Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Jurubicara Umat: Dari Shah Alam ke New York

16 Ogos 2013 - ABIM Selangor bersama pelbagai pertubuhan Islam dan penduduk dunia dari Shah Alam ke New York mengecam sekeras-kerasnya tindakan ekstrimis golongan yang tidak menghayati Islam secara sederhana iaitu General Asisi, perampas demokrasi pilihan rakyat mesir. 




0 comments:

ISU KEZALIMAN DI MESIR

KENYATAAN MEDIA ABIM

14 Ogos 2013 - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mengecam kejadian tragedi berdarah medan Rabaah Al-Adawiya yang mengorbankan lebih dari 300 nyawa sebentar tadi. Sesungguhnya tragedi ini merupakan kemuncak kepada episod malang yang melanda rakyat Mesir semenjak rampasan kuasa 4 Julai 2013 yang lalu.

ABIM menilai rentetan peristiwa yang dihadapi rakyat Mesir semenjak rampasan kuasa tersebut sebagai bukti kegagalan pihak tentera di bawah kepimpinan Jeneral Al-Sisi untuk mencetuskan kestabilan sepertimana yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Ternyata rampasan kuasa tersebut hanyalah langkah lapuk dan terbelakang yang tidak menjamin kestabilan politik jangka panjang. Tragedi medan Rabaah Al-Adawiya ini dikhuatiri akan merebak menjadi konflik berdarah yang akan menjejaskan kestabilan serta keamanan di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara.

Sekiranya ia berterusan ia adalah satu titik hitam dalam perkembangan politik umat Islam kontemporari yang berasaskan kepada kesedaran Karamah Insaniah (Human Dignity). Tragedi ini merupakan penafian terhadap nurani Ummah yang mendambakan pembelaan menerusi lunas-lunas kemanusiaan yang ditetapkan. Seharusnya sebarang perbedaan pandangan serta kritikan ditangani menerusi hikmah yang dibuka menerusi saluran demokrasi

Justeru, ABIM menggesa ketegasan kerajaan Malaysia untuk menyatakan pendirian tegas berhubung dengan tragedi sebagai bukti ketegasan dan keperihatinan umat Islam ke atas perkembangan semasa yang berlaku di Mesir. Seharusnya Malaysia meneladani ketegasan kerajaan Turki yang tampil selaku jurubicara Ummah di pentas antarabangsa.

AMIDI ABD MANAN, Presiden ABIM

0 comments:

Sumbangan Ramadan di Sabak Bernam

27 Ramadan 1434 - ABIM Sabak Bernam telah mengagihkan sumbangan orang ramai kepada 50 orang penerima di surau Kampung Baru Nelayan, Sungai Besar.




0 comments:

UCAPAN AIDILFITRI 1434H YDP

ا
لسلام عليكم ورحمة الله ونركاته

Bagi pihak Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri 1434H kepada semua pendokong dan penggerak jemaah seluruhnya.

ABIM Selangor mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua ahli, penggerak ABIM disetiap daerah atas program Ihya Ramadhan yang dijalankan pada tahun ini. Kesungguhan semua pihak   menjalankan program ummat . Kempen Seorang Sekampit Beras, Sandang Raya, Smart Solat, Waqaf Quran Dan Daie fan lain- lain lagi melambangkan kejituan semangat anak muda Islam untuk mendukung agama ini , sekaligus merealisasi impian untuk membina dan memimpin tamadun Khayra ummat.

Semoga semangat ramadhan Dan kegembiraan Syawal ini akan membuatkan kita terus istiqamah di jalan dakwah ini. InsyaAllah. Bagi pihak saf pimpinan ABIM Selangor memohon kemaafan atas kekurangan selama diberikan amanah menjalankan tugas sebagai pimpinan. 

 Sambutlah Syawal dengan penuh ketaqwaan.

 عيد مبارك. من العائدين والفاىزين. تقبل الله منا ومنكم. معاف ظاهير باطين.

0 comments:

Turun Padang di Musim Pilihan Allah

25 - 26 Ramadan 1434 - Kehadiran exco ABIM Selangor, ABIM Hulu Selangor dan jemaah Surau At Taqwa Tamu Hill Batang Kali sedikit sebanyak meredakan perasaan para ibu tunggal tatkala pintu rumah mereka diketuk. Ada yang memelihara antara 4 hinggga 7 orang anak -anak yang kecil yang masih bersekolah. Ada yang pernah menghidapi penyakit barah. Mereka adalah sebahagian daripada 40 orang penerima program sekampit beras di sekitar Hulu Selanngor.




0 comments:

Sekampit Beras ABIM Shah Alam

26 Ramadan 1434 - ABIM Shah Alam telah mengadakan program sekampit beras untuk  30 orang penerima di Surau Muttaqin yang disampaikan oleh Saudara P. Aizan selaku Yang DiPertua ABIM Shah Alam.




0 comments:

Marahil Ramadan Siri 2 - Orang Asal

23 Ramadan 1434 - ABIM Selangor dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Marahil Ramadan Siri 2 untuk 15 keluarga orang asal kampung (A) Sg. Melut di SK Sungai Melut (A) Sepang. Dalam masjlis tersebut, Encik Zainudin Sanuan selaku Guru Besar sekolah tersebut sudi menyampaikan sumbangan kepada para penerima.



0 comments:

Sandang Raya di Hulu Selangor

23 Ramadan 1434 - ABIM Selangor dengan kerjasama ABIM Hulu Selangor dan Surau At-Taqwa Tamu Hill Batang Kali telah mengadakan program Sandang Raya untuk 32 orang anak yatim di Pusat Pakaian Hari-hari Batang Kali.



0 comments:

Sandang Raya Darul Wardah

26 Ramadan 1434 - Darul Wardah telah menyampaikan sumbangan pakaian dan makanan kepada warga Darul Wardah dan keluarga mullaf. Tazkirah maghrib telah disampaikan oleh YDP ABIM Kuala Langat, Saudara Raden Muhd Imaduddin.


0 comments:

IFTAR JAMAIE WADAH-ABIM-PEPIAS

18 Ramadan 1434 - WADAH ABIM PEPIAS (WAP) Selangor telah mengadakan Iftar Jamaie sempena TIRAM anjuran PEPIAS di Pusat Latihan ABIM PEPIAS (PULPA) Gombak. Dalam majlis tersebut, forum perdana telah diadakan bertujuan menerangkan kesinambungan dakwah PEPIAS ABIM WADAH.


0 comments:

Islamic Outreach ABIM Selangor di Pulau Ketam

5,12,19,26 Julai dan 6 Ogos 2013 - Islamic Outreach ABIM Selangor diketuai oleh saudara Mohd Azlan Mohd Sharif telah mengadakan siri-siri ziarah silaturrahim ke Pulau Ketam bertujuan untuk mengembalikan sinar Islam. Usaha dakwah dilakukan dengan aktiviti ziarah muallaf cina, pekerja Indonesia, masyarakat cina, orang asli, pejabat kerajaan dan swasta. Kehadiran ramai sukarelawan dari pelbagai latar belakang berjaya mengembalikan solat jumaat di masjid pulau ketam yang selama ini terbiar tanpa azan.








1 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR