Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




jOm ke KEM HAFAZAN REMAJA

Tarikh: 24 November 2008 - 13 Disember 2008 (3 minggu)
Tempat: Masjid Negeri Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang.
Anjuran: ABIM Selangor , DUN KOTA ANGGERIK, MASJID NEGERI SHAH ALAM dan Ma’had Tahfiz Sabil ar-Rashad
Sasaran: Remaja (10-17 tahun)
Yuran: RM280 seorang (termasuk makan minum, modul dan alatulis)
Peserta perlu membawa Al-Quran sendiri.
Setiap peserta diwajibkan untuk mematuhi peraturan yang dilampirkan serta peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Masjid Negeri Shah Alam sepanjang mengikuti program ini.

Sila berikan butir-butir ibubapa/penjaga yang ingin menghantar anak-anak ke program ini.


Nama: _____________________________________________

No K/P : ____________________________________________

Alamat Rumah: _______________________________________

No. Handphone (bapa): __________________________________

No. Handphone (ibu): ___________________________________

No. Telefon (Rumah/Pejabat):_____________________________

1. Senarai ahli keluarga yang ingin menyertai Program Hafazan Cuti Sekolah:

Bil Nama Umur No K/P (JIKA ADA)





Saya, ibu/bapa/penjaga kepada anak yang ingin menyertai Program Hafazan Cuti Sekolah ingin membayar sebanyak RM 280.00 untuk menjayakan program ini.


Nama : ___________________


T/Tangan : ________________


Tarikh :___________________

1 comments:

Anonymous said...

MOTIVASIKAN AL-QURAN KEPADA ANAK-ANAK

Kamarul Azami b. Mohd Zaini
Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management
Setiausaha Agung PEPIAS
24 November 2008 – Masjid Negeri

Pada hari ini pelbagai keadaan dan situasi yang kita sama-sama perhatikan sebagai gejala yang merisaukan dan keadaan yang agak meruncing berlaku dikalangan remaja dan anak muda di Malaysia. Mereka dikatakan terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang berlaku pada hari ini. Kecenderungan anak muda hari ini juga begitu terdedah kepada budaya-budaya dari barat yang juga kini sudah menjadi ‘sub-budaya’ dalam budaya ketimuran kita. Bagaimanakah ini boleh berlaku? Mengapa ini berlaku? Saya percaya terdapat beberapa faktor utama yang menjadi asas kepada permasalahan ini dan kurangnya kesedaran dan kepercayaan kita kepada agama.

Musuh-musuh Islam telah lama mendambakan keadaan dan situasi begini dalam umat Islam. Semua umat manusia tahu dan mempercayai bahawa Islam bangkit bersama kelompok muda yang bertenaga, bersemangat, berani dan berilmu dalam hal-hal yang berkaitan ketenteraan, dan serta ketuhanan. Kita lihat apa yang ada pada Baginda Rasulullah sendiri dan siapa yang bersama Baginda. Kemudian lahir zaman sahabat, tabi’ tabi’in dan seterusnya sehinggalah ke zaman kegemilangan khalifah Islam. Lahir ramai cendikiawan, ilmuwan dan sarjana-sarjana pemikir yang hebat sehinggakan pandangan dan ideologi yang mereka cipta digunapakai sehingga hari ini. Jika kita ingin melihat mereka sekali lagi pada hari ini adalah seakan mustahil. Mengapa begitu?

Jika diteliti kehadiran dan pembinaan individu dalam sejarah ini, pastinya kita akan mengkagumi dan membayangkan, ‘kalaulah aku begini’, pasti ia adalah cita-cita kita bersama. Semenjak mereka berada di dalam umur kanak-kanak, Al-Quran sudah berada di dalam hati mereka. Bukan sekadar hafazan bahkan mereka mampu untuk mentafsir dan menjadikan Kitab Al-Quran itu sebagai rujukan teras dalam setiap pendidikan dan pembelajaran mereka. Adakah ia berlaku kini?

Al-Quran hanya dibaca pada ketika datangnya Ramadhan dan lebih malang lagi, hanya sekadar dibaca apabila kita teringat untuk baca? Jika ia dibacakan setiap hari pun, adakah kita menjadikan Al-Quran itu sebagai sumber rujukan asas kita? Pastinya tidak. Oleh itu kita harus sedar, punca kejatuhan akhlak remaja dan belia hari ini adalah berpunca dari sifat lalai kita untuk mengingatkan serta pembuktian bahawa musuh-musuh Islam telah berjaya merosakkan pemikiran mereka dengan 6S iaitu pawagam (screen), lagu (song), sukan (sport), asap (smoke), seks (sex) dan pesanan ringkas (sms). Apa peranan kita.

Peranan pertama ialah, kita harus memberikan perhatian sepenuhnya kepada generasi muda ini. Penuhi keperluan rohani mereka dan arahkan emosi mereka berdasarkan bimbingan inetelektual yang kuat serta bertunjangkan rohani yang berpegang kepada tali Allah. Sudah tiba masanya pepatah melayu ‘jangan jaga tepi kain orang’ ini diperjelaskan semula. Mungkin dalam soal yang memalukan dan membuka aib orang lain ia boleh digunakan tetapi bukan dengan cara menidakkan atau tidak memandang kepada kejahilan, kerosakan dan maksiat yang berlaku dikalangan anak muda remaja kita.

Peranan kedua ialah dengan memberikan kepada remaja kita pendidikan yang baik terutamanya berkenaan dengan pendidikan mendalam atau jelas tentang Al-Quran. Apabila remaja hari ini semakin jauh dari Al-Quran, maka mereka telah merasakan bahawa, agama adalah sesuatu yang berbeza dari kehidupan maka lahirlah pemikiran-pemikiran liberal dan sekular. Ia amat berbahaya. Maka kita wajar untuk kembalikan agama dalam hati mereka.

Peranan yang terakhir adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk membuangkan berhala-berhala besar dalam hati mereka. Menurut Dr. Mustafa Mahmood, berhala-berhala ini dikenali juga sebagai berhala moden. Berhala yang menyebabkan manusia ini menggantikan Tuhan di dalam hati dengan kekayaan, pangkat, kedudukan dan kemudahan diri sendiri tanpa memikirkan keperluan orang lain.

Banyak lagi peranan kita yang perlu diberikan perhatian tetapi kita haruslah bermula dengan yang hampir dan mudah untuk kita. Apabila kita bercakap, telinga yang paling hampir adalah telinga kita, maka kitalah yang paling wajar untuk memulakannya. ‘TUNE’-lah diri kita bersama.

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR