Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Kempen Sinar Ramadan Sekampit Beras Bermula

Cik Nurhidayah Sumairi , Setiausaha Kewangan ABIM sedang melayan seorang pengunjung kaunter. Seorang pengunjung lelaki berkopiah putih yang tidak dikenali juga turut merakamkan foto dikaunter sebagai tanda pengesahan kehadiran.

Shah Alam - ABIM telah dijemput oleh pihak KDEB untuk membuka kaunter promosi program Sinar Ramadan Sekampit Beras. Pada pagi tersebut pihak Kelab Sukan Rekreasi KDEB mengadakan Program Tazkirah Perdana yang disampaikan oleh YBhg. Dato' Haron Din. Turut Hadir ialah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Alhamdulillah selepas mendengar ceramah motivasi berinfak, ABIM telah menerima sumbangan yang agak lumayan dari peserta yang terkesan dan insaf dengan siraman air mawar dari seorang besar kita. Turut bertamu ke kaunter ialah Pengarah Belia & Sukan Selangor, Tuan Hj Makhruzi Ikhsan yang tidak melepaskan peluang untuk menambahkan saham akhiratnya. Namun ketika DSAI tiba dikawasan kaunter tidak ada yang menjemputnya kekaunter kerana kerkesima dan terkejut dengan kemunculannya . Kami tidak menyangka dia akan ke kawasan pameran kami!.

Namun begitu sasaran 300 kampit beras yang kita usahakan masih memerlukan sumbangan dari dermawan budiman. Oleh itu kepada yang berminat untuk menjayakan program ini sila berhubung segera ke sekretariat ABIM Selangor.

0 comments:

Lagi Siswa Berminat Mengkaji ABIM


Klang - Seramai 5 orang mahasiswa UIAM dari kampus Petaling Jaya telah menemuramah Pengerusi Darul Wardah, Ustazah Hazlina Abd Razak. Turut hadir ialah Pengurus darul Wardah Sdr Azmiza Mamat.

Temuramah tersebut telah dijalankan di Cawangan ABIM Jalan Kebun. Mereka adalah pelajar jurusan undang-undang, justeru itu banyak soalan berkaitan isu perundangan dikemukakan tentang isu yang ditangani oleh ABIM.

Kebanyakan anak muda ini berminat untuk menyumbang dalam gerakan dakwah tetapi tidak banyak maklumat yang mereka tahu tentang PEPIAS, PKPIM dan ABIM. Marilah kita gandakan usaha kita untuk turun ke lapangan dan ke akar rumput agar kehadiran kita terus dirasai umat.

0 comments:

Siswi UIAM Berminat mengkaji ABIM


Ditengah bertudung biru ialah Cik Nurhidayah Sumairi, Setiausaha Kewangan ABIM Selangor

Shah Alam - Seramai 4 orang pelajar UIAM dari Pusat Matrikulasi UIA telah menemu-bual YDP ABIM Selangor. Temubual tersebut telah dijalankan di sekretariat Anjung Berkat di Shah Alam. Banyak persoalan dan isu yang dikemukan oleh mereka berkaitan dengan isu sosial, agama, ekonomi dan politik.

Sebelum berpisah kami sempat mengajak mereka untuk turut terlibat dalam program ABIM yang terdekat iaitu program Smart Solat yang akan diadakan di Felda Sungai Tengi pada 31 Julai ini. Mereka begitu teruja dan bersemangat sekali kerana diberi peluang untuk mempraktikan ilmu yang dipelajari selama ini.

Kami berharap agar lebih ramai lagi anak-anak muda khasnya yang dikampus untuk bergiat aktif dalam kerja-kerja sukarela untuk menambahkan pengalaman terutamanya dalam lapangan dakwah. Jom berdakwah bersama ABIM.

0 comments:

Mesyuarat Jawatankuasa Dakwah Negeri



ABIM Selangor merupakan salah satu pertubuhan dakwah yang dilantik oleh MAIS sebagai ahlijawatankuasa Dakwah Negeri di bawah Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ).

Sebagai sebuah pertubuhan belia dan dakwah yang sah berdaftar ABIM telah diberikan ruang untuk memberikan pandangan dan turut sama terlibat dalam membincangkan isu-isu utama yang membabitkan umat Islam.

Mesyurat ini dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dato' Dr. Sidek Baba , Mantan Timbalan Rektor UIAM dan Setiausaha Agung ABIM. Turut terlibat dalam mesyuarat ialah Orang Besar Daerah ( OBD ) dan Pegawai Tadbir Agama ( PTA ), Pakar-pakar dilantik, pegawai-pegawai agama dan 10 pertubuhan NGO Islam. Sejak 2006 ABIM telah diwakili oleh Us Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

0 comments:

YDP Rasmikan Sukan Taski ABIM Serdang

Sdr Khairul Hamzani YDP ABIM Serdang sedang mempengerusikan majlis perasmian.

Serdang, 24 Julai 2010 ABIM Serdang telah berjaya menganjurkan Hari Sukan untuk Taski daerah Serdang di Tapak Exspo Universiti Putra Malaysia. Program yang dihadiri oleh lebih 100 ibubapa dan murid Taski itu telah dirasmikan oleh Yang Dipertua ABIM Selangor, Ustaz Hj Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Program yang bermula pukul 9.00 pagi itu berjalan dengan lancar dan penuh ceria. Yang menariknya program ini juga turut disertai 3 orang pelajar dari Nigeria. "Taski ABIM sekarang dah sampai ke tahap antarabangsa" kata seorang sahabat senior ABIM yang turut membantu menjayakan program sukan tersebut.

0 comments:

KEPENTINGAN DAN KETERLIBATAN ORANG MUDA DALAM DAKWAH ISLAM


Oleh : Khairudin bin Abas Timbalan yang di Pertua, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Selangor Yang Di Pertua, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kuala Langat “kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad ) perihal mereka dengan benar. Sesungguhnya mereka itu adalah anak-anak muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan mereka dengan hidayah. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian) semasa mereka bangun dan menegaskan tauhid lalu berkta “ Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbir langit dan bumi. Kami sekali-kali tidak akan menyembah yan lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui yang jauh daripada kebenaran.” (Al-Kahfi : 13-14) Orang Muda ; Analisis SemasaHari ini rata-rata, orang muda pelbagi karakter sama ada watak seorang anak yang baik soleh dan solehah, watak pelajar unggul penuh dan sopan, watak antagonis penuh parut dimuka, watak penderhaka pada nikmat motor yang kian menjadi pilihan bila harga minyak naik mendadak, watak muka tak bersalah bila mendengar bayi dibuang sewenangnya di dalam baldi, ditepi sungai malah di dalam beg sekolah yang sepatutnya menjadi karung ilmu paling berharga tapi… persoalan ini orang muda patut jawab. Ini mungkin watak yang kita ada di samping orang muda sekarang lebih sarat dengan hiburan, terasa mewah hingga makan pun kadang-kadang terpaksa disuap dimulut baru mahu mengunyah. Mati rasa, mati jiwa terasa mewah bila di suruh susah sedkit keluhnya hingga ternganga mulut dan kesahnya hingga terdeng ar seluruh serangga. Namun sesungguhnya mereka kuat dalam diam. Pengalaman menghadiri sistem sekolah formal bertahun, setidak-tidaknya melahirkan generasi ilmuwan wibawa. Tanpa siapa sangka tahap kreatif dan inovatif mereka bakal menggegar dunia. Cuma kita masih mencari makna kata Sukarno “ Beri aku sepuluh pemuda akan kugegarkan dunia”. Orang Muda yang bagaimana agaknya. Tepuk dada. Adakah kita bersedia. Orang Muda dan Perjuangan dakwah Islam ; Satu Sorotan SejarahOrang muda memainkan watak penting tika hijrah. Teringat beraninya Saidina Ali karamallahuwajhah bila menggantikan Ar-Rasul saw ditempat tidurnya. Kuatnya Asma’ bt Abu Bakr meredah padang pasir menghantar bekalan ke Gua Tsur tempat baginda bersembunyi mengatur langkah penting perjuangan dakwah. Teringat pula pada keberanian Syuhib Al Rumi , Bilal Al Habsyi, Salman Al-Farisi betapa anak-anak muda ini berani dengan penuh keimanan dan kekuatan akidah membantu dalam dakwah Ar-Rasul saw. Susah mahu menolak fahaman sekular yang telah bertapak di dalam minda segar anak muda sekarang apabila telah tegar bahawa zaman remaja ini adalah zaman serba harus. Semuanya mungkin. Zaman ini datangnya sekali, bila lagi mahu berlibur hingga lupa kubur yang tak kenal umur. Namun Allahyarham Ustaz Abdul Wahab Zakaria menolak pentafsiran ini dan menegaskan bahawa masa inilah marhalah penting menyiapkan generasi depan. Ingat! Jika kita mahu lihat dunia hari depan, lihatlah orang mudanya hari ini.. Dakwah dan Orang Muda Kepentingan dakwah tidak dapat disanggah lagi. Kalam Tuhan Surah Ali Imran : 104 “Hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebaikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala yang baik , serta , melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya.” Oleh yang demikian inilah orang muda patut merebut peluang kerana orang muda ada tenaga, ada kreativiti memahami rakan sebaya, persekitaran serupa. Mereka mampu memberi alternatif yang baik untuk mengatasi masalah mereka. Ini kekuatan dan kepentingan anak muda dalam arena dakwah masa kini. Inilah watak besar yang kita mahu lahirkan. Watak pemuda yang kita panggil “Ghuraba’“. Melahir Pemuda GHURABA’ Ghuraba’ maksudnya pelik. Memang pelik hari ini bila kita bertindak diluar kotak kebiasaan. Bila kita berjalan memakai kopiah di pusat membeli belah. Bila kita tiada telefon bimbit, bila tiada teman yang berlainan jantina. Itulah pemuda –pemudi yang sedikit berbeza yang kita mahukan. Pemuda yang tahu kepentingan. Bila berhibur tahu batas, bila bersukan tidak berlebihan bila bersosial tahu dimana hadnya. Itulah kesan tarbiyyah Islam yang baik dan syumul. Pemuda ghuraba’ ini perlu TEKAL imannya. PEDULI sifatnya dengan rakan sebaya, menegur temannya ketika temannya silap, memimpin temannya bersama melakukan kebaikan. ISTIQAMAH melakukan ibadah berterusan. Sedang semua orang sebaya dengannya sibuk dengan irama hip hop yang menjadi siulan, terkinja-kinja dengan tarian shuffle, bangga bertopi jenama terkenal dengan lambang pasukan bola sepak syaitan merah, yang perempuan sibuk dengan mekap-mekap tebal dan tudung pendek yang menjadi kebanggaan. Namun, mereka tetap bersederhana dalam pemakaian, sibuk meningkatkan ilmu di dada. Tidak naïf dengan keadaan semasa. Berhibur dengan yang tidak melampaui batas agama. Ini generasi harapan, yang kita mahu. Keterlibatan golongan ini penting terutama dalam memenangi hati rakan seumur dan sebaya dengannya. Bukankah orang muda lebih tahu bahasa mereka. Negeri Selangor; Citra dan Harapan. Kebanyakkan kita punya cita besar diluar sehingga kita lupa ada sesuatu di depan mata yang amat berharga. Medan dakwah di Selangor terbuka luas. Membuat program dakwah sebagai produk usrah biar kecil tetapi impak besar terhadap masyarakat. Selangor punya ruang dari anak kecil hingga warga emas yang dahaga iman. Dari insan pojok yang merempat di kaki lima jalan hingga orang besar yang sednag dipuncak kuasa politik. Kita kena berani berhadapan, kerana wadah yang kita genggam erat ini adalah ABIM yang diacu untuk menempuh apa jua cabaran yang ada. TEKALAH, PEDULILAH DAN ISTIQAMAHLAH..kerana anda andalah benih-benih daie yang subur, bakal mewangikan kembali , wangian yang terhapus.
Wallahua’lam

0 comments:

MEYUARAT JAWATANKUASA KERJA ABIM SELANGOR 01/2010


19 Julai 2010, Shah Alam - Pertemuan kali pertama semenjak berakhirnya Muktamar ABIM Selangor yang lalu adalah amat memberangsangkan. Sekalung tahniah diucapkan kepada Saf Qiyadah ABIM Selangor 2010-2011 yang memberikan komitmen untuk sama-sama menggerakkan jentera dakwah ABIM Selangor ini. Perbincangan yang bermula lewat jam 9.15 malam semalam dimulakan dengan tazkirah yang bertajuk "Kepentingan dan Keterlibatan Orang Muda dalam dakwah Islam" yang disampaikan oleh Timbalan Yang Di Pertua ABIM Selangor, saudara Khairudin Abas. Beliau memetik ayat-ayat Allah dari surah Al-Kahfi ayat 13 hingga 14 yang bermaksud;

"Kami ceritakan kepadamu (Wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari pada-Nya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

Pilihan ayat ini bertujuan untuk menggambarkan bagaimana keteguhan, kekuatan dan ketajaman fikiran pemuda Al-Kahfi ini dan seharusnya menjadi contoh dan diikuti khususnya dalam konteks dan cabaran yang didepani oleh remaja dan belia masa kini. Mesyuarat kemudiannya diteruskan dengan penyerahan surat lantikan Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM Selangro 2010/2011. Perbincangan seterusnya tertumpu kepada program-program terdekat dakwah di negeri Selangor yang amat mengharapkan komitmen setingginya daripada ahli. Antara program yang dibincangkan adalah;


1. Kempen "Seorang Sekampit Beras"
Kutipan sumbangan telah dimulakan dan dijangkakan agihannya akan bermula seawal 31 Julai 2010 di Jalan Kebun, Shah Alam. Kemudian diikuti jadual agihannya pada 14 Ogos 2010 di Gombak dan 15 Ogos 2010 di Sungai Buloh.

2. Program SMART Solat (Tahsin Ibadah)
Akan berlangsung yang pertama di Felda Sungai Tengi bersama Sekretariat Menangani Gejala Sosial Badan Dakwah Negeri Selangor pada 31 Julai 2010. Kemudian dituruti dengan Program Ihya'Un-Nahar bersempena Ramadhan yang pada cadangannya akan dibuat di 5 buah masjid dan surau serentak pada 31 ogos 2010. Antara cawangan yang dijangka terlibat adalah Kuala Langat, Tanjong Karang, Sepang, Gombak dan Sabak Bernam.

3. Majlis Tautan Kasih HELWA
Ia akan dilangsungkan di Hotel Crystal Crown Shah Alam dan akan dihadiri oleh lebih 50 orang HELWA ABIM Selangor dari setiap pelusuk daerah. Ia akan diadakan pada 24 Julai 2010 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Ia adalah sebahagian dari agenda memperkasa HELWA serta menjadi medan pengikat silaturrahim antara HELWA ABIM Selangor.

Semoga segala usaha dakwah ini terus subur dan diberikan kelapangan oleh Allah s.w.t untuk terus bergerak menegakkan kalimah Allah di bumi Selangor khusunya.




Kamarul Azami bin Mohd Zaini
Setiausaha
ABIM Cawangan Negeri Selangor
20 Julai 2010H / 8 Syaaban 1431M

0 comments:

KEMPEN 'SEORANG SEKAMPIT BERAS'
















Sukacita ABIM Selangor melancarkan Kempen Seorang Sekampit Beras sempena Ramadhan Mubarak 1431H yang bakal menjelma.





1 comments:

SAMBUTAN HARI BELIA SELANGOR

9 Julai 2010, Kuala Selangor - Hari Belia Selangor kali ini mengetengahkan Sambutan Pembebasan Gaza dan Solat Hajat di Masjid Pekan Kuala Selangor. Kehadiran yang memberangsangkan berjaya memberikan suasana sebenar yang sedang berlaku di dunia luar tentang isu keganasan tentera Zionis Israel.

Alhamdulillah, ABIM menjadi sebahagian dari kelompok penganjuran malam sambutan yang juga diadakan bersempena sambutan Israk dan Mikraj. Program sebegini telah mendapat respon yang baik daripada pihak masjid sendiri begitu juga dengan penduduk sekitar kerana ia berjaya memberikan inpak kesedaran kepada masyarakat yang hadir.

Pada malam tersebut, diadakan solat hajat beserta forum yang dimoderatorkan oleh Ustaz Nasir (Guru di SK Tiram Jaya) dan panelisnya adalah saudara Azmer dari KUIS dan Ustaz Zul (Pengerusi Al-Aqsa- Al-Syarif Selangor). Semoga usaha-usaha begini mampu mendekatkan masyarakat kepada isu agama dan kepentingannya. Sesuai dengan visi ABIM, menjadi gerakan yang berteraskan ilmu dan bakti, memberikan pendidikan kepada masyarakat harus menjadi keutaman.

Majlis penutupan dan penganugerahan belia akan dianjurkan pada 11 Julai 2010 yang akan dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan. Ekspo jugaberlangsung dan tema yang dipilih adalah pendidikan.

Terima kasih.


Setiausaha Negeri
11 Julai 2010

0 comments:

MESYUARAT EXCO KANAN KALI PERTAMA


5 Julai 2010, Jalan Kebun, Shah Alam - Pimpinan Kanan ABIM Selangor telah bersidang bermesyuarat buat pertama kalinya di rumah YDP ABIM Selangor, Ustaz Zawawi. Pertemuan pertama semenjak pengumuman saf pimpinan ketika muktamar yang lalu memperlihatkan kehadiran dan komitmen yang baik dari pimpinan kanan iaitu TYDP, Sir Khairuddin, SU Kewangan, Hidayah, juga Ustaz Zawawi selaku YDP dan pengerusi mesyuarat.

Gagal hadir bersama dengan sebab ialah Haryati (HELWA) dan Ustaz Muszaki (PSUN 1) atas sebab kesibukan tugasan ditempat kerja dan halangan yang dimaklumkan. Mesyuarat membentangkan 2 agenda utama iaitu perlantikan exco ABIM Selangor serta induksi pimpinan. Sebagai makluman awal kepada bakal exco dan pimpinan kanan, induksi kepimpinan akan diadakan pada 20 sehingga 22 Ogos (Ramadhan) 2010. Segala maklumat lanjut akan diberitahu kelak melalui medium perhubungan yang lain.

Mesyuarat pimpinan kanan diteruskan dengan usrah yang dihadiri lebih kurang 9 orang ahli ABIM Selangor sebagai mengalu-alukan kepimpinan kanan yang baru. Tajuk yang dibentangkan oleh YDP adalah berkaitan dengan menziarahi keluarga sahabat yang sakit, di mana di akhir perbincangan tersebut, terdapat cadangan dan pandangan yang bernas yang dapat dibaca di laporan usrah.


Setiausaha Negeri
6 Julai 2010
Kuala Selangor

0 comments:

Bagaimana Al-Quran menceritakan perihal As-Syabab (pemuda dan belia)?

oleh
Ustaz Mohd Harith Osman
Pengurus Projek ABIM Selangor

Didalam Al-Quran diceritakan banyak kisah dan peristiwa-peristiwa menarik berkenaan pemuda mukmin dalam kebenaran imannya dan kesan iman terhadap dirinya dan persekitarannya

Pada zaman yang semakin mencabar ini, kita perlu mencari jalan bagaimana memelihara diri dari terjebak dengan perkara negatif yang merosakkan jati diri dan akhlak sebagai seorang hamba.Budaya dan perilaku yang tidak berlandaskan syara’ semakin memonopoli masyarakat khususnya golongan belia remaja yang menjatuhkan maruah diri dan agama.

Oleh itu, penghayatan berlandaskan Al-quran dan as-sunnah perlu dijana semula dengan mengambil iktibar, contoh, pengajaran serta teladan dengan apa yang telah digariskan dalam Al-Quran seperti kisah-kisah yang menyebut tentang pemuda atau belia yang beriman.

Contoh yang boleh diambil yang diceritakan dalam al-Quran adalah mengenai Nabi Yahya Alaihi Salam. Allah berfirman :




يَـٰيَحۡيَىٰ خُذِ ٱلۡڪِتَـٰبَ بِقُوَّةٍ۬‌ۖ وَءَاتَيۡنَـٰهُ ٱلۡحُكۡمَ صَبِيًّ۬ا (١٢) وَحَنَانً۬ا مِّن لَّدُنَّا وَزَكَوٰةً۬‌ۖ وَكَانَ تَقِيًّ۬ا (١٣) وَبَرَّۢا بِوَٲلِدَيۡهِ وَلَمۡ يَكُن جَبَّارًا عَصِيًّ۬ا (١٤


وَسَلَـٰمٌ عَلَيۡهِ يَوۡمَ وُلِدَ وَيَوۡمَ يَمُوتُ وَيَوۡمَ يُبۡعَثُ حَيًّ۬ا (١٥




[12]"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak.
[13]dan (Kami mengurniakannya) rahmat dari sisi Kami, serta kelebihan yang kembang manfaatnya; dan ia seorang yang bertaqwa.
[14]Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka.
[15]Dan (Kami limpahkan) kepadanya selamat sejahtera pada hari ia diperanakkan, dan pada hari ia mati, serta pada hari ia dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat).

(Surah maryam: 12-15)

Dalam ayat yang mulia ini menerangkan bagaimana memotivasi atau mendorong ke arah :

· Memupuk jiwa yang bersih , bertaqwa, hubungn yang baik bersama keluarga, mentaati ibu bapa

· Memupuk akhlak yang baik , hati yang bersih dalam menjaga hubungan antara sesama makhluk dan pencipta seperti yang disebut dalam ayat ke 14:





وَبَرَّۢا بِوَٲلِدَيۡهِ وَلَمۡ يَكُن جَبَّارًا عَصِيًّ۬ا (١٤

“Dan ia taat serta berbuat baik kepada ibu bapanya, dan ia pula tidak sombong angkuh atau derhaka”

· Mencari kesejahteraan didunia dan akhirat seperti yang disebut dalam ayat ke 15.

Bagaimahakah memperoleh kesejahteraan dan keselamatan didunia dan akhirat seperti Nabi Yahya Alaihi Salam?dan bagaimanakah memperoleh akhlak yang indah itu?dan bagaimana pula kemuliaan dan ketinggian taqwa itu?

Semua ini akan kita perolehi dalam firman Allah dalam ayat 12 tadi:

يَـٰيَحۡيَىٰ خُذِ ٱلۡڪِتَـٰبَ بِقُوَّةٍ۬‌ۖ وَءَاتَيۡنَـٰهُ ٱلۡحُكۡمَ صَبِيًّ۬ا (١٢)

"Wahai Yahya, terimalah Kitab itu (serta amalkanlah) dengan bersungguh-sungguh! Dan Kami berikan kepadanya Hikmat kebijaksanaan semasa ia masih kanak-kanak ”

Iaitu bersungguh-sungguh dalam memahami Islam, bersungguh-sungguh dalam memikul tuntuan dakwah, bersungguh-sungguh dalam mengamalkannya dan sabar, dan bersungguh-sungguh dalam keimanan dan keyakinan kepada Allah Taala dengan Al-Quran.


Itulah yang diperlukan oleh kita, apa yang berlaku pada remaja belia kita hubungannya dengan al-quran amatlah lemah dan rapuh sehinggakan apabila kita bertanya kepada mereka, adakah kamu membaca Al-quran?bagaimana pembacaan al-quraan kamu?adakah kamu meluangkan sedikit masa kamu untuk bertadabbur memahami isi kandungan ayat dan hukumnya?Amatlah malang apabila jawapan yang diberi adalah “tidak!”

Kita simpulkan bahawa pemuda dan belia yang lahir dibawah lembayung Al-quran itu pastinya membawa kepada generasi yang cemerlang dengn mengamalkannya, memahami dan membacanya isi kandungannya dan dari situlah akan terpancarnya Nur Hidayah dan kelurusan serta kesantunan akhlak.

Maka, syiar dan motivasi kita adalah :

يَـٰيَحۡيَىٰ خُذِ ٱلۡڪِتَـٰبَ بِقُوَّةٍ۬‌ۖ

-Ringkasan coretan dari kitab "Sina'ah As-Syabab" (membentuk belia Islam) karangan Dr.Muhammad Said Hawa

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR