Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Tokoh Anugerah Maulidur Rasul


Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir, pemimpin ABIM Daerah Bangi mendapat Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan.

Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir dilahirkan pada II Julai 1966 di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping Perak. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian-Genetik (1989) dan Sarjana Sains-Genetik Molekul ( 1993) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah-Kejuruteraan Genetik Tumbuhan ( 1998). Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Kanan di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Beliau menjalankan penyelidikan berhubung pengoptimuman teknik transformasi untuk menghasilkan pokok kelapa sawit transgenik menggunakan kaedah penembakan zarah (biolistik). Kaedah ini membolehkan pemindahan gen-gen asing ke dalam kelapa sawit dilakukan secara rutin bagi meninggikan kualiti dan hasil minyak sawit menggunakan kejuruteraan genetik. Penemuan ini telah berjaya meningkatkan kualiti pokok kelapa sawit sekaligus meninggikan kualiti produk berasaskan kelapa sawit.

Di antara penghargaan yang telah diterima oleh beliau ialah Anugerah Wilton R. Earle (Pembentangan Pelajar Terbaik, Congress on In Vitro Biology, The Society of In Vitro Biology, USA, 1998); Anugerah Travel Grant Northern Territory Government, Australia (4th Asia Pasific Conference on Agriculture Biotechnology, 1998); Anugerah Medal Emas, Biotechnology Innovations for The Palm Oil Industry bersempena Sambutan 10 Years Achievements (1987-1998) of MPOB (1998); Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPOB ( 1998) dan Anugerah Penerbitan Terbaik MPOB ( 1997 dan 1998).

1 comments:

Anonymous said...

Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. » »

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR