Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Kempen Say No To Zina di Bentong, Pahang

Bentong 23 Feb.2011 - Team BMG telah diundang oleh pihak Kolej Komuniti Bentong untuk berkongsi ilmu dan pengalaman bersama dengan pelajar-pelajar jurusan perakaunan dan pendawaian elektrik di Kolej berkenaan. walaupun kolej ini untuk komuniti setempat tetapi ramai juga pelajarnya yang dari luar daerah terutama Kelantan dan Terengganu.

Sesi perkongsian hidup dan pengalaman dari salah seorang penghuni Darul wardah untuk memberikan ingatan dan kesedaran kepada anak-anak muda di sini.

Program tersebut dikendalikan oleh Kak Wardah dan Wak Juragan dari ABIM Selangor. Turut membantu menjayakan program ini ialah sdr. Adri, Pengurus program ABIM Selangor dan seorang penghuni Darul Wardah. Satu kempen ‘ Say No to Zina’ dijalankan dengan mengedarkan pamplet khas yang diterbitksn oleh Biro Penerangan ABIM Selangor kepada semua peserta yang hadir.

Program sehari bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang dihadiri oleh 30 orang pelajar lelaki dan perempuan. Program ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang pelajar keturunan Tamil. Secara keseluruhannya program ini telah Berjaya menyampaikan mesej kesedaran dan keinsafan kepada peserta tentang bahaya Zina dan masalah sosial yang lain. Namun taufik dan Hidayah adalah dari Allah jua.

0 comments:

Pencerahan Umat - Konflik di Asia Barat






Jalan Kebun, 12 Feb 2010 – Satu syarahan Khas berkenaan isu-isu terkini Timur Tengah telah diadakan diMasjid An Naim, Jalan Kebun. Program anjuran ABIM Selangor dengan kerjasama Masjid An Naim bertujuan untuk memberikan gambaran yang lebih jelas kepada masyarakat tentang situasi perubahan yang berlaku di Asia Barat terutama di Afrika Utara dan rantau Teluk.

Penceramah yang diundang untuk menjelaskan isu ini ialah Tuan Hj Ahmad Azam Abdul Rahman, Mantan Presiden ABIM. Beliau juga anggota jawatankuasa Pertubuhan NGO Islam Sedunia yang berpengkalan di Turki.



Sebelum syarahan bermula, seorang pelajar perubatan dari Universiti of Cairo yang baru balik iaitu Saudara Zakwan telah dijemput untuk sesi perkongsian pengalaman. Ustaz Zawawi selaku moderator program telah bertanya beberapa soalan temubual bagi melancarkan sesi tersebut. Diakhir program, mantan YDP ABIM Selangor Tuan Hj Muslimin Yaakop telah mendeklamasikan satu sajak tentang pergolakan di Asia Barat dengan penuh semangat berkobar-kobar.


Turut hadir dalam program ini ialah GPM ( Global Peace Mission ) yang menggerakkan aktiviti bantuan kemanusiaan dunia terutamanya di Negara-negara umat Islam. Mereka sedang membantu menggerakkan Projek Kilang roti di daerah Jabaliyyah, Gaza. GPM mengadakan jualan buku dan mengedarkan brosur kempen bantuan kemanusiaan yang dijalankan.

Pihak ABIM juga turut membantu mengumpulkan dana kilat untuk tujuan tersebut. Ramai jamaah yang hadir merasa terkilan kerana tidak membawa duit untuk disumpaikan tetapi pihak penganjur memanjangkan tempoh sumbangan hingga seminggu supaya lebih banyak sumbangan yang dapat dikutip.

Program tamat pada pukul 10.00 malam.

0 comments:

PERKEMBANGAN TERBARU KOMPLEKS PENDIDKAN ABIM

1) MEI 2010
  • Proses pindah milik tanah dari pewakaf kepada ABIM Selangor
2) OKTOBER 2010
  • arkitek membentangkan cadangan rekabentuk kompleks
3) FEBRUARI 2011
  • Majlis sumbang saran dan pembentangan reka bentuk kepada umum
4) MAC 2011
  • 13/3/2011 - Pelancaran Tabung Kompleks Pendidikan ABIM
5) APRIL 2011
  • Pelancaran ladang tebu di tapak kompleks pendidikan ABIM

0 comments:

Kenyataan Sheikh Yusuf al-Qaradawi Tentang Kebangkitan Rakyat di Mesir Menentang

Ketua Kesatuan Antarabangsa Cendekiawan Muslim, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, meminta Presiden Mesir Hosni Mubarak agar mengangkat kaki secara pilihan sebelum beliau akan pergi secara paksaan. Beliau perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali. Sheikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir. Ianya buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.

Al-Qardhawi menyeru Mubarak melalui al-Jazeera katanya, "Pergilah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir". Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya. Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.

Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan dan meninggalkan Mesir yang sudah kehilangan berbilion-bilion wang. "Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak". Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup.

"Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah.

"Sheikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi. Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.

Rakyat dan Tentera

Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.

Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.

Beliau menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes pencurian dan penjarahan. Beliau menasihati mereka, "Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah haram.

"Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan. Beliau menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.

Sumber : al-Jazeera

0 comments:

Bahasa Melayu Berpotensi Bentuk Tamadun Agung


Bahasa Melayu Berpotensi Bentuk Tamadun Agung

Menurut Prof Dr Awang Sariyan (Awang Sariyan), Bahasa Melayu telah membuktikan kemampuannya sebagai agen perubah yang positif kepada umat Islam di alam Melayu. Beliau berkata demikian dalam wacana "Bahasa Melayu Sebagai Jati Diri Umat Melayu dan Rakyat Malaysia", yang dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 21 Januari yang lalu.

"Kekuatan Bahasa Melayu turut didorong dengan pengaruh tamadun Melayu yang menjangkau jauh melepasi ruang lingkup rantau Melayu. Ini telah dibuktikan dengan kajian-kajian sejarah serta akademik yang telah dijalankan." jelas Awang Sariyan lagi, yang merupakan penyandang pertama Kursi Pengajian Melayu Malaysia-China kerajaan Malaysia di Beijing sejak awal 2008.

Menerusi konteks perkembangan dakwah di rantau Melayu, Awang Sariyan menjelaskan Bahasa Melayu merupakan teras utama yang menggerakkan perkembangan Islam di rantau ini."Kedatangan Islam telah menyemarakkan perkembangan pengajian Islam serta persuratan Melayu, menerusi penerapan nilai-nilai Islam di dalam Bahasa Melayu itu sendiri, sepertimana penerapan nilai-nilai Islam yang merubah Bahasa Arab Jahilliyyah menjadi Bahasa Arab yang kita kenali pada hari ini." jelas beliau dalam wacana yang dianjurkan sempena Sambutan 40 tahun ABIM.

Menurut Awang Sariyan, secara asasnya negara ini mempunyai dasar-dasar asas yang memadai untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai asas jati diri rakyat negara ini, seperti Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan.

Presiden ABIM, Dr. Muhamad Razak Idris, yang turut hadir dalam wacana ini menjelaskan bahawa ABIM tetap konsisten dalam menggerakkan usaha memartabatkan Bahasa Melayu di negara ini, sambil mengimbau pembabitan ABIM dalam gerakan-gerakan berkaitan seperti Kumpulan Prihatin dan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP).

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR