Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




YOUNG ABIM CAMP 09







Selasa, 17 Mac 09

Program YOUNG ABIM CAMP 09 telah selamat dilaksanakan di Bukit Cerakah (14-15 Mac 09) dengan peserta seramai 23 orang, 6 fasilitator dan 2 urusetia. Tujuan utama program ialah untuk menambah dana rumah perlindungan Darul Wardah.
Peserta didedahkan dengan aktiviti luar yang diselitkan dengan unsur kerohanian seperti soalan-soalan fardu ain, selawat, zikir dan adab-adab.
Alhamdulilah program berjalan lancar dengan bantuan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Beberapa sahabat ABIM juga ada yang hadir memberi moral support kepada team Young ABIM Camp, seperti ustaz zawawi, ustazah hazlina, ustaz muz, ustaz khairudin. Kunjungan adik-adik PEPIAS pada hari pertama program, kami dahulukan terima kasih.
Program berakhir dengan ucapan penutup dari Ustaz Zawawi selaku YDP ABIM Selangor. InsyaAllah jika diberi kesempatan lagi, program menambah dana rumah perlindungan Darul Wardah akan sentiasa aktif dari semasa ke semasa.

Hidayah Sumairi
Pelapis Helwa ABIM Selangor

4 comments:

PERARAKAN MAULIDUR RASUL







"ABIM SELANGOR SERTAI PERARAKAN MAULIDUR RASUL"

Shah Alam, 9 Mac 2009

ABIM Selangor telah menyertai Majlis Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor.

Kontinjen ABIM Selangor seramai 40 orang belia ABIM telah didatangkan khas dari SEMI, Kajang.

Perarakan ini turut disertai oleh YDP ABIM Selangor, SUN dan YDP ABIM Shah Alam berjalan dengan meriah dan penuh semangat perpaduan.

Dalam perarakan yang lalu, ABIM Selangor telah dinobatkan sebagai Johan Sepanduk Terbaik Kategori NGO.Pada tahun ini Johan disandang oleh Persatuan AL Khidmah.

Oleh : Ustaz Mohd Zawawi.
YDP ABIM Selangor.

0 comments:

ANUGERAH SITI KHADIJAH UNTUK KHALIJAH


Shah Alam, 9 Mac 09


Prof. Dr Khalijah Salleh, mantan HELWA ABIM telah dipilih oleh Panel juri pemilihan untuk dinobat menjadi Tokoh Saidatina Khadijah Negeri Selangor 1430H sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor.


ABIM Selangor telah menghantar lima calon untuk kategori Saidina Ali, Imam Al Ghazali, Umar Abdul Aziz dan Khalid Al Walid pada tahun ini.


Pihak ABIM Selangor dan seluruh kerabat keluarga ABIM mengucapkan tahniah kepada beliau kerana terpilih menjadi ikon perjuangan Islam khasnya di Selangor.


Program yang dihadiri oleh lebih 7000 umat Islam dari berbagai pertubuhan dan agensi telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.


Oleh : Ustazah Hazlina Abd Razak

(Ketua Helwa Selangor)

0 comments:

Ziarah Hospital Tanjung Karang

26 Mac 2009, ABIM Kuala Selangor telah turut serta dalam misi Bulan Dakwah Ziarah Hospital. Ziarah yang bermula pada jam 9.00 pagi bermula dengan satu sesi taklimat yang dijalankan di Dewan Hospital Tanjung Karang.

Ziarah ini dihadiri oleh OBD Datuk Penggawa, Pentadbir Agama Daerah Kuala Selangor serta Pengarah Hospital Tanjung Karang. Sukarelawan yang hadir adalah dari Sahabat Hospital Selangor diketuai oleh Puan Rahimah dan juga Sahabat Hospital Tanjung Karang yang baru ditubuhkan lebih kurang 1 bulan.

Wakil ABIM Kuala Selangor yang turut serta adalah KamarulAzami (Kam) dan Haji Adnan(waknan). Semua berjalan lancar dengan lawatan ke unit hemodylisis serta wad lelaki dan perempuan. Seramai 38 orang yang turut serta termasuk pegawai-pegawai hospital.
Semoga program sebegini diberikan pencerahan jalan dan dipermudahkan urusan moga-moga pesakit hospital juga dilimpahkan kesejahteraan dan kelapangan dari perasaan sakit dan takutkan kematian kerana mereka telah pun membuat persiapannya.

Terima kasih...

Kamarul Azami b. Mohd Zaini
Exco Pembangunan Sosial
ABIM Selangor.
012-689 1738

0 comments:

INFAQ SAYA





"Sumbangan anda adalah nadi kepada gerakan ini dan anda adalah sebahagian daripada hamba Allah yang mempunyai keprihatin yang tinggi terhadap nasid umat. Mudah-mudahan Allah SWT mamberikan ganjaran sebaliknya untuk anda sekeluarga di dunia dan akhirat"
Jazakallahhu kharan kathira.



Sekretariat ABIM Selangor,
No 2-2-06 Wisma Mais, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 019-2661772 (Ustaz Muszaki) / 03-55118994

0 comments:

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KOPERASI BELIA ISLAM (KBI) SELANGOR.

KEPADA SEMUA AHLI KBI SELANGOR.
DIMAKLUMKAN BAHAWA KBI SELANGOR AKAN MENGADAKAN MESYUARAT ANGUNG TAHUNAN KBI SELANGOR.

MAKLUMAT ADALAH SEPERTI BERIKUT :-
TARIKH : 5 APRIL 2009.
HARI : AHAD
MASA : 8.30 PAGI HINGGA 2.00 PETANG.
TEMPAT : TINGKAT 4 DEWAN SEMINAR KOMPLEKS BELIA DAN KEBUDAYAAN NEGERI SELANGOR.

UNTUK MAKLUMAN KEHADIRAN SILA HUBUNGI UST MUSZAKI 019-2661772 / SDR AZLAN ARSHAD 019-3782697.

HARAP MAKLUM, TERIMA KASIH

0 comments:

BUKU EDISI TERKINI ( KEBANGKITAN GENERASI SALAHUDDIN )

"Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Pangkuan Islam"
Visi dan Strategik Kebangkitan Ummah Bagi Generasi Islam Abad Ke - 21
Oleh : DR. MAJID IRSAN KAYLANI













Dimuliakan kepada semua yang mengunjungi Blog ABIM Selangor ini,
Kepada sesiapa yang berminat untuk memiliki buku tersebut atau ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi kami di talian (03-55118994) iaitu Sekretariat ABIM Negeri Selangor dan boleh juga menghubungi Ustaz Muszaki (019-2661772), serta boleh datang terus ke pejabat kami yamg beralamat Anjung Berkat, N0. 02-02-06, Wisma Mais, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Harga sebuah buku Rm 38.00.

0 comments:

KEM KEMBARA AL-MUQARRABIN- RAPATKAN ABIM DAN UMMAT


BANTING- Kem Kembara Al-Muqarabbin sempena Bulan Dakwah Negeri Selangor 1430H/2009M telah dijalankan pada 21-22 Mac 2009 di Kem Bina Taqwa , Bukit Changgang.
ABIM Negeri Selangor telah diamanahkan untuk mengisi program ini dengan modul yang bersesuaian dengan belia remaja kini. Serama 77 orang peserta daripada sekolah menengah seluruh Kuala Langat seperti SMK Bukit Changgang, SMK Bandar Banting, SMK Sijangkang Jaya, Maahad Mujahiddin, Maahad Ihya Al-Muhammadi dan banyak lagi.
Seramai 11 orang tenaga penggerak daripada ABIM yang diketuai oleh Sdr Khairudin bin Abas , Pen. Setiausaha ABIM Negeri Selangor merangkap YDP ABIM Kuala Langat dibantu oleh Sdr Radin Mohd Imaduddin, Exco Pendidikan dan Latihan ABIM Kuala Langat serta Sdr Mohd Hafiz Abd Bar sebagai Ketua Fasilitator. Seramai 8 Fasilitator daripada PEPIAS dan Unit Syabab ABIM Daerah Kuala Langat.
Program ini bertujuan untuk mendekatkan belia remaja dengan kehidupan yang lebih baik menurut landasan islam dan mendekatkan dirir kepada Allah Taala. Di smping menggilap potensi diri muslim di dalam diri remaja terlibat.
Penyelaras program daripada JAIS, Ustaz Kamal Ariffin berharap kerjasama dengan NGO Islam terutama ABIM ini dapat diteruskan terutama dalam program yang akan datang. Program ini ditutup dengan rasminya oleh AF Ustaz Abd Rahman Hassani , Pegawai Tadbir Agama

2 comments:

Tamrin Nuqaba'

Shah Alam, 14 Mac 2009 - ABIM Selangor dan PEPIAS dengan telah berjaya menganjurkan Tamrin Qiadi ( Leadership Training ) untuk para Nuqaba' dan Naqibat pelajar. Program yang bermula pada petang Jumaat 13 Mac - Petang Sabtu 14 Mac melibatkan 108 orang pelajar yang terpilih untuk memimpin Program Usrah.

Tujuan pelaksanaan Program ini ialah untuk membantu peserta memahami dan memberi pendedahan yang lebih luas dalam mengendalikan Program Bimbingan Rakan Sebaya seperti itu.

Sekumpulan fasilitator dari PEPIAS telah mengendalikan program tersebut. Pihak pentadbiran sekolah amat berharap agar program-program seumpama itu seperti pengisian ceramah bulanan, latihan kemahiran diri dan jati diri dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YDP ABIM Selangor. Puan Pengetua dan beberapa orang guru turut hadir untuk memberikan semangat dan rangsangan kepada semua peserta yang hadir.

p.s ; macama mana sahabat abim yang lain? sanggup ke nak bantu?

0 comments:

USRAH 3 GENERASI (3G) SELANGOR

Shah Alam, 22 Mac 2009, Tiga generasi WADAH, ABIM dan PEPIAS secara bersama telah menganjurkan Usrah Gabungan dan berjaya mengumpulkan kehadiran seramai 50 peserta termasuk anak-anak ahli yang diadakan di Bilik Kuliah 12 Masjid Negeri. Usrah 3 generasi adalah kesinambungan sesi pertemuan , mesyuarat dan perbincangan antara ahli WADAH, ABIM Selangor dan PEPIAS. Pengisian usrah telah disampaikan oleh Dr Ahmad Zaki Abd Latif dari Wadah Selangor dan Ust Mohd Zawawi Ahmad Mughni YDP ABIMÂ yang dipengerusikan oleh Pak Nik Yusuf.

Tajuk usrah yang dibawa berkisar dari Takbir Mimpi Raja dalam Surah Yusuf. Pembentang telah menyingkap beberapa peristiwa agung Kisah Nabi Yusuf bermula detik awal mimpi yang dianugerahkan oleh Allah waktu kecilnya hingga baginda menjadi penguasa di Mesir.

Perbincangan ini berjaya mengaitkan beberapa isu semasa yang berlaku di dunia umumnya dan juga di Malaysia amnya yang mempunyai kaitan erat dari sudut ekonomi dan politik semasa. Lebih-lebih lagi kegawatan ekonomi global dan politik semasa kini banyak mewarnaikan perbincangan di kalangan ahli usrah. Ayat-ayat di dalam surah Yusuf banyak mengajar umat bagaimana kaedah merancang ekonomi dari Al quran.

Semoga pertemuan yang penuh hikmah ini dapat membuka banyak peluang bagi 3 generasi mengukuhkan semula hala tuju perjuangan ABIM khasnya dalam konteks isu-isu ummah di Selangor. Sokongan dan idea dari semua amat diharapkan agar program seumpama ini dapat disegarkan semula.

4 comments:

ABIM BERSAMA MENJAYAKAN ZIARAH HOSPITAL SEMPENA BULAN DAKWAH NEGERI SELANGOR 1430H


ABIM Daerah Kuala Langat bersama-sama menjayakan program ziarah hospital 2009 sempena Bulan Dakwah Selangor 2009 pada 18 Mac 2009.

Program yang dirasmikan oleh YAD Raja Dato' Hj Uzair bin Tengku Zainon Rashid Shah , Engku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya, Orang Besar Daerah Kuala Langat ini bermula jam 3.00 hingga 5.00 petang di Hospital Banting.

ABIM diwakili oleh Yang Di Pertua Daerah Kuala Langat merangkap Pen. Setiausaha Negeri Sdr Khairudin bin Abas bersama 5 aktivis ABIM dari Unit SYABAB Kuala Langat bersama dengan NGO Islam yang lain seperti sahabat hospital, PERKIM Kuala Langat, LKPIS Kuala Langat dan juga penganjur utama Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Langat.

Program ini juga menemukan generasi keempat ABIM dengan mantan pimpinan ABIM Daerah Kuala Langat yang awal Ustaz Idris Ahmad yang kini aktif dalam Sahabat Hospital . Program ini akan menjadi titik awal untuk ABIM Kuala Langat bekerjasama dengan NGO Islam lain dan PAID Kuala Langat terutamanya.

4 comments:

SIARAN MEDIA PPSMI

KENYATAAN MEDIA ABIM
9 MAC 2009 / 12 RABIUL AWAL 1430

SELESAIKAN POLEMIK PPSMI DENGAN SEGERA

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik kenyataan Y.A.B Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang ingin keputusan muktamad berkenaan dengan Pembelajaran serta Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan dengan secepat mungkin.

Ini memandangkan telah banyak kajian serta perbincangan yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak mengenai keberkesanan PPSMI semenjak ia mula dilaksanakan pada tahun 2003 dahulu. Dalam hal ini, ABIM menilai bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperolehi asas yang kuat untuk membuat keputusan berkenaan dengan PPSMI dalam masa terdekat.
Merujuk kepada hujah-hujah yang dikemukakan menerusi kajian-kajian yang dilakukan serta perbincangan- perbincangan yang dilakukan di kalangan tokoh-tokoh akademik serta bahasa, ABIM merasakan amatlah wajar untuk KPM memansuhkan PPSMI samasekali, kerana ia tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif serta nyata.
ABIM juga ingin melahirkan perasaan kesalnya ke atas tindakan kasar pihak berkenaan ke atas tokoh-tokoh bahasa terutama sekali Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said pada 7 Mac yang lalu, kerana ia seakan tidak menghormati kedudukan serta status mereka selaku ahli bahasa ataupun pakar dalam bidang berkenaan.

DEMI KEBENARAN DAN KEADILAN

YUSRI MOHAMAD
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

3 comments:

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

1. Setiap tahun kita menyambut Maulidur Rasul. Apa yang lebih perlu dihayati adalah Maulidur Risalah, kesyukuran kita dengan kehadiran Islam untuk merubah hidup peradaban manusia dari jahil kepada ilmu dan dari maksiat kepada taqwa. Maulidur risalah juga menghapuskan penindasan orang kaya kepada orang miskin, orang berpangkat kepada orang tidak berpangkat.

2. Lebih menyedihkan apabila orang islam menjadi musuh Islam itu sendiri. Kerana jahil agama mereka melakukan kerosakan dengan menelanjangkan aqidah dan merobohkan akhlaq umat Islam.

3. Kita sering menangis apabila anak tidak cemerlang dalam peperiksaan, tetapi kita tidak menangis apabila anak tidak solat dan tidak pandai membaca al-Quran di rumah. Ini adalah virus dan sekiranya ia tidak diubat segera maka wabaknya akan merebak kedalam masyarakat kita. Cabaran kepimpinan rumahtangga adalah si ayah yang menjadi teladan kepada anak-anak. Bak kata pepatah melayu 'bapak borek anak rintik'.

4. Di Selangor kita mempunyai 369 masjid dan 1,868 surau yang perlu dimakmurkan. Masjid dan surau perlu diimarahkan untuk menjadi pusat pembangunan ummah yang berkesan. Ketepikan soal perbezaan anutan parti politik dan pembinaan institusi baru untuk pembangunan ummat.

5. Usaha-usaha untuk membasmi kejahilan, kemungkaran, kemaksiatan, dan kekufuran perlu dijalankan dengan istiqamah. Kegawatan aqidah yang berlaku dalam masyarakat menjadikan kita miskin, berpecah dan suka mengadu domba dan fitnah sesama kita. Rasulullah juga membina aqidah yang mantap selama 13 tahun.

6. Annasu ‘ala dinu mulukihim – manusia adalah atas agama ketua mereka. Umar abd aziz ketika dilantik menjadi pemimpin menangis kerana beban tanggungjawab yang akan dipikul. Ini kerana golongan yang tidak dipandang langsung dipadang mahsyar adalah golongan pemimpin yang menyalahguna kuasa untuk kepentingan diri sendiri.

7. Malangnya dalam kita sibuk dalam usaha membina ada juga tangan yang meruntuh dengan penganjuran program-program yang menelanjangkan aqidah serta meroboh peradaban akhlaq insan.

8. Akhirnya marilah kita berusaha istiqamah dalam jihad dan dakwah, dalam satu saf. alangkah manisnya jika kita di padang mahsyar nanti Rasulullah mengenali kita dan berkata "ini umatku, marilah kesyurga"

Wallahua'lam

1 comments:

YOUNG ABIM CAMP 2009


0 comments:

PROGRAM GENERASI PENCINTA AL QURAN ( GPA )

Program ini bertujuan untuk mengajak golongan remaja, belia dan pelajar untuk mencintai Al Quran dengan mengisi beberapa pendekatan 3M iaitu melancar, menghafaz dan menghazam agar mereka mampu menjadikan Al quran sebagai panduan hidup diri generasi muda hari ini. Selain menanamkan minat kepada Al quran dan kemahirannya, mereka juga diisi dengan program berikut:

Antara pengisian program ;
1. Kem Hafazan Al Quran ( Surah Lazim, Juzuk Amma & Surah Pilihan )
2. Motivasi Ibadah Berkualiti ( Solat Berjemaah, solat Jenazah & Solat berkualiti )
3. Bengkel Kepimpinan Muda ( Pratikal Imam, Khatib, Muazin dan memimpim bacaan Tahlil & Yasin )
4. Aktiviti Minda dan kreativiti.
5. Qiamualail & Munajat
6. Dan Persembahan kreatif ( Anugerah anak cemerlang penghafaz terbaik )

Pelajar berumur bermula dari 15 tahun ke atas digalakkan menyertainya. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-55118994 atau 019-2661772 ( Ust Muhamad Muszaki Bin Mohd Ozir )

Dijalankan pada cuti sesi akhir persekolahan pada 30 November- 18 Disember 2009 dari hari Isnin hingga Jumaat ( jam 9.00 pg hingga 5 petang )

Bertempat di masjid negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor.

Tentatif Program:
Hari Pertama :
Isnin
08.00 pagi - Pendaftaran peserta
09.00 pagi - Taklimat program kepada penjaga
11.00 pagi - Pembahagian kumpulan
01.00 tgh - Solat Zuhur & Makan tengahari
02.00 petang - Kelas Al-Quran (Muraja’ah Lama)
05.00 petang - Solat asar & mahthurat

Hari seterusnya:

08.00 pagi - Daftar kehadiran & Ikrar
09.00 pagi - Program Hafazan
01.00 tgh - Solat Zuhur & Makan tengahari
02.00 petang - Kelas Al-Quran
& motivasi kepimpinan Muda
05.00 petang - Solat asar & mahthurat

2 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR