Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




MUKTAMAR DAERAH TELAH DAN SEDANG RANCAK BERLANGSUNG!

ABIM Daerah di seluruh Selangor telah dan sedang rancak bermuktamar. Bermula dengan ABIM daerah Gombak yang bermuktamar pada 10 April yang lalu di pejabat penghulu daerah gombak di rasmikan oleh Sdr Khairudin bin Abas SUN. YDP ABIM Gombak Saudara Zamani Mohd karulani terus memikul amanah untuk menerajui daerah gombak. Diikuti oleh daerah Tanjung Karang dan Kuala Selangor yang dilangsungkan serentak pada 19 April 2010 dan terus diberi amanah Sdr Kamarul Azami sebagai YDP Kula selangor dan Sdr Izwan Syuhada' sebagi YDP Tanjung Karang. ABIM Daerah Kuala Langat bermuktamar pada 21 APRIL 2010 di Taski ABIM Ummu sakinah Sungai manggis dan Sdr Khairudin Abas terus menerajui Kuala Langat bagi tahun ke 8.

Bulan Mei , di mulakan dengan Abim Daerah Sabak Bernam telah menjalankan muktamar pada 1 Mei 2010 dirasmikan oleh Sdri Nur Hidaya bt Sumairi PSU 2 menyaksikan Sdr Mohd Hafiz Jamaluddin sebagai YDP.ABIM daerah Bangi pada 8 Mei 2010. Majlis dimulakan dengan bicara anak muda yang mendapat sambutan hangat menyaksikan jemputan yang hebat iaitu YB Nik Nazmi dan Dr Asyraf Wajdi memberi butir pendapat agar anak muda terus mekar di arena ini. Sdr Ahmad saparuddin terus diberi kepercayaan untuk menerajui ABIM Daerah Bangi. ABIM Daerah Kelang bermuktamar pada 9 Mei 2010 dirasmikan oleh SDR Muszaki M Odzir PSUN 1 menyaksikan Sr Zahrullail Abd Manaf dimanahkan menerajui ABIM Daerah Kelang. ABIM Serdang bermuktamar pada 14 mei 2010 dirasmikan oleh Sr Mohd Zawawi , YDP dan Sdr Khairul Hamzani terus memikul amanah sebagi YDP.

Masih berlum bermuktamar ialah ABIM Daerah Hulu Selangor , ABIM Daerah Shah Alam , ABIM Daerah Sepang dan ABIM Daerah petaling Jaya.

1 comments:

ABIM SELANGOR IKUTI LAWATAN DAKWAH KE SARAWAK

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui bahagian dakwah telah menganjurkan satu Lawatan dakwah ke Negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Sebagai tanda sokongan , ABIM Selangor telah menghantar dua orang wakil iaitu Suara Khairudin bin Abas SUN dan Saudari Nur Hidayah Sumairi SUK untuk bersama-sama 35 delegasi NGO Islam Negeri Selangor yang terlibat dalam lawatan dakwah tersebut. Lawatan ini di ketuai oleh Ustaz Safuan bin Nayan dan sebanyak 9 NGO terlibat seperti ABIM sendiri, PUM ,PERKEMAS, Al Hunafa', JIM, Pemadam, PERKASSA, PERKIM, GAPIS dan sebagainya.

Banyak yang dapat dipelajari dalam lawtan dakwah ini. di samping menziarahi saudara kita di Sarawak yang cuma 25% sahaja juga merasai cabaran untuk terus berdakwah di muka bumi Allah ini. Dan yang paling berharga ialah menyedari betapa pentingnya Dakwah bil Hal dalam berhadapan dengan masyarakat majmuk ini.

Lawatan ke JAKIM Sarawak di smabut hagat oleh Pengarahnya sendiri Ustaz Mat Nawi dan kakitangannya. Pengalaman ke Rumah Saudara Kita dan Rumah Panjang kaum Iban di Merindun , Lubok Antu merupakan pengalaman yang baru. Bertemu Pak Zakaria , ketua Kampun saudara kita, Ustaz Idris pegawai dakwah HIKMAH yang gigih berdakwah membakar semangat para peesrta untuk terus di persada dakwah. Lawatan ke HIKMAH, NGO yang bertungkus lumus dalam arena dakwah di Sarawak juga menimbulkan semangat untuk terus bersama dalam menyuburkan Islam di Bumi kenyalang.

Lawatan diteruskan di Kampunag Ansabang Jaya , Kampung Segubang juga menimbulkan keinsafan, betapa gighnya saudara kita di sana mengeembang dan mengamallkan Islam. samapai ke IIC Sarawak , amat kami kagumi kerana pusat maklumat mengenai Islam yang lengkap untuk memahami Islam dismaping rekabentuk yang unik dan berteknologi tinggi.

Lawatan yang bagus untuk NGO islam terutama di Selangor ini. satu usaha yang perlu diteruskan oleh bahagian Dakwah JAIS . Syabas!





0 comments:

ABIM SERAH MEMORANDUM BANTAHAN



Shah Alam, 18 Mei 2010 - ABIM Selangor, IMAN ( Integrated Muslim Association Network ) dan WADAH ( Wadah Pencerdasan Umat ) Selangor telah mengunjungi Sahibus Samahah Dato' Setia Diraja Mufti Negeri Selangor Hj Tamyes Bin Abdul Wahid di pejabatnya semalam.

Tujuan kunjungan tersebut ialah untuk menyerahkan Nota Bantahan Terhadap Tindakan pihak kerajaan Memberikan kebenaran kepada Syarikat Kumpulan Berjaya untuk mengendalikan judi sempena musim perlawanan bolasepak piala Dunia.

ABIM Selangor diwakili oleh YDP Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Sdr Haris Othman. Turut bersama dalam majlis tersebut ialah YDP IMAN Hj Nik Yusof Nik Ismail dan Exco WADAH Dr ahmad Zaki Abdul Latif.

Kami berharap nota bantahan ini dapat disampaikan kepada Ahli Majlis Mesyurat MAIS dan seterusnya disampaikan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai penaung dan ketua Agama Islam di negeri ini untuk membuat tindakan yang sewajarnya.

ABIM, IMAN dan WADAH menyeru kepada semua nazir dan AJK masjid menggerakkan kempen bantahan ini di masjid-masjid dan seterusnya menghantar surat protes dan bantahan kepada akhbar-akhbar arus perdana mendesak pihak kerajaan supaya membatalkan lesen tersebut.

0 comments:

Friday, 14 May 2010 23:29:25PERUTUSAN ABIM SEMPENA SAMBUTAN HARI BELIA 2010

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Belia Negara kepada seluruh warga belia dan beliawanis di tanah air dan yang berada di luar Negara. Sesungguhnya Hari Belia Negara yang diraikan pada 15 Mei setiap tahun merupakan satu pengiktirafan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh belia dalam konteks pembinaan negara. Sejarah jatuh bangun bangsa dan tamadun dunia telah merakamkan peranan penting belia dalam mencetuskan kesedaran dan mengemudi arus perubahan. Dalam sejarah Islam, perjuangan Rasulullah Sallal’Lahu ‘alaihi wasallam sememangnya didukung oleh para syabab – sekelompok pemuda yang beperibadi umggul seperti Sayyidina ‘Ali bin Abi Tolib, Mus’ab bin Umair, Zaid bin Thabit dan Usamah bin Zaid. Para rasul dan anbiya’ juga diperkuatkan oleh fata – pemuda-pemuda yang komited dalam memperjuangan risalah dan memperkembangkan ajaran Ilahi. Dalam sejarah dunia moden pula, revolusi kenegaraan dan kegaamaan di Barat misalnya didukung oleh kelompok pemuda seperti Martin Luther. Dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah pendidikan, kebudayaan, sosio-politik hinggalah kepada sukan, belia telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam pembangunan negara.


Disebalik potensi dan dinamika kepemudaan yang tinggi ini, belia juga sering dipalitkan dengan gejala negatif dan kebejatan sosial. Istilah-istilah seperti rebellious youth dan folk devils pula telah direkayasa oleh pengkritik sosial di Barat untuk menampilkan belia sebagai kelompok bermasalah. Di Malaysia, imej belia dan generasi muda juga sering ditampilkan dengan konotasi dan persepsi yang negatif melalui penglibatan mereka dalam gejala dadah, gejala sosial dan jenayah. Tidak sedikit yang menzahirkan kegusaran terhadap masa depan agama, bangsa dan negara di tangan generasi muda hari ini. Lumrah kehidupan belia yang dibesarkan dalm dunia tanpa sempadan dan langit terbuka juga menjanjikan seribu satu cabaran dan ujian yang getir terhadap jatidiri generasi muda.


Atas kesedaran inilah, ABIM ingin menyeru agar para belia meningkatkan keupayaan dan potensi diri agar mampu menjadi agen penyumbang, bukannya beban kepada negara. Sesunguuhnya belia dibekalkan dengan tenaga, masa dan kemampuan yang tinggi untuk merencana agenda pembangunan masyarakat dan negara. Salurkanlah tenaga muda anda untuk masyarakat dengan melibatkan diri di dalam persatuan-persatuan belia. Sumbangan anda baik dalam bentuk komitmen masa, tenaga dan kepakaran amat diperlukan oleh NGO-NGO belia seperti ABIM yang memberikan fokus terhadap agenda pembangunan belia dan generasi muda.


Pada masa yang sama, ABIM mengingatkan para belia agar tidak terjebak dengan sebarang aktiviti yang tidak bermanfaat dan membawa kesan yang negatif. Sikap ingin mencuba dan semanagat ingin tahu yang tinggi jangalah disalurkan untuk mencuba dan mempelajari aktiviti yang boleh membawa kepada lembah penyesalan seperti dadah, pergaulan seks bebas, perjudian dan perlakuan jenayah. Sebaliknya amalkanlah gaya hidup sihat yang berpaksikan kepercayaan kepada Tuhan dan amal bakti kepada masyarakat.


Selamat Meyambut Hari Belia 2010!


Angkatan Belia Islam Malaysia

15 Mei 210.

1 comments:

ABIM SELANGOR MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PEMBERIAN LESEN JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010

KENYATAAN AKHBAR ABIM NEGERI SELANGOR

ABIM SELANGOR MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA PEMBERIAN LESEN JUDI BOLA SEPAK PIALA DUNIA 2010

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) membantah sekeras-kerasnya serta merasa amat kesal dengan keputusan kerajaan yang secara rasminya telah memberikan lesen pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan BERJAYA. ABIM menilai keputusan ini tidak wajar kerana majoriti masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini menolak judi kerana banyak membawa kesan buruk dan penyakit sosial yang teruk.

ABIM menegaskan bahawa keputusan tersebut langsung tidak mempunyai sebarang justifikasi yang munasabah serta hanya bersifat untuk meraih keuntungan material jangka pendek yang boleh memberikan kesan yang negatif ke atas masyarakat dan negara. ABIM dengan ini menyeru kepada semua umat Islam untuk sama-sama membantah keputusan tersebut demi menjaga kesejahteraan setiap lapisan masyarakat di negara ini. Pihak ABIM juga akan menggerakkan bantahan ini di seluruh negara bagi memastikan keputusan ini tidak dilaksanakan demi kesejahteraan semua pihak. Tiada ada agama di dalam dunia ini yang membenarkan serta menghalalkan perjudian kerana impak negatif sosialnya yang secara langsung akan menyebabkan kemusnahan moral individu, institusi keluarga dan masyarakat serta mencemar imej Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi persekutuan. ABIM dengan ini menggesa dan bertegas agar Kerajaan Malaysia menarik semula keputusan pemberian lesen pertaruhan ini demi menjaga kesejahteraan masyarakat dan negara.

Bagi ABIM Selangor , pengeluaran lesen atas alasan untuk mengawal dan mengetahui jumlah wang pertaruhan adalah tertolak di sisi Islam. Sesebuah kerajaan dan pemimpin mestilah lebih kreatif dan bertanggungjawab dalam mencari jalan mengawal perjudian gelap. Kawalannya bukanlah dengan memberi lesen kerana itu hanya akan lebih memakmurkan gejala tersebut. Tetapi KAWALAN adalah dengan memperkenalkan teknik banteras, hukuman lebih keras dan tahap efisyen yang lebih kemas bagi memerangkap mereka yang terlibat.

Perlu difahami, hujjah maslahat TIDAK BOLEH digunakan sama sekali dalam hal yang JELAS BERTENTANGAN dengan teks Al-Quran dan Hadis. Tiada maslahat dan tidak termasuk di dalam Maqasid al-Shariah dalam mengharuskan perjudian untuk masyarakat.

Oleh yang demikian ABIM Selangor mendesak :

1)Kerajaan Persekutuan menarik balik lesen yang telah dikeluarkan kepada BERJAYA GROUP serta merta.
2)Semua mufti-mufti dan para ulamak khususnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Negeri untuk mengeluarkan kenyataan atas kelulusan ini.
3)Semua institusi pendidikan, Masjid dan surau membuat bantahan dan kempen penerangan bagi menimbulkan kesedaran agar muslimin dan muslimat terutama golongan belia sedar keburukan judi dan kesannya kepada masyarakat.
4)Semua NGO Islam bersatu menyatakan pandangan dan bantahan mengenai pemberian lesen perjudian ini.
5)Semua pihak sentiasa peka dan sedar , bahawa ada agenda buruk yang mahu melihat umat Islam semakin sesat dan jauh dari agama melalui judi, arak , seks, dadah dan semua maksiat.

MEMBINA DAN MENGGERAK GENERASI KHAYRA UMMAH

MOHD ZAWAWI BIN AHMAD MUGHNI
Yang Di Pertua
Negeri Selangor Darul Ehsan

1 comments:

YOUNG ABIM CAMP 2010




Program khas untuk anak-anak ABIM, agensi dan masyarakat di luar.


4 comments:

SYARIKAT AMANAH RAYA BERHAD PRIHATIN

Pada 23 April 2010, Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Islam Darul Wardah menerima kunjungan dari warga kerja Syarikat Amanah Rakyat di bawah Jabatan Care Management. Lawatan ini adalah salah satu aktiviti syarikat yang merasakan perlunya tanggungjawab sosial ke atas masyarakat.

Ustazah Hazlina Abd Razak selaku Pengasas Rumah Perlindungan dan Pemulihan Wanita Islam Darul Wardah menerangkan fungsi dan aktiviti yang dijalankan, kepada ahli rombongan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Alina Hashim dan Ketua Jabatan Care Management, Nik Salina Nik Idris.

Beliau menegaskan mengapa perlunya pusat seperti ini ialah kerana kes remaja hamil luar nikah semakin tinggi dan ini bukan bermakna pusat ini sekadar untuk menutup aib, tetapi untuk memberi pemulihan dari segi ilmu agama dan kekukuhan dalaman.

.............................
* Berita disunting dari web utusan dan berita harian, juga ada berita aktiviti yang dijalankan di Darul Wardah:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0506&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Masyarakatperluberisokongan_bukanpenghinaan/Article/index_html

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rumahperlindunganwanitabukantempathapusaib/Article/index_html

1 comments:

KES AMINULRASYID JADIKAN IKTIBAR

ABIM Selangor merakamkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham Amiulrasyid. Pada 3 Mei 2010, Sekretariat, Mantan Ketua Helwa beserta sukarelawan ABIM Selangor sempat turun padang ke rumah Allahyarham untuk mendengar kenyataan secara langsung dari sahabat Allahyarham yang sama-sama terlibat dalam kejadian itu.

Hasil daripada pemerhatian di atas kes ini, ABIM berpendirian berpendirian bahawa ada beberapa perkara penting yang perlu ditegaskan dalam memastikan isu ini benar-benar ditangani dengan telus selain kedaulatan undang-undang dapat dijunjung sepenuhnya.

ABIM menggesa lapan tindakan diambil seperti berikut:

· Menyokong permintaan keluarga mangsa agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menjamin ketelusan, membela kehormatan maruah Allahyarham serta keluarganya, di samping mengembalikan keyakinan rakyat terhadap PDRM yang menjunjung moto perkhidmatan, “Mesra, Cepat dan Betul”.

· Menggesa semua pihak agar menghentikan segala kenyataan berbentuk tuduhan, sindiran serta spekulasi yang boleh mengeruhkan suasana serta menjatuhkan maruah Allahyarham selain mengguris hati serta perasaan keluarga arwah terutama ibunya.

· Menggesa kerajaan melantik wakil dari NGO untuk menganggotai suruhanjaya itu bagi memantau siasatan polis dalam kes ini bertujuan menjamin keadilan dan ketelusan sewajarnya bagi mengelakkan isu siasatan ini dipolitikkan.

· Lebih ramai saksi yang menyaksikan kejadian itu tampil memberikan kerjasama tanpa sebarang ancaman atau ugutan daripada mana-mana pihak demi mencapai proses keadilan.

· Abim juga menyeru agar lebih banyak NGO yang berpengaruh dan badan hak kemanusiaan menggerakkan kesedaran pendidikan hak asasi untuk rakyat Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

· Menggesa kerajaan agar lebih tegas dalam usaha memperkasa ketelusan dan kepimpinan PDRM untuk membaikpulih imej wibawa dan nama baik PDRM di mata masyarakat.

· Abim juga mahu ibu bapa lebih bertanggungjawab dan secara serius memantau aktiviti anak masing-masing bagi mengelakkan sebarang kejadian lain yang tidak diingini. · Abim juga faham dengan beban dipikul PDRM untuk menjaga keselamatan negara. Justeru, PDRM perlu mempertingkatkan tahap profesionalisme dalam menjalankan tugas untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berulang.
........................
* Berita ini telah disunting dari hasil tulisan Puan Fadhlina Siddiq, Naib Presiden Hal Ehwal Wanita ABIM (Helwa) dan lanjutan maklumat boleh ke link berikut :

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KesAminulrasyidjadikaniktibar/Article

1 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR