Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Tahukah Anda?


0 comments:

As Syahid Ammar dinobat Anugerah Maulidur Rasul


SHAH ALAM, 12 Rabiul Awal 1435 - As Syahid Ahmad Ammar bin Ahmad Azam telah menerima  Anugerah Khas Saidina Ali sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor. Anugerah disampaikan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada ibu arwah iaitu Puan Nur Azlina di Stadium Melawati hari ini. Pemergian Ammar telah mencetuskan gelombang kesedaran kepada belia Islam dan para ibubapa bagi melahirkan generasi yang berdakwah seperti Rasulullah Sallallahu Alaihiwasallam.    




0 comments:

ABIM SELANGOR DI KAMPUNG ORANG ASLI HULU TAMU

17 November 2013, Batang Kali - ABIM Selangor bersama kekuatan lebih daripada 20 orang sukarelawan dakwah bekerjasama bersama pihak Surau At-Taqwa Taman Bandar Utama Batang Kali dalam satu misi ringkas ABIM Turun Ke Daerah dan Masyarakat melakukan kerja-kerja gotong-royong mengecat dan mencantikkan surau di Kampung Orang Asli Hulu Tamu Batang Kali.
Misi adalah usaha untuk merapati kelompok keluarga orang asli disamping membina keyakinan dan tali persaudaraan utuh bersama keluarga Muslim di kampung tersebut. Misi ini merupakan aktiviti pengisian di dalam siri Tamrin Maghrib - Dhuha ABIM Selangor yang disertai oleh seluruh ahli ABIM dipelbagai peringkat dan cawangan. Aktiviti bermula pada malam sebelumnya bersama pengisian Kuliah Maghrib oleh Ustaz Yusof Hasan, Pengerusi WADAH Selangor dengan topik perbincangan, Isu Semasa: Syiah.
-- --- Sent by WhatsApp

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR