Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




PROGRAM JATIDIRI REMAJA

23 Zulhijjah 1434, Hulu Yam Baru, Selangor - Sekolah Rendah Agama Hulu Yam Baru telah mengambil inisiatif positif bagi mengisi ruangan masa pelajar-pelajar sekolah khususnya pelajar tahun 6 yang sudah selesai peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA). Program Jatidiri Remaja merupakan program yang mendedahkan pelajar kepada dunia keremajaan serta persiapan mereka untuk melangkah ke sekolah menengah.

Usaha murni pihak sekolah ini wajar diberikan pujian kerana mengambil berat dan prihatin terhadap perkembangan diri pelajar-pelajar mereka dan mungkin ini adalah usaha rasmi terakhir pihak sekolah sementara mereka masih di dalam tanggungjawab sekolah. ABIM Selangor amat berbangga dan memuji usaha ini serta bersetuju untuk memberikan kerjasama dalam melaksana program yang ringkas tetapi padat dengan pengisian.

Program berlangsung dalam tempoh 3 jam sahaja tetapi diadakan dalam tempoh 3 hari bermula 28 Oktober 2013 jam 2.30 petang. Aktiviti pembukaan bersama TYDP ABIM Selangor dalam slot Kenali Dunia Kanak-kanak dan Remaja serta LDK bersama fasilitator dari PEPIAS yang terdiri daripada pelajar UIAM dan UiTM. Berikutnya aktiviti akan diteruskan dengan Kembara Solat dan pembentangan pada 29 dan 31 Oktober 2013.

0 comments:

Sambutan Menggalakkan Seminar Anti Syiah

0 comments:

Syiah itu Islam?

19 oktober 2013 - ABIM Shah Alam menganjurkan program pemantapan aqidah "Syiah itu Islam ?" disampaikan oleh Ustaz Abdullah Din, Timbalan YDP ABIM Kedah dan Prof Madya Dr. Fauzi Hamat, Pakar Aqidah JAKIM di dewan seminar Masjid Negeri. Program mendapat sambutan menggalakkan dari orang ramai dan para pelajar sekolah agama.




0 comments:

Hujung minggu ini, jangan lupa!


0 comments:

Korban yang diwariskan para Rasul

15 Oktober 2013 - ABIM Selangor bersama ABIM Daerah Klang dan Kuala Langat telah menyembelih seekor lembu korban sumbangan YB Roziah, exco kerajaan negeri Selangor pada petang hari raya pertama Aidil Adha. Sumbangan telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan sekitar Darul Wardah.



0 comments:

Tokoh Pendakwah Wanita Selangor 2013

Kami ahli HELWANI PEPIAS, HELWA ABIM SELANGOR, dan SALWA WADAH SELANGOR mengucapkan sekalung tahniah kepada Ustazah Datin Hajjah Aminah binti Zakaria, mantan Ketua HELWA ABIM atas anugerah Tokoh Pendakwah Wanita Selangor 2013.

0 comments:

Taklimat Bahaya Syiah untuk para petugas dakwah

8 oktober 2013 -  Ustaz Abdullah bin Din, Timbalan YDP ABIM Kedah menyampaikan kertas kerja dalam Muzakarah Khas di Dewan Jubli Perak yang dihadiri lebih 1000 orang pemegang tauliah dakwah dan penolong pendaftar nikah seluruh selangor.

0 comments:

Sukan Taski Taski ABIM Daerah Kuala Langat

6 oktober 2013- ABIM Daerah Kuala Langat telah mengadakan sukan untuk para murid Taski ABIM Ummu Fatimah Bukit Changgang, Taski ABIM Al-Amin Taman Langat Murni, dan Taski ABIM Al-Amin Bandar Seri Ehsan. Acara sukan mendapat sambutan daripada ibubapa dan keluarga anak-anak murid merupakan konsep dakwah ABIM dalam mendekati masyarakat.


0 comments:

Jom datang beramai-ramai



0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR