Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




SEKAMPIT BERAS DI PULAU CAREY

19 Ramadhan 1434H - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuala Langat dan Negeri Selangor dengan kerjasama  Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) dan Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) telah menganjurkan Program “Sinar Ramadan: Kempen Sekampit Beras Sekotak Kurma” di Kampung Melayu Pulau Carey, Kampung Orang Asli Sungai Judah dan Batu 11, Telok Panglima Garang. Program ini digerakkan oleh ABIM Pusat di peringkat negeri serta daerah, dengan sekampit beras serta beberapa lagi barangan keperluan dapur disumbangkan kepada yang memerlukan. Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap pengerusi Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan yang juga ADUN Sijangkang, Kuala Langat, Dr Ahmad Yunus Hairi, turut hadir ke Masjid Kampung Melayu Pulau Carey pada malam tersebut. Sebanyak 35 kampit beras bersama kurma, barangan keperluan dapur dan pakaian sumbangan orang ramai telah diserahkan kepada penduduk-penduduk di kampong-kampung yang terlibat. Sebanyak 15 kampit beras dan bungkusan sumbangan diserahkan sendiri ke rumah penerima sumbangan, manakala 20 lagi kampit dan bungkusan sumbangan diserahkan dalam satu majlis di Masjid Kampung Melayu Pulau Carey. Sebanyak lapan (8) buah kereta dan seramai 22 orang aktivis terlibat dalam telah menyertai program kali ini. Seramai kira-kira 100 orang menghadiri program yang dianjurkan kali ini. Semoga banyak manfaatnya, dalam membantu mereka yang memerlukan. Sesungguhnya, harta kita ialah maruah. Penyelamat kita ialah iman. Amin dan in sya ALLAH. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan 1434H ini.

0 comments:

SUMBANGAN DI PERLUKAN

 12 Ramadan 1434H, Damansara Selangor - Pimpinan ABIM Selangor telah berkesempatan berkunjung ke rumah Puan Fiza di alamat Blok F-110 Apartment Damansara Damai 47380 Petaling Jaya Selangor. Hasil dari maklumat yang diperolehi dari pihak Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai, keluarga ini memerlukan bantuan.

Hasil dan ziarah ini, ABIM Selangor dimaklumkan bahawa Puan Fiza dan keluarganya berada di dalam keadaan baik cuma mereka hanya bergantung kepada Perkeso dan LZS (untuk sewa rumah). Puan Fiza sendiri tidak bekerja jadi beliau tidak berpendapatan tetap. Keadaan ini lebih rumit apabila suaminya lumpuh separuh badan kerana kesan daripembedahan neuro pada bahagian otak.

ABIM Selangor telah menyampaikan bantuan keluarga seorang sekampit beras dan mendoakan agar kesihatan  suami Puan Fiza semakin baik dan diringankan bebanan keluarganya. Oleh yang demikian, kepada sesiapa yang ingin memberikan bantuan kepada keluarga ini boleh menghubungi Puan Fiza di talian 014-8184157 atau berhubung terus dengan ABIM Selangor.

Bersama Puan Fiza

0 comments:

SMART SOLAT RAMADAN

12 Ramadan 1434H, Damansara Selangor - Seramai hampir 40 orang peserta dari kalangan remaja seawal umur 9 hingga 17 tahun telah menyertai Kursus SMART Solat anjuran Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai dengan kerjasama ABIM Selangor. Kursus yang bermula seawal jam 8.00 pagi 20 Julai 2013 dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik yang dibimbing oleh fasilitator dari pelajar-pelajar Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Petaling Jaya.

Kursus berlangsung selama 2 hari dengan pengisiannya seperti LDK, kembara solat, tadarus Al-Quran juga berqiamullail. Sambutan peserta menggalakkan dan ini merupakan usaha yang berterusan yang dilakukan oleh pihak masjid. Sepanjang kursus ini berlangsung, hasil perbualan bersama pihak ajk masjid, pihak ABIM Selangor mendapat maklumat mengenai sebuah keluarga yang memerlukan bantuan segera yang tinggal berhampiran.

Pada hari terakhir kursus, peserta berkesempatan bertemu dan beramah mesra bersama TYDP ABIM Selangor dan majlis diserikan lagi dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh YDP ABIM Selangor. Peserta juga dianugerahkan dengan peserta terbaik lelaki, perempuan dan keseluruhan. Terima kasih kepada penggerak utama, Saudara Azali, Wan Saiful, Luqman dan Hibatullah dan semoga usaha ini membuahkan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Ucapan penutup oleh YDP ABIM Selangor


Peserta terbaik keseluruhan


Peserta lelaki paling aktif
Peserta perempuan paling aktif

0 comments:

BERDAKWAH DI LAPANGAN

10 Ramadan 1434H, Petaling Jaya Selangor - Ramadan merupakan bulan yang di dalamnya mempunyai pelbagai kelebihan dan hikmah dan salah satunya adalah Lailatul Qadar. Ia adalah bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. Maka, umat Islam berpusu-pusu ke masjid dan melakukan pelbagai kebaikan dan meningkatkan amalan ibadah khusus agar Ramadan diisi dengan segala peluang yang diberikan untuk mengumpul pahala sebanyak-banyaknya.

Namun, bagi ABIM Selangor, ia tidak ditamatkan dengan peribadatan semata-mata. Ramadan juga sebenarnya adalah medan untuk membina jatidiri dakwah, mencelikkan deria rasa prihatin terhadap umat. Maka, sekumpulan ahli ABIM Selangor telah berjaya menganjurkan aktiviti bersifat marahil dengan mengedarkan 100 biji burger bakar dan minuman kepada belia-belia di sekitar Kampung Lindungan Petaling Jaya.

Misi dimulakan pada lewat jam 11.00 malam selepas tamat mendirikan solat sunat tarawih di Masjid Kampung Lindungan. Alhamdulillah, misi ini bertujuan untuk merapati kelompok remaja dan belia dan di sekitar Kampung Lindungan dengan membawa mesej Ramadan adalah peluang untuk menambahkan pahala pada amal kebaikan. Usaha ini adalah sebagai satu pendekatan untuk merepati masyarakat pada masa yang sama memberikan mereka pengetahuan dan maklumat tentang Islam dan kehidupan.

0 comments:

ABIM SELANGOR DAN KSSB 1434H

3 Ramadan 1434H, Jalan Kebun Shah Alam - ABIM Selangor telah menyampaikan sejumlah sumbangan pertama dari Kempen Seorang Sekampit Beras pada 12 Julai 2013 yang lalu kepada beberapa keluarga muallaf dan miskin di bawah jagaan Darul Wardah. Yang Di Pertua ABIM Selangor menyebutkan bahawa, sumbangan ini tidak datang dari ABIM Selangor sendiri tetapi ia adalah amanah yang disampaikan oleh para dermawan Islam dari negeri Selangor. ABIM Selangor hanya menjadi ejen penyampai dan bersama kita doakan agar para dermawan ini tetap teguh keimanan mereka dan diberikan ganjaran yang setimpal dengan sumbangan yang mereka berikan.

Alhamdulillah, ini merupakan langkah-langkah gerakan yang berhasrat untuk memastikan kebajikan umat Islam yang memerlukan khususnya di negeri Selangor ini dijaga dan diberikan perhatian. Di samping itu, majlis berbuka puasa, tazkirah Ramadan, solat berjemaah dan tarawih juga diadakan bagi meraikan mereka yang berpuasa dan majlis ini diserikan dengan kehadiran para ahli jawatankuasa Darul Wardah, ahli dan Exco ABIM Selangor dan daerah-daerah seperti Kuala Selangor, Klang, Shah Alam, Bangi dan Kuala Langat.

Perancangan ABIM Selangor kali ini selain dari usaha Kempen Seorang Sekampit Beras dan Kempen Sandang Raya, kami juga akan berusaha untuk menjalankan usaha dakwah melalui program remaja dengan pendekatan program dan kursus di masjid, ke lapangan bersama belia serta memasuki kampung-kampung orang asli.







Semoga usaha ini dinaungi dengan rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. Semoga semarak Ramadan kali ini memberikan kesan yang jauh lebih baik kepada umat Islam.

0 comments:

RENUNGAN

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita." (Al-Baqarah 2:277)

Maka usahlah ada kegusaran mengenai kekuasaan Allah, buatlah dan sebarkanlah kebaikan, cegahlah kemungkaran. Lakukanlah pada keupayaan kita yang optimum. Sempurnakan solat yang menghasilkan kekhusyukan, berzakatlah, kerana Muslim yang solatnya sempurna, akan berjaya wang akan cukupkan hartanya untuk dizakatkan, maka mereka itu pasti Allah kayakan hati mereka dengan ketenamgan dan kelapangan serta kegembiraan yang kekal selama-lamanya.

0 comments:

RAMADHAN PENYATUAN UMMAT

27 Syaaban 1434h, Bangi - Forum kerjasama antara ABIM Selangor, ABIM Bangi, WADAH Selangor dan PEPIAS serta kesediaan pihak Jawatankuasa Masjid Al-Solihin Kampung Teras Jernang telah mengetengahkan 2 tokoh pimpinan gerakan iaitu Tuan Haji Yusof Hasan serta Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman.

Perbincangan mencakupi perkara-perkara pembinaan ummat dengan mengambil semangat Ramadan disusuli dengan sedikit perbincangan pembinaan ummat melalui contoh pembinaan watak Muhammad Al-Fateh.

Forum Ramadan Penyatuan Ummat sebagai pembukaan kepada Ijtimak Harakiy Selangor kali kedua 1434h-2013m. Agenda disusuli dengan majlis perasmian himpunan dan pelancaran Program Ihya' Ramadan 1434h peringkat negeri Selangor. Agenda gerakan WADAH Selangor dan ABIM Selangor diteruskan pada hari berikutnya. Ahli-ahli telah berkampung di masjid bermula 6 Julai sehingga 7 Julai 2013.


0 comments:

Sempena Muktamar ABIM Selangor ke-41, mari bersatu dan menyediakan diri untuk ramadan


0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR