Masjid Syeikh Amrullah: Antara objektif lawatan ini juga adalah untuk memberi bantuan kepada penerima Rumah Syukur. Sesi pemberian sumbangan ini telah disampaikan oleh YDP ABIM Selangor. Lembaga Zakat Selangor juga adalah salah satu penyumbang terbesar dalam pembinaan Rumah Syukur.
Pesantren HAMKA : Selesai sesi penyampaian sumbangan, kami ke Pesantren HAMKA pula. Para pelajar yang belajar di pondok ini kebanyakannya adalah anak yatim dan miskin daripada keluarga yang susah. Juga, sebilangan besar daripada para pelajar tersebut merupakan golongan muallaf daripada Kepulauan Mentawai, Indonesia. Mereka ini baru dipindahkan dari pesantren yang lama akibat dari gempa yang menimpa. Pesantren yang sediada 'tidak layak huni' kerana ancaman tanah runtuh. Menurut guru di sini, kos pembiyaan seminggu adalah sekitar RM300 dan ini benar-benar menghendaki pihak pengurusan untuk berjimat sedaya mungkin. Semoga usaha yang murni ini mendapat keberkatan Allah. ABIM Selangor turut menyampaikan sumbangan dana kepada Pesantren Buya HAMKA. Sumbangan disampaikan oleh YDP ABIM Selangor kepada Pak Drs Zainul Ariffin selaku Ketua Pesantren.
17 Mac 2010, Rabu Jeti Dumai : Kami bertolak dari Maninjau ke Dumai mengambil masa lebih kurang 15 jam (dari 4.45petang - 8.00pagi ) dan penginapan kami yang terakhir ialah di dalam bas. Setibanya kami di jeti Dumai, SUN mengadakan sesi penilaian untuk mendapatkan respon secara langsung dari setiap peserta.
Alhamdulillah, jam 5.30petang kami tiba di Pelabuhan Klang dan masing-masing pulang ke rumah dengan 1001 pengalaman, keinsafan dan ilmu baru di dada. Syukur...
---------------------------------
Program Eksplorasi Dakwah & Misi Bantuan Kemanusiaan 2010 ke Sumatera Barat, Indonesia disertai oleh 22 orang peserta terdiri dari pimpinan ABIM Negeri Selangor, pimpinan Persatuan Pelajar Islam Selangor(PEPIAS), wakil dari Koperasi Belia Islam Berhad (KBI) dan 5 orang mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Penginapan peserta wanita bertempat di Sekretariat MRA, Simpang Jati, Pariaman manakala penginapan peserta lelaki adalah di surau yang berdekatan di Kg Jati. Antara pengisian yang terkesan di hati dan sanubari para peserta adalah slot tazkirah dan sharing moment di antara para peserta. Pada hari ke-2 terakhir, para peserta lelaki menginap di Masjid Syeikh Amrullah, Maninjau manakala peserta wanita di 'Rumah Warisan Minangkabau' yang berdekatan dengan masjid tersebut di tepi Danau Maninjau.
Program ini berlangsung selama 5 hari iaitu pada 13-17 Mac 2010 bertujuan melatih pimpinan muda dalam menghayati semangat dakwah dalam kepimpinan disamping memberi pendedahan terhadap isu-isu semasa dan menjana kepekaan, semangat kerjasama dan bantu-membantu antara ahli dan masyarakat setempat serta menghulurkan bantuan kepada golongan yang sangat memerlukan.
Program ini adalah anjuran dan kerjasama di antara ABIM Negeri Selangor, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Malaysian Relief Agency(MRA).
1 comments:
Post a Comment