Pertandingan Muhibbah Futsal IKRAK-PEKKA
9 Disember 2006 – ABIM Daerah Bangi melalui sekretariat PEKKA (Pusat Khidmat Komuniti ABIM Selangor) dengan kerjasama IKRAK (Ikatan Kreatif Anak-anak ABIM PKPIM) menjayakan Pertandingan Muhibbah Futsal IKRAK-PEKKA di

Megah Futsal Centre. Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada 4 pasukan kategori sekolah rendah, 6 pasukan kategori sekolah menengah, dan 6 pasukan kategori IPT. Antara pasukan yang mengambil bahagian merupakan

pelajar SERI / SEMI ABIM, Tahfiz ABIM, Sekolah Al-Amin, SAMBBST, Kolej Darul Hikmah, dan Malaysia France Institute. Pentandingan selama 6 jam menggunakan 2 gelanggang serentak menyaksikan pelawanan menarik antara pasukan-pasukan

bertanding. Malah kejohanan ini tidak menghalang para peserta untuk berpakaian menutup aurat dan solat zuhur berjemaah dalam gelanggang.
Berikut adalah keputusan perlawanan:-
Kategori IPTPertama: Naza
Kedua: TJ FC
Ketiga: SAF FC
Keempat: Siddiq FC
Kategori Sekolah MenengahPertama: Salman
Kedua: Skuad Futsal Sham
Ketiga: Kepak Ayam
Keempat: SAMBBST
Kategori Sekolah RendahPertama: ABIM Klang
Kedua: Double Nine
Ketiga: Gen 2
[ Klik pada gambar untuk lebih jelas]
Ziarah ke ABIM Kelantan (WEB TV)
30 November – 2 Disember 2006. Rombongan ABIM Selangor diketuai Yang Dipertua, Saudara Shirajuddin Sirat disambut Setiausaha ABIM Kelantan, Saudara Mazelan Mat Zali di Sekretariat ABIM Kelantan, Jalan Pengkalan Chepa. Kami mengikuti kuliah tafsir mingguan Ustaz Mohamad Mustafa di Kompleks Masjid Hikmah. Kuliah yang diadakan setiap pagi jumaat mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Seterusnya kami berangkat ke pusat IOA (Islamic Outreach ABIM) di Kok Lanas. Kami diberi taklimat dan

beramah mesra dengan anak-anak muslim orang asli. Dalam perjalanan, kami singgah di rumah kelahiran Presiden ABIM, Saudara Yusri Mohamad. Kami bermalam di rumah mantan pemimpin ABIM, Saudara Wan Abdul Rahman Wan Hussin di Wakaf Bahru. Kami sempat melihat tapak asal masjid Nilam Puri sebelum menyelusuri sungai Kelantan dengan perkhidmatan bot penumpang. Setibanya di Pangkalan Chepa, kami diberi taklimat perkembangan ABIM Kelantan dan beramah mesra dengan warga kerja sekretariat. Seterusnya kami menziarahi kompleks

anak yatim dan fakir miskin di bawah pengurusan YAATIM (Yayasan Anak-anak Yatim Kelantan) iaitu Rumah Putera Harapan dan Rumah Puteri Harapan. ABIM Kelantan mengalu-ngalukan sumbangan sektor korporat dan orang ramai untuk membantu anak-anak yatim dan mengimarahkan masjid yang baru dibina.
[ Klik pada gambar untuk lebih jelas]
Majlis Ihtifal Taski / Tahfiz Daerah - daerah
12 Oktober 2006 - Majlis Ihtifal Taski dan Tahfiz ABIM diadakan di daerah-daerah seluruh Selangor. ABIM Serdang mengadakan Majlis Ihtifal Taski dan Tahfiz ABIM serta Jamuan Aidilfitri dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Institut Pertanian Serdang. Seramai 500 hadirin membanjiri dewan besar terdiri daripada para pelajar, guru, pengurusan, pemimpin, jemputan, ibubapa/penjaga dan masyarakat sekitar. Majlis dirasmikan oleh Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Bendahari ABIM Pusat. Penyampaian hadiah dan persembahan melibatkan para pelajar institusi-institusi berikut:-
# Taski Saidatina Hajar
# Taski al-Furqaan
# Taski Saidatina Fatimah Sri Serdang
# Taski Saidatina Fatimah Bukit Belimbing
# Taski Seri Hikmah, Sg. Ramal
# Tahfiz al-Furqaan
# Tahfiz al-Firdaus
ABIM Sepang mengadakan Majlis Ihtifal Taski dan Tahfiz ABIM di Dewan Dato' Syarif Jajang. Seramai 200 haridin menyaksikan penyampaian hadiah dan persembahan pelajar. Majlis dirasmikan oleh Sdr. Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Setiausaha ABIM Selangor. ABIM Bangi mengadakan Majlis Ihtifal Tahfiz di Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET).
Pada minggu hadapan, ABIM Bangi akan mengadakan Majlis Ihtifal Taski yang akan dirasmikan oleh Sdri. Hazlina Abdul Razak, Ketua HELWA ABIM Selangor. ABIM Klang akan mengadakan Majlis Ihtifal Taski dan Tahfiz Pusat Pendidikan ABIM Klang, Meru.
Program Ramadhan ABIM Daerah Bangi

9 dan 10 Oktober 2006Ceramah Nuzul Quran disampaikan oleh Dr. Mohd. Arif Kosmo,UKM. Diikuti program Qiyamullail dan Sahur. Kuliah Subuh disampaikan oleh Dato' Hj. Wan Muhd. Dato' Hj. Sheikh Abd. Aziz. Program adalah anjuran ABIM Bangi dan AJK Surau As-Sobah.
14 Oktober 2006Program Qiamulail dan Sahur diikuti Kuliah Subuh oleh Pensyarah Kolej Darul Hikmah. Anjuran ABIM Bangi dan AJK Surau Al-Ikhlas.
19 Okt0ber 2006Program Qiamullail dan Sahur anjuran ABIM Bangi dan AJK Masjid As-Solihin, Teras Jernang.
Majlis Iftar PEPIAS - ABIM SELANGOR
Tarikh: 11 Oktober 2006 (Rabu)
Tempat: Balai Penghulu, Gombak Setia
Semua ahli PEPIAS dan ABIM Selangor dijemput hadir
Program Ramadhan
30 September 2006
“Smart Solat” anjuran ABIM Negeri Selangor
Masjid Jalan Kebun, Klang, Selangor
(Maklumat Lanjut : Zawawi Mughni 0193339871)
Program Tadarus Al-Quran HELWA ABIM Selangor bersama Masjid Negeri Selangor Darul Ehsan
10 Oktober 2006
“Smart Solat” anjuran ABIM Negeri Selangor dan Masjid Daerah Sekitar Selangor.
Pusat Pendidikan ABIM, Meru
Klang.
(Maklumat Lanjut : Zawawi Mughni 0193339871)
14 Oktober 2006
”Ziarah Hospital ”: Hospital Tanjung Karang anjuran ABIM Selangor.
(Maklumat Lanjut Shiraj 0126179374)
PROGRAM MAJLIS IFTAR & MENGHADAM UCAPAN DASAR (MUDA)
Tarikh : 8 Ramadhan 1427 H / 1 Oktober 2006 (Ahad)
Masa : 3.30 ptg – 11.00 mlm
Tempat: Pusat Pendidikan ABIM Klang, Meru, Klang Selangor.
Tentatif
3.30 ptg : Pendaftran kehadiran
4.30 ptg : Solat `Asar Jamaah / Bacaan al-Ma’thurat
5.00 ptg : Kata Aluan oleh YDP ABIM Selangor
5.15 ptg : Pengisian oleh Wakil ABIM Pusat
Menghadam Ucapan Dasar ABIM ke – 35
: Program Selari Anak-Anak ABIM
Tayangan Video
7.20 mlm : Iftar Soghir / Solat Maghrib berjamaah / Iftar Kabir
8.30 mlm : Solat Isyak & Tarawih berjamaah / Tazkirah Oleh Exco ABIM Selangor
11.00 mlm : Iftar Ba’diyyah & Bersurai
Saudara Radin Muhd Imaduddin menjemput sekalian untuk menghadiri majlis walimatul urus DrTenn pada 3 Disember 2006 (Ahad) ::: Majlis pernikahan pada 25 November 2006 (Sabtu) ::: walimah pihak perempuan pada 26 Nomber 2006 (Ahad) :::
Ramadhanku
Engkau datang lagi
Menggamit bersama
Keampunan Nya, kerahmatan Nya
Dan kemuliaan Nya
Buat hamba-hamba Nya
Yang taat
Dan tunduk mengabdi
Ke hadrat Mu Illahi
...(http://www.abimklang.blogspot.com/)
Bengkel Penghayatan Ramadhan 1427H
Tempat: Surau Al-Firdaus, Surau Al-Furqan dan Masjid UPM.
Program: Motivasi, Penghatan Ibadah dan Solat.
Anjuran: ABIM Serdang, KRIS (Kelab Remaja Islam Serdang), AJK Surau/Masjid sekitar Serdang dan Kelab Bimbingan Mahasiswa UPM.
ABIM Serdang Bersamamu.
Program: Iftar Ramadhan - sumbangan, jamuan, ucapan, "gathering" Alumni KBM.
Anjuran: ABIM Serdang.
Pameran ABIM Selangor Sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan
11-15 Julai 2006 ABIM Selangor dengan kerjasama ABIM Pusat, Global Peace Mission dan Yayasan Takmir telah membuat pameran khas sempena Majlis Tilawah Al Quran peringkat kebangsaan bertempat di Stadium Melawati Shah Alam. Pameran selama 5 hari yang turut disertai oleh PKPIM ini mendapat sambutan yang hangat di kalangan pengunjung yang datang.
Selain mengedarkan risalah dan memberikan penerangan di gerai yang dikhaskan, ABIM Selangor turut terlibat sebagai urusetia pada program tersebut yang telah dirasmikan pembukaannya oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abd. Razak.
Majlis Ramah Mesra Belia ABIM Selangor
Tarikh : 16 September 2006 (Sabtu)
Masa : 9.00 – 12.30 tgh
Tempat: Bilik Seminar, Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak Selangor.
Anjuran: Jawatankuasa Teras Kaderisasi & Regenerasi.
USRAH: Bab Sabar
Usrah dimulakan dengan jamuan makan malam, solat Isyak berjamaah dan disusuli dengan bacaan Al-Ma’thurat. Kemudian, solat hajat berjamaah dilakukan mendoakan agar pimpinan ABIM Selangor diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. melaksanakan misi dakwah sebaik mungkin dan mendoakan kemenenangan dan kesejahteraan umat Islam yang ditimpa musibah khususnya yang sedang diganasi oleh rejim zionis.
Perbincangan bab Sabar:
a) Ulasan bab sabar daripada buku:
i) Riadhus Solihin, Imam Nawawi.
ii) Taqarrub kepada Allah, Syed Ahmad Redha
iii) Keajaiban Ikhlas kerana Allah, Mukhlas Syarkun
b) Sabar ini perlu dan boleh dibina.
c) Sentiasalah berprasangka baik terhadap sahabat kita dan berfikirlah secara positif kerana ianya boleh melatih kita menjadi sabar.
d) Lawan sabar adalah gelojoh.
e) Orang yang tidak sabar kebiasaannya adalah mereka yang tidak dapat mengawal hawa nafsu.
f) Belum tentu sesuatu yang kita suka terjadi kepada diri kita merupakan baik untuk kita. Malah sesuatu yang tidak kita gemari terjadi kepada kita mungkin baik untuk kita di masa hadapan.
g) Hingga mana had sabar boleh dilakukan?
i) Apabila sesuatu itu berkenaan dengan diri manusia dan hawa nafsu, maka perlukan kesabaran.
ii) Sekiranya menyentuh hak Allah seperti mempermainkan syariat Islam khususnya yang bersangkutan pemesongan aqidah, maka kita mestilah bertindak.
h) Kita kena pertingkatkan tahap keilmuan kita.
i) Orang yang sabar adalah orang yang mempunyai wawasan, strategi dan berfikiran jauh.
j) Setiasalah buat usaha mendekatkan diri kepada Allah bagi mendapatkan bantuan Allah s.w.t.
k) Sabar itu terbahagi kepada 3 bahagian:
i) Sabar terhadap perintah Allah dengan ikhlaskan niat membuat sesuatu kerana Allah.
ii) Pada saat bekerja itu tidak mengabaikan perintah Allah.
iii) Tidak mendabik dada dan riak setelah selesai mengerjakan sesuatu dengan jayanya.
Program HELWA

Seminar Celik Emosi
Ceramah Kesihatan
PEJABAT URUSAN
Alamat:
SEKRETARIAT ABIM NEGERI SELANGOR
SUITE 2-2-06 JLN RU 3/9A,
BLOK 2 WISMA MAISSEKSYEN 3,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR.
NO TELEFON/ FAKS : 03-55118994
Sekretariat PEPIAS
Tingkat 3, Lot 4462, Lorong Penghulu Gombak Setia,
53100 Gombak, Selangor.
Pusat Khidmat Komuniti (PEKKA) ABIM Selangor,
No 45 Jalan 8/3 Seksyen 8,
43000 Bandar Baru Bangi, Selangor.
E-mel :
abimselangor@hotmail.comabimselangor@yahoo.com
ORGANISASI
AHLI JAWATANKUASA ABIM NEGERI SELANGOR
SESI 2008/2009
Yang Di Pertua
Mohd Zawawi Ahmad Mughni
Timbalan Yang Di Pertua
Muhamad Naim
Setiausaha
Muhamad Muszaki Mohd Ozir
Setiausaha Kewangan
Khairul Hamzani Hamid
Penolong Setiausaha
Khairuddin Abas
Ketua HELWA
Hazlina Abdul Razak
KB Perhubungan
Zamani Karulani
KB Penerangan
Muhammad Basri Ahmad Shohimi
KB Pembangunan Sosial
Kamarul Azami
KB Da’wah
Mohd Hamim Semaon
KB Pendidikan
Bahktiar Hasnan
KB Penyelidikan
Sharul Rizan Noranizan
B TTK Teknologi Maklumat
Hj Shirajuddin Sirat
KB TTK Kaderisasi
Azman Ahmad
KB Ekonomi
Ahmad Zahir Makhtar
KB Kebajikan
Azlan Arshad
UCAPAN DASAR YDP ABIM SELANGOR
MEMANTAPKAN JATIDIRI GERAKAN BAGI MENGISI HARAPAN UMAT
UCAPAN YANG DI PERTUA
Shirajuddin Sirat
MUKTAMAR SANAWI KE-36
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Negeri Selangor
12 Jamadil Awal 1429H / 18 Mei 2008
Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam.
VISI ABIM
Membina dan Memimpin Tamadun Khayra Ummah
MISI ABIM
Gerakan Islam yang Komprehensif untuk Merealisasikan Cita-cita Islamiyah
HALATUJU ABIM SELANGOR(Sesi tahun lepas)
Mengadakan siri tamrin bersama daerah-daerah di Selangor (silibus rujuk tajuk Ucapan YDP).
Mengadakan Seminar Keluarga Bahagia di daerah-daerah.
Mengadakan Bengkel Smart Solat di daerah-daerah.
Bergerak selari dengan WADAH Selangor – Program Memakmurkan Masjid dan Pembangunan Modal Insan.
ASAS SEORANG MUSLIM
AQIDAH – kepercayaan & keimanan kepada Allah s.w.t.
SYARIAH – peraturan hidup Muslim termasuk ibadah
AKHLAK - tingkah laku
HALATUJU(Sesi 2008/2009)
Buat muhasabah diri dan gerakan
Perkemaskan kaderisasi
Mantapkan diri dan gerakan
Mengisi harapan umat
MUHASABAH DIRI DAN GERAKAN
Telahkah kita berbuat jihad dan dakwah?
Sejauh mana komitmen kita menjayakan visi, misi dan budaya ABIM?
Dimana tahap tarbiyyah kita sebagai ahli gerakan?
Sudahkah kita memantapkan jatidiri gerakan bagi mendepani cabaran zaman?
Bersediakah kita menjadi jurubicara dan seterusnya mengisi harapan umat?
PERKEMASKAN KADERISASI
Perkemaskan modul latihan dan tarbiyyah bersesuaian dengan permasalahan semasa.
Perbanyakkan program multi-generasi (WADAH-ABIM-PEPIAS-IKRAK).
Jaga kebajikan ahli
–Ahli-ahli yang bermasalah peribadi – hulurkan penyelesaian
–Staf Sekretariat ABIM dan Agensi
–Ambil berat tentang kebajikan HELWA
Masa depan
Usrah HELWA khususnya yang telah berkeluarga
Penyelarasan program yang lebih baik.
Aktifkan teman lama & daerah (melalui ziarah) dan cari teman baru.
Buat sistem monitoring yang berkesan.
PEMANTAPAN DIRI DAN GERAKAN
Pugar Budaya ABIM di kalangan ahli
Komitmen dan disiplin yang tinggi dalam usrah, tamrin dan kerja di lapangan
Perkemaskan sekretariat
Ambil pendekatan practical Islam – gabungan ilmu, iman & amal
–Kisah Rasulullah s.a.w. dalam Perang Khandaq: terlibat perancangan, membuat polisi dan sebagai pelaksana
Tahap pengurusan yang cemerlang
–Kisah Mu`adz bin Jabar dihantar sebagai Gabenor ke Yaman (“Permudahkan, jangan menyusahkan. Gembirakan, jangan menakutkan”)
Laksanakan pendekatan follow through, bukan setakat follow up
Berlaku adil dalam tindakan
Gerakerja mestilah realistik
MENGISI HARAPAN UMAT
ABIM mesti kekal sebagai Gerakan Islam yang non-partisan
–tidak menyokong atau menolak mana-mana parti politik secara mutlak.
–Sokongan atau penolakan adalah atas dasar amal ma’aruf nahi mungkar.
–Libatkan diri dan gerakan dalam pelbagai platforms yang menguntungkan umat.
Laksanakan pendekatan outreach!
–Proaktif: mendepani permasalah umat
–Ambil initiatif – buat tawaran kerja dakwah kepada Islam dan bukan Islam – buat pengisian.
–Manfaatkan kepakaran ahli seniors.
Jalin kerjasama dengan pihak lain.
Kecelaruan pemikiran umat – aktifkan JK think-tank
Tangani isu aqidah seperti murtad yang makin membimbangkan
KESIMPULAN
Maksimumkan usaha.
–Doa
–Perancangan strategik
Jangan dikesali qada Ilahi.
–Sentiasa bersangka baik kepada Allah
Tiada istilah kecewa dalam Islam.
–Selepas kita benar-benar berusaha mendekatkan diri kepada Allah.
Tawakkal kepada Allah.
RENUNGAN
•Sesiapa yang berpagi tanpa mengambil berat tentang masalah kaum muslimin dia bukan dari golongan mereka.
(HR Al-Bukhari)
•Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain.
(Maksud Hadis)
•“Kami memberikan makanan kepada kamu hanyalah kerana Allah, kami tiada ingin balasan dan tiada pula ucapan terima kasih. Sesungguhnya kami takut kepada Tuhan kami, terhadap hari yang muram dan penuh dukacita.”
(Surah Al-Insan: 9-10)
PROGRAM LATIHAN KEFASILITATORAN 2006
Tarikh: 5-7 Mei 2006 ( Jumaat - Ahad )Tempat: Sg. Congkak, Hulu LangatBayaran : RM 20.00
Penyertaan: Terbuka kepada umum khususnya ahli PEPIAS dan ABIM Selangor, lepasan SPM, mahasiswa IPT
Anjuran : PERSATUAN KEBAJIKAN DAN PENDIDIKAN ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN (PEPIAS)
Jika berminat, sila hubungi Saudara Farid 019-369 6440
Lawatan HELWA ABIM Selangor ke Selatan Thailand
Mesyuarat Agung Khas PEPIAS

Mesyuarat Agung Khas PEPIAS akan diadakan pada 23 April 2006 di Gombak Setia.
Tokoh Anugerah Maulidur Rasul

Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir, pemimpin ABIM Daerah Bangi mendapat Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan.
Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir dilahirkan pada II Julai 1966 di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping Perak. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian-Genetik (1989) dan Sarjana Sains-Genetik Molekul ( 1993) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah-Kejuruteraan Genetik Tumbuhan ( 1998). Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Kanan di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Beliau menjalankan penyelidikan berhubung pengoptimuman teknik transformasi untuk menghasilkan pokok kelapa sawit transgenik menggunakan kaedah penembakan zarah (biolistik). Kaedah ini membolehkan pemindahan gen-gen asing ke dalam kelapa sawit dilakukan secara rutin bagi meninggikan kualiti dan hasil minyak sawit menggunakan kejuruteraan genetik. Penemuan ini telah berjaya meningkatkan kualiti pokok kelapa sawit sekaligus meninggikan kualiti produk berasaskan kelapa sawit.
Di antara penghargaan yang telah diterima oleh beliau ialah Anugerah Wilton R. Earle (Pembentangan Pelajar Terbaik, Congress on In Vitro Biology, The Society of In Vitro Biology, USA, 1998); Anugerah Travel Grant Northern Territory Government, Australia (4th Asia Pasific Conference on Agriculture Biotechnology, 1998); Anugerah Medal Emas, Biotechnology Innovations for The Palm Oil Industry bersempena Sambutan 10 Years Achievements (1987-1998) of MPOB (1998); Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPOB ( 1998) dan Anugerah Penerbitan Terbaik MPOB ( 1997 dan 1998).
Anugerah Maulidur Rasul peringkat Selangor

11 April 2006 - Kontigen HELWA ABIM Selangor telah mendapat Johan Sepanduk Terbaik bagi kategori badan bukan kerajaan dan swasta sempena Perarakan dan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di Shah Alam.
Kursus Budaya Pelajar Cemerlang


11-13 Mac 2006 - Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi (SRAIBBB)dengan kerjasama ABIM Daerah Bangi telah menganjurkan Kursus Budaya Cemerlang. Kursus yang diadakan khas untuk murid-murid darjah 6 dan sebilangan murid darjah 5 ini diadakan bagi membantu murid-murid mengenalpasti potensi diri dalam dunia akademik untuk mencapai kejayaan yang gemilang. Pelbagai teknik belajar dan pengurusan masa berkesan dikongsi bersama Encik Azlan Arshad. Turut diadakan slot mengenal potensi diri dan belajar Bahasa Inggeris oleh Puan Nazerah Ariffin. Selain itu, latihan dalam kumpulan turut diadakan dengan bimbingan para fasilitator terlatih dari Kolej Dar Al-Hikmah.
Walaupun kejayaan di dunia amat dikehendaki, bekalan ke akhirat juga tidak dilupakan. Murid-murid didedahkan dengan aspek thaharah, wuduk, solat, bacaan surah-surah lazim al-Quran, zikir munajat dan sebagainya bagi menjamin bekalan kehidupan berlandasan ajaran Allah S.W.T. Kemuncak kursus pula diadakan majlis penutup yang dipenuhi dengan pelbagai persembahan bercirikan perubahan positif mereka ke arah kecemerlangan daripada murid-murid SRAIBBB.
Ceramah Maulidur Rasul
Tajuk :"Keunggulan Peribadi Rasulullah Cermin Keperibadian Ummah"
Tarikh : 11 April 2006 (Selasa)
Masa : 7.30 malam - 9.30 malam
Tempat : Surau As-Sobah , Seksyen 3, Jalan 3/4, Bandar Baru Bangi
Penceramah : Ustaz Hasri Harun, YDP ABIM Selangor.
Anjuran : ABIM Daerah Bangi dengan kerjasama Surau As-Sobah dan Pusat Khidmat Komuniti ABIM Selangor (PEKKA) Daerah Bangi.
Program PEPIAS
11-13 Mac 2006 - Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (PEPIAS) menganjurkan Program Motivasi dan Jatidiri di Sekolah Agama Rendah Kayu Ara, Damansara. Seramai 120 orang peserta terdiri daripada murid darjah 6 menyertai program tersebut.
Program Mesra Belia Daerah Kuala Langat
Majlis Pengisytiharan WADAH Selangor
26 Mac 2006 - Majlis Pengisytiharan Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Selangor telah diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam. Seramai 30 ahli WADAH dan ABIM menghadiri majlis yang dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Halim Ismail, Setiausaha Agung WADAH Pusat. Ust. Hasri Harun, YDP ABIM Selangor mengumumkan saf pimpinan WADAH Selangor. Tn. Hj. Yusof Hassan yang terpilih sebagai Pengerusi WADAH Selangor diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan amanat beliau. Majlis disusuli dengan perbahasan ucapan dan persembahan multimedia aktiviti ABIM Selangor.
Bengkel Pengurusan Diri siri 3
Topik : TIME VALUE OF MONEY & TAKAFUL
Tarikh: DIPINDA KE TARIKH BARU
Tempat: Aras 4, Kompleks Belia dan kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam
Sasaran: Belia, remaja, graduan, eksekutif muda, anak-anak dan sebagainya
Anjuran: KBI Selangor & ABIM Shah Alam
Sila daftar sebelum atau pada 1 April 2006. Hubungi En. P. Aizan 013-2240837
KEM SOLAT CEMERLANG
Kem Solat Cemerlang akan diadakan pada 25 hingga 26 Mac 2006 bertempat di Surau As-Sobah, Jalan 3/4, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Program anjuran Pusat Khidmat Komuniti ABIM Selangor (PEKKA) Daerah Bangi menyediakan modul ceramah, bengkel dan amali oleh fasilitator yang berkemahiran. Qiyamullail turut diadakan untuk menjana kekuatan rohani para peserta. Peserta berumur 7 hingga 12 tahun (sekolah rendah) dan 13 hingga 15 tahun (sekolah menengah). Yuran Penyertaan
cuma RM 10.00. Untuk penyertaan, sila hubungi: Nurhayati : 012-6900094 Ummi Salwa : 012-6293641 atau e-mel : pekkabangi@yahoo.com.
Seminar Keibubapaan, Ceramah Black Metal, Ceramah Kesihatan
Majlis Ramah Mesra KBI Selangor

4 Mac 2006 - Koperasi Belia Islam (KBI) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan Selangor Darul Ehsan dan Majlis Ramah Mesra di Maktab Kerjasama Malaysia (MKM). Dalam majlis tersebut, Hj Wan Abdul Rahman Wan Hussein selaku Pengurus KBI telah menyampaikan ucapan kepada 250 ahli KBI. KBI terlibat secara aktif dalam hartanah, ICT, aktiviti saham, KBMC, dan KDH.
Program Mesra Belia Selangor 2006
Mesyuarat Exco bersama WADAH Selangor
19 Februari 2006 - Mesyuarat Exco ABIM Selangor bersama Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Selangor telah diadakan di Kompleks Belia Negeri Selangor. Mesyuarat membincangkan kerjasama antara ABIM dan WADAH dalam menggerakkan dakwah dan pemikiran masyarakat.
Mari Sertai Siri Bengkel Pengurusan Diri 2006
Februari-Julai 2006 - Koperasi Belia Islam (M) Bhd Cawangan Negeri Selangor dan ABIM Daerah Shah Alam telah mengambil initiatif yang cukup baik dengan menganjurkan Bengkel Pengurusan Diri secara bulanan yang diadakan khusus untuk golongan belia. Bagi peringkat pertama ini, 6 siri bengkel diadakan pada setiap hari Ahad minggu ke-2 setiap bulan mulai Februari hingga Julai 2006. Modul yang telah dikenalpasti untuk perbincangan adalah berkenaan Perancangan Kewangan, Perundingan Kesihatan, Motivasi Kerja dan Pengurusan Takaful. Matlamat bengkel ini adalah untuk melahirkan golongan muda mukmin yang berketrampilan dan berwibawa. Penyertaan adalah terbuka kepada belia yang berumur 35 tahun ke bawah. Yuran RM30.00 yang dikenakan untuk setiap bengkel yang disertai ini ternyata jauh lebih murah sekiranya dibandingkan dengan bengkel yang sama dianjurkan di luar. Panel-panel yang dijemput untuk mengendalikan sesi bengkel ini adalah berkelayakan penuh dalam bidang masing-masing.
Untuk penyertaan, sila hubungi Saudara P. Aizan Tukirin pada talian 013-2240837.
Majlis Jalinan Mesra Bersama Presiden ABIM & YDP Selangor

11 Februari 2006 - ABIM Daerah Shah Alam telah menjadi tuan rumah untuk Majlis Jalinan Mesra diantara para pemimpin ABIM dan ahli. Idea asal majlis ini ialah ziarah ABIM Selangor ke ABIM Daerah Shah Alam. Program yang diadakan di Bangunan MAIS, Seksyen 3 Shah Alam telah diserikan dengan kehadiran Presiden ABIM, Saudara Yusri Mohamad beserta ahli keluarganya. Selain beliau, turut berucap pada majlis tersebut ialah Ustaz Hasri Harun (YDP ABIM Selangor), Ustazah Hazlina Abdul Razak (Ketua HELWA ABIM Selangor) dan Tn Hj Ahmad Razef Abdul Rahman (YDP ABIM Daerah Shah Alam). Hadirin juga menyaksikan persembahan multimedia aktiviti ABIM Daerah Shah Alam dan misi bantuan kemanusiaan Global Peace Mission (GPM) untuk mangsa gempa bumi di Pakistan dan Kashmir. Pada penghujung program, Saudara Presiden telah menyampaikan hadiah penghargaan kepada anak-anak ahli ABIM Dearah Shah Alam yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR dan PMR pada tahun 2005.
Diari ABIM Daerah Petaling
Program Maal Hijrah pada 10 Februari 2006, jam 8:00 malam di Surau As-Salam, Bandar Sunway, Petaling Jaya. Penceramah : Ustaz Dr. Mohd. Kamil Abdul Majid, Prof. Madya Akademi Islam, Universiti Malaya.
Program Maal Hijrah pada 24 Februari 2006, 8:00 malam di Surau Hukmiah, Taman Indah Jaya, Kampung Medan, Petaling Jaya. Penceramah: Tuan Hj. Ahmad Azam Abdul Rahman, Naib Presiden WADAH/mantan Presiden ABIM.
ANUGERAH MAAL HIJRAH NEGERI SELANGOR


KUALA LANGAT, 31 Januari 2006 - Ketua Pusat Pendidikan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Mujaini Tarimin dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Selangor dalam sambutan peringkat negeri, hari ini. Beliau merupakan mantan YDP ABIM Daerah Klang. Anugerah tersebut telah disampaikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Masjid Jamek As-Solehin, Kanchong Darat di sini, dalam upacara penuh gemilang. Beliau banyak menyumbang dalam bentuk penulisan yang menjadi rujukan dalam bidang zakat pendapatan, Petunjukan Ekonomi Islam, Zakat Pertanian - Sistem dan Pelaksanaannya dan Zakat Menuju Pengurusan Profesional.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor pula menerima anugerah Pertubuhan Dakwah Sukarela. Kejayaan ini merupakan hasil sumbangan yang telah diberikan oleh para pemimpin dan ahli ABIM dahulu sehingga kini termasuk pelbagai pihak yang bekerjasama dengan ABIM. Semoga dengan kejayaan ini menambahkan komitmen ahli untuk melaksanakan misi dakwah yang murni.
Hari Keluarga ABIM Selangor
28-29 Januari 2006 - Hari Keluarga ABIM Selangor telah diadakan di Laman Bistari, Ulu Yam. Antara aktiviti yang dijalankan ialah BBQ, sukaneka, tazkirah, dan LDK. Program ini berjaya merapatkan silaturahim antara 50 orang peserta terdiri daripada keluarga ahli ABIM, WADAH, KBI, dan PEPIAS. Majlis penutup diserikan dengan ucapan Presiden ABIM, Saudara Yusri Mohamad.


1 comments:
Post a Comment