Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




KERJAYA : PENGURUS RUMAH PERLINDUNGAN WANITA

Assalamualaikum wbt.Rumah perlindungan wanita Darul Wardah (lokasi terpaksa dirahsiakan atas keselamatan penghuni, secara kasarnya masih di lembah klang) ialah penempatan sementara bagi wanita-wanita muslim (termasuk muallaf) teraniaya yang memerlukan sokongan rohani dan jasmani.Bagi memantapkan operasi rumah perlindungan ini,

Kami memerlukan seorang PENGURUS yang memiliki kriteria seperti di bawah :
1) beragama islam
2) memiliki ilmu agama
3) berperibadikan muslimah
4) minimun STAM (Sijil tinggi agama malaysia)
5) bujang
6) perempuan
7) sanggup tinggal di rumah perlindungan
9) sanggup menerima latihan pengurusan
10) mempunyai tahap kesabaran yang tinggi

* sekiranya ada pelajar yang mahu membuat praktikal dalam bidang KAUNSELING/PSIKOLOGI juga digalakkan memohon

Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian :

1) Uztazah Hazlina - 0192774175
2) Hidayah - 0193636394
Email : yeeply@yahoo.com

2 comments:

Resolusi Usrah: Cambahkan Amalan Ramadhan di bulan-bulan yang lain.

a. Kekuatan, kesungguhan, keihklasan yang dimiliki ketika Ramadan :

1. Boleh bangun awal sebelum subuh.
2. Sempat melakukan solat-solat sunat sebelum Subuh.
3. Solat Subuh berjamaah.
4. Terkadang mampu puasa tanpa bersahur.
5. Berusaha kuat untuk tidak mengurangkan pahala puasa dgn melakukan dosa-dosa kecil.
6. Berusaha untuk solat berjamaah pada awal waktu.
7. Berusaha mencari pahala tambahan dengan bersedekah, berbaik sangka dan mengajak ke arah kebaikan.
8. Berusaha mengukuhkan silaturrahim dengan mengundang sahabat dan sanak saudara untuk berbuka bersama.
9. Berusaha melakukan sunat-sunat sampingan seperti doa keluar rumah, doa naik kenderaan, sering beri salam, dan lain-lain.
10. Membaca Al-Quran setiap hari, dan berusaha untuk khatam sekurang-kurangnya sekali dalam bulan Ramadhan.
11. Melaksana ibadah-ibadah tambahan secara berjamaah.
12. Berusaha keras melawan nafsu.
13. Berusaha untuk qiamullail dan bermunajat sebagai seorang hamba yang hakiki.

b. Ke mana hilangnya kekuatan tersebut pada bulan-bulan yang lain ? hinggakan 20% dari amalan itu pun seolah-olah tak terdaya hendak dilaksanakan.

Sedangkan ALLAH yang kita sembah dan dekati di bulan Ramadhan adalah Tuhan yang sama kita sembah di bulan-bulan yang lain.

Alangkah hipokritnya kita dlm persoalan ini, bila kita berubah 180 darjah, sangat jauh bezanya diri kita dalam ramadhan dan syawal.

Apakah Tarbiah/madrasah Ramadhan terlalu singkat untuk mengikis keperibadian kita yang sentiasa di saluti noda-noda yang tak terhapus dgn tempoh sesingkat itu?

Inilah persoalan-persoalan yang ditimbulkan untuk mengajak setiap insan bermuhasabah, dan meyakini bahawa kekuatan Ramadhan yang dimilikinya boleh sahaja diaktifkan dibulan-bulan yang lain.

Salam Syawal

2 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR