Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Seminar Kekeluargaan anjuran ABIM Kelang dan ABIM Selangor

Tarikh: 30 Mac 2007 (Ahad)
Tempat: Masjid Bandar Baru Sultan Sulaiman, Port Kelang
Panel: Ustaz Zamri Zainal Abidin (
IKIM.fm)
Ustazah Aminah Zakaria (mantan Ketua Helwa)
Moderator: Ustaz Zawawi Ahmad Mughni (TYDP ABIM Selangor)
Ucapan aluan oleh YDP ABIM Selangor

0 comments:

Ceramah Maulidur Rasul anjuran Helwa Shah Alam

Penceramah: Ustazah Maimon (ketua Helwa Shah Alam)
Tarikh: 22 Mac 2008 (Sabtu)
Tempat: Markaz Taalim Ummahat

0 comments:

Kelas pengajian untuk wanita (orang asli)

Tarikh: 23 Mac 2008 (Ahad)
Masa: 11.30 pagi hingga 1.30 petang (zohor bersama)
Tempat: Surau Kg. Bukit Kala, Batu 12, jalan Gombak

0 comments:

jOm bantu - Kelas Agama di Kampung Orang Asli

16 Mac 2008 - satu lagi kelas pengajian untuk wanita telah diadakan di Kampung Bukit Kala, Batu 12, Jalan Gombak. Kelas ini mendapat sambutan menggalakkan. Kami membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan kecil. Kami masih membimbing mereka dalam kalimah syahadah, bacaan al-Fatihah dan Iqra’.

Matlamat kami hanya satu, semoga di akhir 2008, mereka yang istiqamah mengikut kelas ini dapat menyebut kalimah syahadah dan bacaan al-Fatihah dengan betul dan juga celik al-quran. Semoga apa yang dipelajari kekal tersemat dalam hati-hati kami. Semoga kami terus diberi kekuatan fizikal dan istiqamah dalam menjalankan usaha yang kecil ini.

Alhamdulillah, Kami telah berjaya mendapatkan sumbangan papan putih, sebuah al-quran untuk diwakafkan pada surau dan 10 buah buku Iqra’. Walaupun bagaimanapun, sebarang sumbangan masih dialu-alukan.

Kepada yang berminat untuk menyumbang, boleh hubungi saudari Faizah di talian 013-669 6035.

0 comments:

Muktamar ke-13 ABIM Daerah Serdang

Serdang, 12 Mac 2008 – ABIM Daerah Serdang telah menyempurnakan Muktamar ke-13 bertempat di TAHFIZ Al-Furqan, Taman Sri Serdang. Pada muktamar kali ini, Sdr Mohamad Halimi Kolan, Yang DiPertua (YDP) ABIM Daerah Serdang telah melepaskan jawatannya kerana beliau akan berpindah kerja. Beliau antara lain menyeru ahli-ahli agar memperkasakan agenda kaderisasi di dalam ABIM. Pada pemerhatian beliau, ramai di kalangan belia sebenarnya yang ingin terlibat dengan ABIM tetapi dilihat seolah-olah agak sukar kerana mereka malu alah, menganggap kehendak atau standard ABIM yang dilihat agak tinggi. Penerangan perlu dilakukan kepada mereka dan pendekatan secara lebih berhikmah ala outreach hendaklah dibuat untuk mendekatkan mereka kepada ABIM. Shirajuddin Sirat, YDP ABIM Selangor telah merasmikan muktamar ini. Beliau berpendapat bahawa di antara kelemahan ahli-ahli gerakan Islam dewasa ini ialah disebabkan mereka kurang menumpukan kepada aspek jihad dan dakwah dalam perjuangannya. Beliau seterusnya menyeru agar kerjasama di antara ahli-ahli ABIM dan WADAH mestilah dipertingkatkan agar proses transisi dapat berjalan dengan lebih baik. Pada muktamar ini, beliau merasa lega dan senang melihat ramai di kalangan seniors ABIM yang kini berada dalam WADAH turut menghadiri dan berpatisipasi di dalam muktamar. Di akhir muktamar, beliau telah mengumumkan senarai kepimpinan ABIM Daerah Serdang bagi sesi 2008/2009 seperti berikut:


Yang DiPertua
Khairul Hamzani bin Hj Hamid
Timbalan Yang DiPertua
Setiausaha
Syari bin Jamian

Setiausaha Kewangan
Mohd Ramzi bin Ahmad

Ketua HELWA
Muhammad Faisal bin Hamid

Ahli Jawatankuasa
Suzana bt. Jaafar
Nurul Nadiah bt. Ibrahim
Tengku Hazwani bt. Tengku Ibrahim Hamzah
Nur Sumirah bt. Mohd Dom
Fuad Hilmi bin Zakaria
Nur Aini bt. Ahmad

0 comments:

jOm Sertai - BENGKEL PENULISAN ISLAMI


TARIKH: 29 - 30 MAC 2008
TEMPAT: GOLDCOURSE, TEPI SUNGAI KLANG, SELANGOR
TEMA: “DAKWAH BIL KITABAH”

TERBUKA KEPADA WANITA 18 TAHUN KE ATAS
AHLI ABIM : RM 20.00
BUKAN AHLI : RM 40.00

Daftarlah sebelum 25 MAC 2008
Pembayaran TERKINI melalui
BANK MUAMALAT : 0002343711 (HELWA ABIM SELANGOR)

TENTATIF
29 MAC 2008 (Sabtu)
Pendaftaran
Aluan dan taklimat

Bicara bersama Tokoh Datin Hajjah Fatini Yaakob (Penulis Kisah Natrah)
Kudapan
Sessi I Penulisan Kreatif (prosa) Salina Ibrahim (Editor majalah NUR)
Makan tengahari / Solat Zuhur
Sessi II Penulisan Kreatif (prosa) - sambungan
Sessi III

Puan Ainon Ahmad (PTS Publication)
Sri Diah (Editor Kumpulan, Unit Inovasi, Penyelidikan & Pembangunan Kreatif Karangkraf)
Hajjah Saadah Hj Taib (Ketua Editor Blue-T Publication)


Kudapan / Solat Asar
Makan Malam

Latihan Dalam Kumpulan
Layar Impian

30 MAC 2008 (Ahad)
Munajat
Latihan Dalam Kumpulan
Kudapan
Pembentangan / Rumusan
Penutup / Penyampaian Sijil
Makan Tengahari

KETERANGAN LANJUT
Puan Hazlina Abdul Razak
019 - 277 4175
E-mail:
lina4570@yahoo.com
Cik Haryati Abdul Halim
012 - 383 8474
E-mail:
hhalim@talisman-energy.com

Telefon: 03 - 5162 7832
Fax: 03 - 5162 8524

0 comments:

Jom Bantu - Program HELWA di Kampung Orang Asli

2 Mac 2008 - Kelas Fardhu Ain khas untuk wanita (siri 1) telah diadakan di Kampung Bukit Kala, Batu 12, Jalan Gombak. Bermula jam 10.30 pagi hingga jam 12.00 tengahari, kelas ini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Beberapa kumpulan kecil dibentuk bagi membimbing penduduk menyebut kalimah syahadah berulang-ulang kali. Tiga perkataan yang paling ketara dan agak sukar disebut adalah Asyhadu, Allah dan Rasulullah. Di samping itu, aktivis HELWA juga membantu mereka membaca iqra’ dan membetulkan bacaan al-Fatihah. Walaupun agak sukar, namun para pendakwah sangat sabar, bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa bagi memastikan mereka dapat menyebutnya dengan betul dan tepat. Mereka juga mempunyai semangat belajar yang tinggi. Di kesempatan lain, mereka meminta diberi bimbingan tulisan rumi kerana hanya segelintir sahaja antara mereka celik huruf. Di akhir kelas, terpancar wajah-wajah keriangan di kalangan mereka kerana ada antaranya sudah mampu menyebut kalimah yang mulia ini dengan betul. Kelas seterusnya akan diadakan pada:


Tarikh: 15 Mac 2008
Masa : 10pagi -12 tengahari
Tempat: Surau Kampung Bulit Kala, Batu 12, Jalan Gombak


Sebarang bentuk sumbangan dan mereka yang berkelapangan dan sudi menginfaqkan masa selama dua jam dalam sebulan adalah dialu-alukan. Semoga usaha yang kecil ini dipermudahkan Allah dan kita juga terus diberi kekuatan fizikal, kesihatan dan istiqamah dalam menjayakan misi dakwah ini. Maklumat lanjut boleh hubungi saudari FAIZAH MOHD SALEH di talian 013- 669 6035.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR