Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Mesyuarat Exco bersama WADAH Selangor


19 Februari 2006 - Mesyuarat Exco ABIM Selangor bersama Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Selangor telah diadakan di Kompleks Belia Negeri Selangor. Mesyuarat membincangkan kerjasama antara ABIM dan WADAH dalam menggerakkan dakwah dan pemikiran masyarakat.

0 comments:

Mari Sertai Siri Bengkel Pengurusan Diri 2006


Februari-Julai 2006 - Koperasi Belia Islam (M) Bhd Cawangan Negeri Selangor dan ABIM Daerah Shah Alam telah mengambil initiatif yang cukup baik dengan menganjurkan Bengkel Pengurusan Diri secara bulanan yang diadakan khusus untuk golongan belia. Bagi peringkat pertama ini, 6 siri bengkel diadakan pada setiap hari Ahad minggu ke-2 setiap bulan mulai Februari hingga Julai 2006. Modul yang telah dikenalpasti untuk perbincangan adalah berkenaan Perancangan Kewangan, Perundingan Kesihatan, Motivasi Kerja dan Pengurusan Takaful. Matlamat bengkel ini adalah untuk melahirkan golongan muda mukmin yang berketrampilan dan berwibawa. Penyertaan adalah terbuka kepada belia yang berumur 35 tahun ke bawah. Yuran RM30.00 yang dikenakan untuk setiap bengkel yang disertai ini ternyata jauh lebih murah sekiranya dibandingkan dengan bengkel yang sama dianjurkan di luar. Panel-panel yang dijemput untuk mengendalikan sesi bengkel ini adalah berkelayakan penuh dalam bidang masing-masing. Untuk penyertaan, sila hubungi Saudara P. Aizan Tukirin pada talian 013-2240837.

0 comments:

Majlis Jalinan Mesra Bersama Presiden ABIM & YDP Selangor



11 Februari 2006 - ABIM Daerah Shah Alam telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Jalinan Mesra diantara para pemimpin ABIM dan ahli. Idea asal majlis ini ialah ziarah ABIM Selangor ke ABIM Daerah Shah Alam. Program yang diadakan di Bangunan MAIS, Seksyen 3 Shah Alam telah diserikan dengan kehadiran Presiden ABIM, Saudara Yusri Mohamad beserta ahli keluarganya. Selain beliau, turut berucap pada majlis tersebut ialah Ustaz Hasri Harun (YDP ABIM Selangor), Ustazah Hazlina Abdul Razak (Ketua HELWA ABIM Selangor) dan Tn Hj Ahmad Razef Abdul Rahman (YDP ABIM Daerah Shah Alam). Hadirin juga menyaksikan persembahan multimedia aktiviti ABIM Daerah Shah Alam dan misi bantuan kemanusiaan Global Peace Mission (GPM) untuk mangsa gempa bumi di Pakistan dan Kashmir. Pada penghujung program, Saudara Presiden telah menyampaikan hadiah penghargaan kepada anak-anak ahli ABIM Dearah Shah Alam yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR pada tahun 2005.

1 comments:

Diari ABIM Daerah Petaling

Program Maal Hijrah pada 10 Februari 2006, jam 8:00 malam di Surau As-Salam, Bandar Sunway, Petaling Jaya. Penceramah : Ustaz Dr. Mohd. Kamil Abdul Majid, Prof. Madya Akademi Islam, Universiti Malaya.

Program Maal Hijrah pada 24 Februari 2006, 8:00 malam di Surau Hukmiah, Taman Indah Jaya, Kampung Medan, Petaling Jaya. Penceramah: Tuan Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman, Naib Presiden WADAH/mantan Presiden ABIM.

1 comments:

ANUGERAH MAAL HIJRAH NEGERI SELANGOR




KUALA LANGAT, 31 Januari 2006 - Ketua Pusat Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Mujaini Tarimin dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor dalam sambutan peringkat negeri, hari ini. Beliau merupakan mantan YDP ABIM Daerah Klang. Anugerah tersebut telah disampaikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Jamek As-Solehin, Kanchong Darat di sini, dalam upacara penuh gemilang. Beliau banyak menyumbang dalam bentuk penulisan yang menjadi rujukan dalam bidang zakat pendapatan, Petunjukan Ekonomi Islam, Zakat Pertanian - Sistem dan Pelaksanaannya dan Zakat Menuju Pengurusan Profesional.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor pula menerima anugerah Pertubuhan Dakwah Sukarela. Kejayaan ini merupakan hasil sumbangan yang telah diberikan oleh para pemimpin dan ahli ABIM dahulu sehingga kini termasuk pelbagai pihak yang bekerjasama dengan ABIM. Semoga dengan kejayaan ini menambahkan komitmen ahli untuk melaksanakan misi dakwah yang murni.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR