Bahagia Menjadi Gadis anjuran HELWA

1 Mei 2008, KLANG - Helwa ABIM Selangor dengan kerjasama Masjid Sungai Udang, Klang telah mengadakan satu program bertajuk “Bahagia Menjadi Gadis”. Program ini telah dijayakan oleh Ustazah Hajjah Hazlina Abdul Razak, Ketua Helwa ABIM Selangor dengan bantuan sepuluh orang fasilitator.
Beliau menerangkan dengan terperinci tentang konsep baligh menurut pandangan islam dan perlembagaan Malaysia. Disamping itu, penceramah turut mengupas perubahan-perubahan fizikal, emosi dan intektual gadis baligh.
Beliau menekankan perlunya sifat malu ditanamkan dalam diri setiap individu. Remaja juga diingatkan supaya sentiasa bertegas dan berani mengatakan TIDAK kepada rakan sebaya dan orang asing yang mengajak kepada gejala yang tidak baik. Sememangnya, sifat-sifat ini merupakan benteng pertahanan diri dari terjerumus ke dalam gejala yang tidak sihat seperti merokok, pergaulan bebas dan sebagainya.
Para peserta juga diajukan beberapa soalan berkenaan tahap kendiri masing-masing. Ternyata, kebanyakan peserta mempunyai tahap kendiri yang baik. Mereka juga disarankan agar menghafaz ayat 128 hingga 129 surah al-Taubah sebagai pendinding daripada santau.
Harapan para peserta agar program sebegini dapat diteruskan supaya mereka lebih mengenal diri serta dapat mengukuhkan jati diri sebagai muslimah yang berwibawa.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR