kemalangan beberapa tahun lalu.
Perlu segera 4 orang penderma darah ke Tabung Darah Negara KL

MOHD HALIMI
Penolong SUA WADAH

0 comments:

Kelebihan Mencarum Dalam KBI

Orang ramai dan ahli ABIM Khasnya digalakkan mencarum dalam KBI. Berikut adalah kelebihan yang boleh didapati oleh ahli-ahli KBI.


Kebajikan

Melalui caruman RM 5 yang disumbangkan oleh anggota beserta syarat minima saham RM 200 dan tempoh aktif selama sembilan (9) bulan; anggota layak menikmati kemudahan seperti sumbangan Tabung Kebajikan dan Insentif Anak Cemerlang.

Kadar Sumbangan Tabung Kebajikan

Kematian Anggota RM 3,500
Kematian Suami/Isteri/Anak RM 400
Kematian Ibu/Bapa/Mertua RM 200
Kes Perubatan* RM 500
Kes Kebakaran* RM 500
Kes Bencana Alam* RM 500
Kes Musibah Am* RM 200

Jumlah sumbangan adalah diatas pertimbangan dan budi bicara Anggota Lembaga serta sumbangan dinilai berdasarkan dokumen sokongan.

Kadar Sumbangan Insentif Anak Cemerlang


JENIS PEPERIKSAAN KEPUTUSAN JUMLAH SUMBANGAN (RM)
STPM 5 Prinsipal 200.00
STAM 8 MUMTAZ 150.00
SPM 8A 150.00
SMA 8 MUMTAZ 150.00
PMR 8A 150.00
UPSR 5A 100.00

0 comments:

Palestin; Apa yang boleh kita bantu?


Kisah Palestin ini tenggelam timbul dalam media tempatan, ini kerana banyak lagi isu lain yang lebih sensasi yang diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa. Sehinggalah beberapa hari ini Israel semakin mengganas dan membunuh lebih 300 orang Palestin.

Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil endah kepadanya? Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman Allah yang bermaksud : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya. " (Surah al Isra' : Ayat 1)

Di tanah itu terdapat Masjid al Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. Rasulullah telah bersabda yang bererti :"Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid; Masjid al Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al Aqsa. " (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh Allah yang diutuskan antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad SAW diisra'kan.Di bumi ini, ia pernah diperintah oleh Kristian selama 88 tahun (1099-1887). Dan akhirnya jatuh di tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al Ayyubi seorang bangsa Kurdi yang bukan dari bangsa Arab. (Siapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti ALlah akan tingkatkan darjatnya).

Negara haram Yahudi telah tertubuh melalui British yang mengisytiharkan menerusi Perjanjian Bulfor pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.Mereka Saudara Kita dan kini bumi Palestin telah digemparkan lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sehabis-habisnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin.

Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.Apa yang dapat kita bantu wahai saudaraku?

1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.

2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma kepada Global Peace Mission ABIM.

3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dan sebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.

4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin. Contoh barangan seperti Calvin Klien, Carrefour, Coca Cola, Danone, Clinique, dan banyak lagi…

5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatkan tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.

6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju 'bebaskan palestin' contohnya.

7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya..

Sekiranya teman-teman blogger ada cadangan lain yang lebih bernas silalah... Wallhua’lam

1 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR