Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




IJTIMA' HARAKIY KE 3



28 Syawal 1435H, Gombak - Sejarah dilakarkan sekali lagi dengan kejayaan dikumpulkan 3 entiti jamaah dalam satu pertemuan besar keluarga bersempena muktamar ABIM Selangor, WADAH Selangor dan PEPIAS. Ijtima' Harakiy ke 3 telah berjaya dilangsungkan pada 22 hingga 24 Ogos 2014 bersamaan 26 hingga 28 Syawal 1435H di Kolej Vokasional Gombak yang tamat semalam.

Seramai lebih 200 orang berkumpul bagi menghadiri perkumpulan dan pertemuan tahunan ini yang terdiri dari ahli serata negeri Selangor serta agensi-agensi yang terlibat dengan entiti jemaah ini. Ijtimak Harakiy kali ini didahului dengan kehadiran ahli-ahli PEPIAS di dalam Islamic Festival atau IsFest seawal hari Jumaat 24 Ogos 2014. Perjalanan majlis berjalan lancar dan ABIM Selangor mengucapkan jutaan tahniah kepada jawatankuasa penganjur dan juga kepada barisan kepimpinan baru yang dilantik bagi kepimpinan ABIM Selangor dan PEPIAS.Ijtimak Harakiy kali ke 3 telah disempurnakan perasmiannya oleh Presiden ABIM, saudara Amidi Dato' Abdul Manan.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR