Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




10 Sunnah Di Hari Raya

1. Bergembira

Diriwayatkan dari Aisyah Radhiallahu'anha, ia berkata,

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam masuk menemuiku sedangkan di sisiku ada
dua anak perempuan kecil yang sedang bernyanyi dengan nyanyian Bu'ats. Lalu beliau Shallallahu'alaihi wasallam berbaring (bersandar di atas lengannya) di tempat tidur dan memalingkan wajahnya ke arah lain. Masuklah Abu Bakar, lalu dia mengherdikku dan berkata: ‘Suara syaitan di sisi Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam!?'

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam kemudian menghadap ke Abu Bakar seraya berkata :'Biarkan kedua anak perempuan itu'. Ketika ia telah lalai, aku memberi isyarat dengan mata kepada dua anak itu maka merekapun keluar".

Dalam riwayat lain:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda, “Wahai Abu Bakar, setiap kaum memiliki hari raya, dan ini adalah hari raya kita". [Kedua hadits ini diriwayatkan oleh Bukhari 949, 952, 2097, 3530, 3931. Diriwayatkan juga oleh Muslim 892. Ahmad
6/134 dan Ibnu Majah 1898].

Al-Hafidh Ibnu Hajar berkata: "Dalam hadits ini ada beberapa faedah: Disyariatkan untuk memberikan kelapangan kepada keluarga pada hari-hari raya untuk melakukan berbagai hal yang dapat menyampaikan mereka pada kesenangan jiwa dan istirahatnya tubuh dari beban ibadah. Dan sesungguhnya berpaling dari hal itu lebih utama. Dalam hadits ini juga menunjukkan bahwa menampakkan kegembiraan pada hari-hari raya
merupakan syi'ar agama.


2. Berhias

Berkata Ibnul Qayyim dalam "Zadul Ma'ad" (1/441):

Nabi memakai pakaiannya yang paling bagus untuk keluar (melaksanakan shalat) pada
hari Idul Fithri dan Idul Adha. Beliau memiliki perhiasan yang biasa dipakai pada dua hari raya itu dan pada hari Jum'at. Sekali waktu beliau memakai dua burdah (kain bergaris yang diselimutkan pada badan) yang berwarna hijau, dan terkadang mengenakan burdah berwarna merah, namun bukan merah murni sebagaimana yang disangka sebagian
manusia, karena jika demikian bukan lagi namanya burdah. Tapi yang beliau kenakan adalah kain yang ada garis-garis merah seperti kain bergaris dari Yaman.


3. Solat Eid (di tanah lapang)

Diriwayatkan dari Abu Said Al Khudri Radhiallahu 'anhu, ia berkata,

Dahulu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam biasa keluar menuju mushalla (tanah lapang) pada hari Idul Fitri dan Idul Adha, maka pertama kali yang beliau lakukan adalah shalat ..." [Hadits Riwayat Bukhari (956), Muslim (889) dan An-Nasaa'i 3/187]


4. Makan sedikit sebelum Solat Eid

Dari Anas Radliallahu anhu, ia berkata:

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pergi (ke tanah lapang) pada hari Iedhul Fitri hingga beliau makan beberapa butir kurma". [Hadits Riwayat Bukhari 953, Tirmidzi 543, Ibnu Majah 1754 dan Ahmad 3/125, 164, 232]


5. Mandi sebelum Solat Eid

Dari Nafi' berkata:

Abdullah bin Umar biasa mandi pada hari idul Fithri sebelum pergi ke mushalla tempat berkumpul manusia untuk sholat, di lapangan bila tidak hujan, red)" (Diriwayatkan Malik 1/177, Asy-Syafi'i 73 dan Abdurrazzaq 5754 dan sanadnya Shahih).


6. Tidak solat sunnah qabliyah, ba'diyah; tidak azan dan iqamah untuk solat eid

Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu 'anhuma, ia berkata:

Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam shalat dua raka'at pada hari Idul Fithri, beliau
tidak shalat sebelumnya dan tidak pula sesudahnya...." [Hadits Riwayat Bukhari 989, At-Tirmidzi 537, An-Nasa'i 3/193 dan Ibnu Majah 1291]

Dari Jabir bin Samurah Radhiyallahu 'anhu ia berkata:

Aku pernah shalat dua hari raya bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam
lebih dari sekali dua kali, tanpa dikumandangkan azan dan tanpa iqamah" [Riwayat Muslim 887, Abu Daud 1148 dan Tirmidzi 532].


7. Khutbah selepas solat eid

Ibnu Abbas berkata:

Aku menghadiri shalat Id bersama Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, Abu Bakar, Umar dan Utsman Radhiyallahu'anhum. Semua mereka melakukan shalat sebelum khutbah" [Riwayat Bukhari 963, Muslim 884 dan Ahmad 1/331 dan 346]


8. Pergi dan pulang musolla melaui jalan berlainan


Telah diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah Radliallahu 'anhu, ia berkata, "Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pada hari raya biasa mengambil jalan yang berlainan (ketika pergi dan ketika kembali dari mushalla-pen)" [Hadits Riwayat Bukhari 986].


9. Takbir ketika keluar dari rumah menuju ke musolla sehingga imam tiba

Ibnu Umar dahulu apabila pergi keluar pada hari raya Idhul Fithri dan Idhul Adha, beliau mengeraskan ucapan takbirnya sampai ke mushalla, kemudian bertakbir sampai imam datang. (HR Ad Daraquthni dan Ibnu Abi Syaibah dan selain mereka dengan sanad yang shahih. Lihat Irwa ‘ul Ghalil 650).


10. Ucapan selamat hari raya

Ibnu Qudamah dalam "Al-Mughni" (2/259) menyebutkan bahwa Muhammad bin Ziyad berkata:

Aku pernah bersama Abu Umamah Al Bahili dan selainnya dari kalangan sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam. Mereka bila kembali dari shalat Id berkata sebagiannya kepada sebagian yang lain:

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ

"Semoga Allah menerima dari kami dan darimu"

Imam Ahmad menyatakan: "Isnad hadits Abu Umamah jayyid (bagus)" [Lihat Al Jauharun Naqi 3/320. Berkata Suyuthi dalam 'Al-Hawi: (1/81) : Isnadnya hasan]


Wallahua'lam..



*Catatan dari penulisan Saudara Fariz di http://www.facebook.com/note.php?note_id=175599586216&ref=nf, dari buku Ahkaamu Al' Iidaini Fii Al-Sunnah Al-Muthahharah, Ali Halabi

0 comments:

Let’s All Keep Calm And Leave It To Govts, Urges ABIM

PETALING JAYA: The Muslim Youth Movement of Malaysia (Abim) has called on Malaysians and Indonesians to keep calm and not be influenced by certain irresponsible parties whose provocative actions could hurt the relations between the two nations. Its international deputy president, Khairul Faiz Morat, said such provocation could jeopardise the close relationship that had been established between Malaysia and Indonesia. “We urge citizens of both countries to put their full trust on diplomatic efforts made by both governments. “They are also advised to not take any action that might tarnish the good relations between both countries,” he said in a statement yesterday.

Such provocation, he said, was a reflection of shallow-minded knowledge and a lack of understanding on the shared similarities of culture and community values between Malaysia and Indonesia. “Past history has proven that such actions could create tension and also chaos if the situation is not handled firmly and gracefully,” he said. The latest bout of anti-Malaysian sentiment came about following accusations that Malaysia had “stolen” the Balinese pendet dance as its own in an advertisement promoting Malaysia, broadcast over Discovery Channel. These groups tried to “sweep” for Malaysians in Jalan Diponegoro in Jakarta. The channel has since apologised and said it was at fault.


Retrieve from : www.the star.com

2 comments:

Program IhyaUnNahar Imarah Ramadhan dan Iftar Jamaie ABIM Selangor dan ABIM Klang



12 September 2009 bersamaan 22 Ramadan 1430, Sabtu, Pusat Pendidikan ABIM Klang Meru. Peserta hadir ke PPAKseawal jam 7.30 pagi. Mereka sabar menunggu sehingga meja pendaftaran dibuka bagi penyertaan Program Ihya Un-Nahar Imarah Ramadan pada jam 8.00 pagi. Keadaan hening pada pagi tersebut memberikan ketenangan dan dipermudahkan segala urusan pendaftaran peserta. Tepat pada pada jam 8.30 pagi, taklimat program disampaikan oleh penyelaras program Saudara Kam sehingga jam 9.00 pagi. Kehadiran peserta memberangsangkan. Seramai 25 orang peserta lelaki dan 31 orang peserta perempuan yang telah hadir dan majoritinya adalah dari kalangan pelajar-pelajar dari Meru sendiri.

Gambar 1: Diantara peserta yang hadir.


Seterusnya aktiviti diserahkan kepada Saudara Azam bagi meneruskan agenda solat sunat Dhuha dan solat sunat Tasbih. Perjalanan lancar dan peserta melaksanakannya dengan penuh kekhusyukan. Agenda seterusnya selepas melakukan solat sunat tadi, peserta kemudiannya dipecahkan kepada 7 kumpulan untuk aktiviti LDK yang membincangkan bab solat serta tadarus Al-Quran sehingga solat Zohor berjemaah.

Gambar 2: Peserta sedang melaksanakan solat sunat Dhuha dan Tasbih.


Pada jam 2.30 petang, sesi diteruskan dengan permainan Kuiz yang diketuai oleh saudara Farid sehingga ke jam 4.30 petang dan di akhiri solat Asar berjemaah. Selepas solat Asar berjemaah, majlis penutup program telah disempurnakan oleh Ustaz Zawawi Ahmad Mughni, Yang Di Pertua ABIM Selangor. Peserta telah diberikan sijil penyertaan dan program tamat pada jam 5.15 petang.

Gambar 3: Peserta berada dalam LDK.

Gambar 4: Ustaz Zawawi menyampaikan sijil kepada peserta.


Pada masa yang sama, pada jam 3.30 petang, pihak ABIM Selangor juga telah melaksanakan pertemuan Majlis Setiausaha Negeri dan Daerah (MASUDA) bagi membincangkan beberpa agenda penting bagi melancarkan perjalanan dakwah ABIM Selangor. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil dari ABIM Pusat, Saudara Raimi dan berakhir dengan majlis berbuka puasa bersama-sama ahli ABIM Selangor, WADAH Selangor dan PEPIAS.

Gambar 5: Mesyuarat MASUDA.


Majlis berbuka puasa juga berjalan dengan lancar dengan dihadiri lebih dari 50 orang ahli PEPIAS yang hadir dari setiap daerah serta dari pihak ABIM Klang sendiri. Pihak ABIM Selangor ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis Iftar ini. Majlis bermula dengan berbuka bersama-sama, solat Maghrib berjemaah, ucapan YDP ABIM Selangor, solat Isyak dan bertarawih secara berjemaah dan diakhiri dengan tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Yusof Hassan, YDP WADAH Selangor. Semoga usaha-usaha ukhuwah begini diteruskan dan dijadikan agenda utama dalam ABIM Selangor.

Gambar 6: Diantara ahli jamaah sedang menunggu waktu berbuka.

Gambar 7: Sedang mendengar tazkirah oleh YDP WADAH Selangor.

1 comments:

Kenyataan Media-Jaga Hubungan Baik Malaysia-Indonesia: ABIM Gesa Hentikan Provokasi

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat terhadap tindakan provokasi yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, berhubung beberapa isu serta insiden yang membabitkan hubungan baik dua hala di antara kedua-dua negara semenjak kebelakangan ini. Ini memandangkan provokasi-provokasi tersebut boleh menjejaskan hubungan erat yang sedia terjalin di antara kedua negara serumpun semenjak sekian lama.

Di samping itu, ABIM menilai provokasi-provokasi ini telah memperlihatkan ceteknya pengetahuan dan kurangnya kefahaman terhadap persamaan budaya dan nilai masyarakat yang dikongsi di antara kedua-dua negara serta rantau Melayu keseluruhannya, sepertimana yang telah dibuktikan oleh fakta dan realiti sejarah. Bahkan, laungan slogan serta tindakan provokatif seperti “Gayang Malaysia” serta insiden “buluh runcing” jelas tidak menggambarkan amalan budaya hormat menghormati, berbudi bahasa, saling bantu membantu sudah sebati di kalangan sebahagian besar masyarakat di kedua-dua negara. Sejarah lampau telah membuktikan tindakan-tindakan sedemikian boleh mencetuskan ketegangan serta boleh mengakibatkan keadaan huru-hara sekiranya ia tidak ditangani dengan tegas dan penuh hikmah.

Justeru, atas semangat perkongsian agama dan budaya yang sama, ABIM menyambut baik usaha yang yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kedua-dua negara untuk menangani isu-isu berkaitan menerusi saluran diplomatik yang sedia terjalin di antara kedua-dua negara.

Mengambil kesempatan ini, ABIM menyeru rakyat di kedua-dua negara agar tidak terpengaruh dengan dakyah yang cuba dilakukan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, di samping meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada usaha diplomatik yang dibuat oleh kerajaan kedua negara serta tidak mengambil tindakan yang boleh menjejaskan hubungan baik yang sedia terjalin di antara kedua Negara semenjak sekian lama.

"Demi Kebenaran & Keadilan"

Khairul Faiz Morat
Naib Presiden Antarabangsa ABIM
11 September 2009 / 21 Ramadhan 1430h

3 comments:

Program IhyaUnNahar Imarah Ramadhan ABIM Selangor dan ABIM Klang



"Sesiapa yang membangunkan bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pangharapan, diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu" (Riwayat Bukhari & Muslim)

TARIKH : 12 SEPTEMBER 2009
LOKASI : PPAK Meru
PENYERTAAN : BELIA / REMAJA, Masyarakat Setempat dan ahli ABIM
YURAN : PERCUMA

TENTATIF PROGRAM

0800 am Pendaftaran
0830 am Taklimat dan Mesra Diri
0900 am Tazkiyyah Nafsiah' / Solat Sunat Dhuha / Solat Sunat Tasbih
1030 am Ramadhan (medan tarbiyyah pendidikan jiwa)
1230 am Tazkiyyah Nafsiyyah 2, Tadarrus Al-Quran
1330 am Solat Zuhur Berjamaah
1430 am As-Solah Momentum - Al-Falah
1600 am Majlis Penutup
1630 am Solat Asar Berjamaah / Bersurai

Meklumat Lanjut Sila Hubungi

03 - 33924652 (PPAK)
019 - 3636394 (Hidayah)

3 comments:

Menggapai malam al-Qadar dengan usaha



Jumaat September 11, 2009

BILA datang bulan Ramadan pada setiap tahun umat Islam diperingatkan semula
tentang satu malam yang begitu besar maknanya iaitu malam al-Qadar.
Malam al-Qadar atau dalam bahasa arab disebut lailatul Qadar terdapat
beberapa makna.

Lailatul Qadar menurut Ibnu Abbas, Ikrimah dan Sa’id bin Jubair
membawa maksud malam keputusan; atau malam penetapan. Manakala tafsir
Qurtubi dalam menjelas ayat surah al-nasr pula menjelaskan bahawa
maknanya adalah malam yang sempit.

Dinamakan demikian kerana pada malam itu bumi sesak/sempit dengan
para malaikat. Dalam al-Quran disebut oleh Allah SWT bahawa malam
tersebut ganjarannya seumpama seribu bulan. Lailatul qadr merupakan
malam yang diberkahi. Allah Ta’ala berfirman al-Dukhan ayat 1-6 yang
bermaksud;

“Haa Miim. Demi Kitab (al-Quran) yang menjelaskan. Sesungguhnya Kami
menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami lah
yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang
penuh hikmah. (Iaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya
Kami adalah yang mengutus rasul-rasul sebagai rahmat dari Rabb-mu.
Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”


Bagi mereka yang teguh imannya pastinya akan berasa terkejut dengan
hadiah Allah SWT yang begitu besar bagi mereka yang benar-benar
memperolehi malam tersebut.

Bandingan satu malam yang dinamakan sebagai malam al-qadar dengan
seribu bulan sama juga seumpama 83 tahun. Kiraan secara zahir ini
menunjukan betapa besar pahala yang Allah swt berikan kepada umatnya
bagaimana tempoh 83 tahun tersebut seolah-olah satu umur bagi seorang
manusia yang hidup dimuka bumi ini.

83 tahun adalah tempoh agak panjang sebagai manusia, namun satu
malam al-qadar itu amat bermakna sekali. Namun dalam huraian hadith
begitu banyak penjelasan diberikan tentang tarikh sebenar bilakah malam
al-qadar tersebut.

Perdebatan yang dilakukan oleh para ulama dan muhaddithin ini
mengundang kita memikirkan kenapakah tiada satu masa yang tunggal bagi
kita untuk mendapat ketetapan Allah swt agar kita sedia dan mampu
meraih malam al-qadar dengan mudah.

Firman Allah SWT dalam surah al-qadar ayat 1-5 yang bermaksud;


“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam
Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia
kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam
itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa
segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut).
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar."


Pengurniaan malam al-qadar oleh Allah swt dalam bulan Ramadan dengan
segala perselisihan masa yang tepat bilakah ianya berlaku mengundang
kita sebagai hambaNya berfikir apakah makna disebalik anugerah ini.

Sebagai pencipta alam ini pastinya Allah menghendaki kita agar
sentiasa bersedia tidak kira pada awal masa, pertengahan dan akhir
Ramadan agar sentiasa berusaha mencari bilakah malam al-Qadar
sebenarnya. Ertinya disini Allah SWT ingin menguji dan menawarkan kita
satu pertandingan dikalangan hambaNya siapakah dikalangan mereka yagn
benar-benar ikhlas mencari malam al-Qadar.

Wujudnya kesedaran untuk mencari malam al-qadar ini tidak akan
terbit semata-mata untuk berada dalam suasana hening malam dan bangun
untuk melihat peristiwa apa yang bakal berlaku semata-mata.
Namun disebalik usaha dan ikhtiar manusia mencari malam al-Qadar ini
selain merebut pahala berganda tersebut adalah manifestasi cinta kita
kepada Tuhan yang menganugerahkan nikmat dan kasih sayangnya kepada
seluruh hambaNya.

Cinta kita kepada Allah yang ikhlas dan kasih sayang yang diterima
tanpa berbelah bahagi daripadaNya yang mampu membangkitkan kesedaran
iman dan taqwa untuk mencari malam al-Qadar tersebut kerana telah
dijanjikan Allah swt bahawa pada malam tersebut diturunkan para
malaikat untuk melihat dunia siapakah yang sedang melaksanakan ibadah
kepada Tuhannya.

Tanpa rasa cinta dah kasih kepada tuhan mana mungkin kita bersedia
untuk bangun malam, membuka segala kelemahan kepada Nya, memohon
keampunan dan mendoakan kesejahteraan hidup didunia. Hanya mereka yang
teguh iman, tegap taqwanya bersedia menghadapi ujian bangun malam
dengan gigih.

Inilah hakikat pencarian malam al-Qadar yagn harus dipelajari.
Pencarian ini juga jangan dilihat sebagai satu usaha yang kosong dan
dijadikan pesta untuk meraih malam yang penuh barakah ini.
Mulakan diri dengan kesedaran dan tingkatkan rasa iman yang
benar–benar semata-mata untuk mencari keredhaan allah semata-mata. Mari
kita sama-sama renung Firman Allah dalam surah saba’ ayat 46 yang
bemaksud;


"Katakanlah (Wahai Muhammad): 'Aku hanyalah mengajar dan
menasihati kamu dengan satu perkara sahaja, iaitu: hendaklah kamu
bersungguh-sungguh berusaha mencari kebenaran kerana Allah semata-mata,
sama ada dengan cara berdua (dengan orang lain), atau seorang diri;
kemudian hendaklah kamu berfikir sematang-matangnya (untuk mengetahui
salah benarnya ajaranKu.'"


Sesungguhnya sebagai Khaliq dan pencipta alam ini, sudah tentulah
Allah SWT ingin melihat melalui kekuasaan siapa dikalangan mereka
hambaNya yang benar-benar berusaha dalam mencari peluang dan ruang
malam al-qadar tersebut.

Malam yang penuh dengan barakah ini dijanjikan Allah dengan pahala
yang cukup besar melalui solat-solat sunat, tilawah al-quran dan
muhasabah diri agar kita kembali merapatkan jurang yang sudah jauh
dengan Allah swt.

Sebagai hambaNya yang beriman sikap mencari keredaan Allah mesti
dicipta dalam diri. Marilah kita bina kekuatan mencari malam al-Qadar
dengan cinta dan kasih pada Nya.

HASRI B HARUN
Penulis adalah Presiden Kumpulan Pengajian Islam, (MISG) ABIM UK-Eire
dan Mantan YDP ABIM Selangor

1 comments:

Rakyat Gaza Perlu Di Bantu



Memorandum GPM Misi Keamanan sejagat ataupun Global Peace Mission (GPM) menyerahkan memorandum membantah penahanan seorang penggerak utama GPM, Sdr Azlan Mohamad Sharif oleh pihak berkuasa Mesir baru-baru ini. Beliau ditahan ketika ingin menghulurkan bekalan bantuan kemanusiaan ke GAZA. Disamping membantah penahanan Sdr Azlan Mohamad Sharif, memorandum ini juga tutut menggesa pihak berkuasa Mesir, membentuk badan-badan kemanusiaan antarabangsa untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan oleh penduduk GAZA menerusi sempadan MESIR-GAZA.

Penyerahan Memorandum ini di Kedutaan Mesir, turut menyaksikan 3 wakil GPM, Tn Hj Ahmad Azam, Tuan Hj Nur Anwar Hashim dan Sdr Azlan sendiri pergi menemui pegawai kedutaan Mesir untuk menyuarakan bantahan secara langsung berhubung isu penahanan Mejar (B) Azlan dan halangan yang di hadapi para petugas kemanusiaan untuk menyalurkan bantuan ke GAZA menerusi sempadan Mesir-GAZA.Turut hadir bersama sdr Raimi Ab Rahim Setiausaha Agung ABIM dan Khairul Anuar Musa Setiausaha Agung PKPIM.

1 comments:

SERONOKNYA BERBUKA BERSAMA YDP SELANGOR

ABIM Daerah Kuala Langat merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Di Pertua ABIM Selangor dan kelauarga di atas kesudian berbuka puasa bersama ahli ABIM Daerah Kuala Langat sempena Program Ihyaunnahar Imarah Ramadhan 1430H Daerah Kuala Langat di SMK Telok Panglima Garang pada 7 September yang lalu. Majlis di hadiri oleh ahli ABIM Daerah Kuala Langat dan peserta program dmeriahkan lagi dengan kehadiran tuan Pengetua SMK Telok Panglima Garang.Yang Di Pertua ABIM Selangor sempat memberi tazkirah ringkas beliau sempena ramadhan kepada peserta.

YDP ABIM Selangor bersama ahli ABIM Daerah Kuala Langat
Sdr Radin Melayani tetamu yang hadir
Ustazah Hazlina bersama HELWA Kuala Langat
YDP memberikan tazkirah kepada peserta

3 comments:

Kenyataan Media - ABIM Memandang Serius Teguran Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

ABIM memandang serius teguran yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Idris Jala terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan. Teguran berkaitan kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Said berhubung kes bunuh diri 11 suspek Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong sejak ia ditubuhkan. Kenyataan tersebut tidak membantu hasrat SPRM untuk membersihkan namanya dari imej buruk yang terpalit ketika ini. Ia memburukkan lagi keadaan seolah-olah kes bunuh diri merupakan satu tindakan yang tidak dapat dihalang ketika soal siasat berkaitan rasuah dilaksanakan.Jika itulah anggapan yang cuba diberikan oleh Ahmad Said ternyata beliau cuba mempengaruhi siasatan terhadap kematian Teoh.

ABIM menggesa agar Ahmad Said meminta maaf terhadap keluarga mendiang bagi menggambarkan kekesalan atas ketelanjuran yang berlaku. Ia bukan saja kesalahan dari sudut moral tetapi juga tidak mengamalkan semangat 1 Malaysia iaitu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Menegakkan Kebenaran & Keadilan

AMIDI BIN HAJI ABDUL MANAN
Timbalan Presiden ABIM
8 September 2009/ 18 Ramadhan 1430H

0 comments:

Program IhyaUnNahar Imarah Ramadhan ABIM Kuala Langat



Alhamdulillah, ana telah bersama Cikgu Radin dan Ustaz Azman di SMK Telok Panglima Garang juga adik-adik PEPIAS (SYABAB Kuala Langat) dalam melaksanakan Program IhyaUnNahar Imarah Ramadhan ABIM Kuala Langat dan ABIM Selangor. Ana tidak dapat bersama sehingga ke akhirnya, namun diyakini bahawa aktiviti yang dijalankan lancar melihat kepada persiapan Cikgu Radin serta bantuan dan kerjasama baik dari adik-adik PEPIAS (Syabab Kuala Langat).


Program bermula secara tepatnya pada jam 9.15 setelah dikumpulkan peserta seramai 68 orang yang dihadiri oleh pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 dari SMK Telok Panglima Garang serta Maahad Tahfiz di Jugra. Sesi dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Cikgu Radin di surau SMK Telok Panglima Garang dan disambung sedikit tazkirah awal program oleh ana sendiri. Seterusnya sesi diserahkan kepada Ustaz Azman untuk sesi solat sunat Dhuha dan Tasbih.


Sejurus selepas itu, program diteruskan dengan bertadarus Al-Quran dengan peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan bilangan 3 - 6 orang dalam satu kumpulan. Perjalanan tadarus mengambil 1 jam dengan peserta menghabiskan beberapa surah pendek dengan dibantu selia oleh pelajar tingkatan 6 bawah SMK Telok Panglima Garan juga rakan-rakan peserta dari Maahad Tahfiz Jugra. Kemudian, peserta dikumpulkan dan diberikan tazkirah sebelum berehat menunggu masuknya waktu Zohor dan solat Zohor berjemaah.


Sejurus selepas solat Zohor berjemaah, peserta dikumpulkan dan ana memulakan sesi seterusnya mengikut agenda iaitu tahsin solat. Perbincangan bermula dengan sedikit ulangan dalam bab bersuci bermula dari bahagian air, najis, jenis air mutlak, mandi hadas dan sebab-sebabnya dan seterusnya berwudhu'. Kemudian ana serahkan kembali kepada Cikgu Radin untuk meneruskan aktiviti solat. Mengikut perbincangan, peserta kemudiannya akan masuk ke dalam kumpulan yang akan diketuai oleh abang-abang dari tingkatan 6 serta Syabab Kuala Langat untuk menjalankan amali solat berjemaah Subuh.


Program diteruskan sehingga berbuka dan berterawih bersama. Ana memohon berjuta kemaafan kepada pihak ABIM Kuala Langat dan pihak ABIM Selangor sendiri kerana tidak dapat memberikan komitmen 100% dalam menjayakan program ini. Namun, kepercayaan dan keyakinan ana tetap tinggi kepada penganjur program ini beserta dengan mereka yang membantu yang telah menjayakan program ini. Tahniah dan terima kasih.



Gambar1: Peserta bersama dalam aktiviti Pemecah Bendungan.


Gambar2: Bersama Ustaz Azman dalam aktiviti solat sunat Dhuha dan Tasbih.



Gambar3: Peserta sedang bertadarus Al-Quran.


Gambar4: Sedang melaksanakan solat Sunat Dhuha dan Tasbih.

2 comments:

Iftar Bersama Kerabat ABIM Selangor

Program ABIM Selangor bersama ABIM Klang sempena Bulan Ramadan ini ;

1. IFTAR MAHABBAH

Tarikh : 12 September 09
Masa : 7.00 malam
Tempat :Dewan Utama, Pusat Pendidikan ABIM Klang, Meru


2. IMARAH RAMADAN

Tarikh : 12 September 09
Tempat : Dewan Seminar, PPAK ABIM Klang
Masa : 9.00 pagi - 4.30 petang
Peserta : Remaja 8 - 15 Tahun
Penyertaan masih dibuka tapi terhad.


3. Solat Taraweh dan Tazkirah

Diharap semua tetamu dapat bertaraweh bersama untuk sekali ni aje.

SYUKRAN

Maklumat lanjut, sila hubungi urusetia dan sekretariat ABIM Selangor.
u.p Sdr Nurhidayah Sumairi.

0 comments:

Kenyataan Media - Harga Baru Bahan Bakar: Abim Minta Ia Diperhalusi Semula

2 September 2009/ 12 Ramadhan 1430 H - Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat pengumuman harga bahan bakar baru, Ron 95, memandangkan ia dinilai membebankan pengguna bahan bakar berkenaan. Walaupun pada dasarnya, pengenalan petrol jenis baru Ron 95 sebagai alternatif pilihan kepada RON 97, ABIM yakin dengan ini pengguna dapat membuat pilihan bahan bakar mana yang sebaiknya untuk keperluan seharian mereka, akan tetapi pengenalan harga bahan bakar yang diumumkan kelmarin, dikhuatiri telah mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat Malaysia, yang menerima kesan secara langsung daripada kenaikan harga bahan bakar tersebut.

Dalam hal ini, perubahan ataupun kenaikan harga sesebuah barangan perlu dilakukan secara serta merta jika dibandingkan dengan penurunan harga barangan. Malah ABIM merasakan pada saat majoriti rakyat Malaysia akan menyambut hari perayaan terbesar umat Islam, kenaikan harga bahan bakar ini akan menyebabkan bertambahnya kos perbelanjaan rakyat Malaysia. Perlu diingat bahawa sebarang perubahan di dalam harga bahan bakar ini akan mempengaruhi pergerakan harga barangan lain di pasaran.

Ini secara langsung menghimpit majoriti masyarakat yang telah pun mengalami kesan langsung akibat krisis ekonomi yang melanda dunia. Malah tindakan ini juga jauh menyimpang daripada matlamat yang ingin dicapai menerusi kempen penurunan harga barangan, yang hingga ke saat, ini masih giat dijalankan dan masih belum lagi mencapai kenyataan.

Atas dasar keprihatinan untuk menyuarakan kepentingan umum, ABIM mencadangkan agar kerajaan:

1. Mengekalkan harga bahan bakar sedia ada (RON 97) pada harga sebelumnya.

2. Pengenalan kepada harga bahan bakar baru ini (RON 95) perlu lebih rendah berbanding dengan harga bahan bakar RON 97.

3. Memastikan bekalan dan kebolehcapaian kepada bahan bakar baru (RON 95) boleh didapati di seluruh pelusuk Negara termasuk di kawasan luar bandar terutama sekali di kawasan pedalaman Sabah & Sarawak.

4. Sebarang perubahan harga barangan asasi perlu mengambil masa serta tidak perlu dilaksanakan secara terburu-buru.

5. Memastikan dengan tegas dan efektif agar tidak ada peniaga, pemborong dan pengilang yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan lain, akibat daripada perubahan harga bahan bakar berkenaan.

"MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN"


AHMAD SAPARUDIN YUSUP
NAIB PRESIDEN KEBANGSAAN

0 comments:

Perutusan Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 52

KENYATAAN MEDIA - 1 SEPTEMBER 2009 / 11 RAMADHAN 1430H
Negara kita Malaysia telah menyambut ulangtahun kemerdekaan kali ke 52 dalam suasana sederhana tetapi meriah dan patriotik pada 31 Ogos 2009 yang lalu. Di dalam banyak pengucapan para pemimpin negara bersempena tahun kemerdekaan ini, tuntutan untuk semua rakyat Malaysia bersama-sama membina sebuah negara Malaysia yang bersatu padu dan harmoni telah ditekankan menerusi kerangka gagasan Satu Malaysia. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) selaku sebuah pertubuhan yang mewakili golongan belia Islam di negara ini ingin menyeru seluruh masyarakat Malaysia menyahut seruan ini.

Masyarakat Malaysia boleh menyumbang di dalam usaha pembentukan negara Malaysia yang bersatu padu menerusi beberapa langkah. Pertama ialah dengan memahami dan menghayati kembali sejarah pembentukan negara ini. Hal ini menuntut masyarakat Malaysia meningkatkan bacaan dan kajian terhadap susur galur perjuangan menuntut kemerdekaan menerusi perspektif yang menyeluruh. Menerusi pembacaan dan pengkajian ini, masyarakat Malaysia tentu akan terdedah dengan latar kehidupan negara sebelum kemerdekaan, memahami liku-liku di dalam proses mencapai kemerdekaan, mengenali tokoh-tokoh penjuang kemerdekaan dari segenap kumpulan masyarakat dan kaum serta memahami asas-asas permuafakatan antara kaum-kaum di negara ini yang telah membawa kepada kemerdekaan negara.

Langkah kedua ialah dengan mempertingkatkan hubungan dan pergaulan antara kaum di negara ini. Sebagaimana yang kita sedia ketahui, masyarakat kita tergolong kepada beberapa kelompok kaum yang terdiri dari kalangan masyarakat Melayu, Cina, India, Bumiputra Sabah dan Sarawak dan masyarakat Orang Asli. Kepelbagaian masyarakat Malaysia ini perlu dijalin secara kukuh dan berterusan. Peningkatan hubungan dan pergaulan menerusi pelbagai cara yang sesuai dan wajar antara pelbagai kaum boleh menghilangkan jurang dan tembok pemisah yang banyak disaluti oleh kepentingan kelompok. Di samping kita terus mengekalkan identiti kelompok yang kita warisi, masyarakat Malaysia hendaklah bersatu di atas semangat kenegaraan sebagai ‘’Anak Malaysia’’.

Langkah ketiga ialah menerusi peningkatan penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara kita. ABIM ingin menyeru seluruh masyarakat Malaysia supaya meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan samada dari aspek kefahaman dan pertuturan. Ini kerana bahasa Melayu ialah bahasa penghubung antara kita semua. Sekiranya masyarakat Malaysia tidak berkongsi satu bahasa pengantaraan yang sama, kita semua tidak akan dapat berkongsi perasaan kecintaan kepada negara dan tidak mungkin akan dapat menghayati cita-cita perjuangan yang sama sebagai anak Malaysia.

Bersempena dengan sambutan kemerdekaan tahun ini, ABIM ingin menyeru semua pihak supaya terus gigih dan ikhlas di dalam membina negara Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. Ini dapat diterjemahkan sekiranya semua pihak menghormati rukun negara dan prinsip keadilan dan kehormatan insan sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Merdeka ke-52

"MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN"


MUHAMAD RAZAK IDRIS
Presiden

0 comments:

IFTAR JAMAIE 3 GENERASI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


UNDANGAN MAJLIS IFTAR JAMA’IYY 1430H WADAH, ABIM, PKPIM DAN AGENSI

Presiden & Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat Pengerusi & Lembaga Pengarah dengan hormatnya menjemput

TUAN/ PUAN/ SAUDARA/ SAUDARI & KELUARGA menghadiri


MAJLIS IFTAR JAMA’IYY 1430H

Tempat & Tarikh: KOMPLEKS DAR AL-HIKMAH, SG. RAMAL DALAM KAJANG

SABTU, 5 SEPTEMBER 2009 / 15 RAMADHAN 1430H,

JAM 06:45 PTG – 10:45 MALAM



ATURCARA TENTATIF
06:45 petang: Ketibaan Tetamu

07:15 malam: Berbuka Puasa/ Solat Maghrib/ Makan Malam

Solat Isyak & Tarawikh

Bicara Ramadhan oleh Y. Bhg. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil (Presiden WADAH)

10.45 malam: Moreh, Bersurai



MAKLUMAN & PERTANYAAN, SILA HUBUNGI :


Tel : 016 – 2081 300 (u.p : Pn. Junaidah)

SMS: 016-2081 300 ( taip )
: 013 – 3803 207 (u.p : Pn. Hilwah)
Faks : 03 – 4251 9311 Website : http://www.abim. org.my

Informasi Daripada:-
Sekretariat ABIM Pusat
No.6, Jalan TC 2A/2,
Taman Cemerlang
53100 Kuala Lumpur

Tel: 603-4256 8400
Fax: 603-4251 9311

sap@abim.org. my
www.abim.org. my

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR