Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Jom Bantu - Program HELWA di Kampung Orang Asli

2 Mac 2008 - Kelas Fardhu Ain khas untuk wanita (siri 1) telah diadakan di Kampung Bukit Kala, Batu 12, Jalan Gombak. Bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari, kelas ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Beberapa kumpulan kecil dibentuk bagi membimbing penduduk menyebut kalimah syahadah berulang-ulang kali. Tiga perkataan yang paling ketara dan agak sukar disebut adalah Asyhadu, Allah dan Rasulullah. Di samping itu, aktivis HELWA juga membantu mereka membaca iqra’ dan membetulkan bacaan al-Fatihah. Walaupun agak sukar, namun para pendakwah sangat sabar, bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa bagi memastikan mereka dapat menyebutnya dengan betul dan tepat. Mereka juga mempunyai semangat belajar yang tinggi. Di kesempatan lain, mereka meminta diberi bimbingan tulisan rumi kerana hanya segelintir sahaja antara mereka celik huruf. Di akhir kelas, terpancar wajah-wajah keriangan di kalangan mereka kerana ada antaranya sudah mampu menyebut kalimah yang mulia ini dengan betul. Kelas seterusnya akan diadakan pada:


Tarikh: 15 Mac 2008
Masa : 10pagi -12 tengahari
Tempat: Surau Kampung Bulit Kala, Batu 12, Jalan Gombak


Sebarang bentuk sumbangan dan mereka yang berkelapangan dan sudi menginfaqkan masa selama dua jam dalam sebulan adalah dialu-alukan. Semoga usaha yang kecil ini dipermudahkan Allah dan kita juga terus diberi kekuatan fizikal, kesihatan dan istiqamah dalam menjayakan misi dakwah ini. Maklumat lanjut boleh hubungi saudari FAIZAH MOHD SALEH di talian 013- 669 6035.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR