Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




PROGRAM SEMINAR PEMBANGUNAN EKONOMI BELIA ISLAM

Tarikh : 2 Ogos 2008 (Sabtu)
Tempat : Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam
Masa : 9 pagi-12 tengahari
Yuran Penyertaan: RM10

Penyertaan terhad kepada 80 orang sahaja

Terbuka kepada semua:

Graduan IPT @ Kolej yang masih belum bekerja
Mereka yang berminat untuk bekerja sendiri
Mereka yang masih mencari modal untuk memulakan perniagaan
Mereka yang ingin mengembangkan perniagaan


Tentatif Program:
8.30 pagi : Pendaftaran peserta
9.00 pagi: Taklimat KBI Dan ceramah Motivasi bertajuk : 9/10 rezeki dalam perniagaan ... (Alhadis)
10.00 pagi : Forum Pembangunan Ekonomi Islam
Panel 1: Wakil MARA Negeri Selangor
Panel 2: Wakil Jabatan Belia & SUkan Negeri Selangor
Panel 3: Jabatan Pertanian Negeri Selangor
12.30 tgh : Ucapan Penutup dan Penyampaian sijil.

Hubungi:
03-5162 7832 (pejabat)
019-333 9871 (En. Mohd Zawawi)
019-277 4175 (Puan Hazlina)

0 comments:

Seminar Keibubapaan...kini di Gombak

Tarikh : 26 Julai 2008 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Sekolah Menengah Kebangsaan Sg. Pusu, Gombak

9:00 pagi : Pendaftaran Peserta
9:30 pagi : Ucapan Aluan Pengerusi Majlis (SMK Sg Pusu, Gombak)
: Bacaan Ayat Suci Al-Qur’an
: Ucapan Aluan YDP PIBG SMK Sg Pusu, Gombak
: Ucapan Aluan oleh Hj Mohd Naim bin Mohd Noor,
TYDP ABIM Negeri Selangor
10:00 pagi : Minum pagi
10:30 pagi : “Usrah Marhamah (Keluarga Yang Dirahmati)”
oleh Puan Hjh. Hazlina binti Abdul Razak
Ketua HELWA ABIM Selangor
(Pengerusi Forum: YDP ABIM Daerah Gombak)
11:30 pagi : Respon & Soal-jawab
12:00 tgh : Ucapan Perasmian Penutup
Oleh Tuan Haji Daim bin Jajuli
Pegawai Tadbir Agama, Pejabat Agama Islam Daerah Gombak
12:30 petang : Bersurai

0 comments:

Program Terkini

18 julai 08 - Program Bahagia Menjadi Gadis (BMG) di Sekolah Menengah Teknik , Klang.
Bermula selepas maghrib dan diisi dengan slot Qiamullail.

19 Julai 08 - Bengkel Keibubapaan di SRAI Bangi. Bermula jam 9.00 pagi. Bengkel adalah anjuran ABIM Bangi.

0 comments:

Program: Ibubapa Cemerlang Keluarga Bahagia

Masa : 8.30 pagi – 12.45 tgh
Tarikh : 20 JULAI 2008 (17 Rejab 1429H)
Tempat : Kelas Tahfiz ABIM al-Firdaus, Taman Kembangsari
Anjuran : Taski / Tahfiz, ABIM DAERAH SERDANG

ATURCARA MAJLIS

8.30 pagi : Para hadirin mengambil tempat
8.45 pagi :
Ucapan aluan Pengerusi Majlis
Gema wahyu
Ucapan Perasmian
9.15 pagi :
SLOT 1 “Tips Ibubapa Cemerlang”
Dr. Nur Idzura bt. Udzir
10.15 pagi : MINUM PAGI
10.30 pagi :
FORUM “Usrah Marhamah: Keluarga yang Dirahmati”
Moderator: Ustzh. Haslina Abd. Razak
Ahli Panel :
Pn. Nordiran Idris
Ustz. Mohd. Zawawi b.
Ahmad Mughni
12.30 pagi :
Penyampaian Hadiah
Pertandingan Mewarna
Cabutan Bertuah
12.45 tgh : Majlis Penutup

0 comments:

Usrah Gabungan Gombak

Kg Changkat, Gombak, 9 Julai 2008 - Seramai 29 orang telah menghadiri Usrah Gabungan ABIM Daerah-daerah Gombak, Setapak, Wangsa Maju dan Titiwangsa serta PEPIAS. Usrah ini diadakan di Pusat Pendidikan dan Pembangunan Komuniti (PPPK) ABIM Gombak dan PKPIM. Dr Hanafi selaku pembicara telah mengupas Surah Al-Mulk, Ayat 2. Antara lain, ayat ini menegaskan bahawa di dalam kehidupan ini, manusia akan diuji oleh Allah s.w.t. bagi melihat siapakah yang lebih baik amalnya. Seterusnya beliau menekankan bahawa peri pentingnya setiap mukmin menyeru kepada kebajikan dan menegah kepada kemungkara di mana ianya hendaklah dilaksanakan secara hikmah. Sebagai seorang mukmin, setiap kita mestilah melihat 'ke dalam' dengan membuat islah pada diri, keluarga dan masyarakat. Juga, tahap kualiti keikhlasan seseorang dalam beramal hendaklah ditingkatkan. Beliau turut membacakan Surah Shaad, Ayat 82 yang membicarakan tentang sumpah iblis untuk terus-menerus menyesatkan umat manusia. Oleh itu, kekebalan diri mestilah dibina bagi menghindarkan diri daripada gangguan iblis. Ahli-ahli yang hadir juga diingatkan agar betapa peri pentingnya mengikut hukum fekah dengan sebaik-baiknya. Sekiranya tidak tahu, jangan mudah membuat andaian, rujuklah kepada ahli fekah. Akhirnya, setiap daripada kita mestilah meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap kebergantungan mutlak kepada Allah s.w.t.

0 comments:

QIADAH ABIM KUNJUNGI PEMBANTU EXCO BELIA

SHAH ALAM, 3 Julai 2008 – Qiadah ABIM Selangor telah mengadakan kunjung hormat kepada Pembantu Exco Belia dan Sukan Selangor , YB Amirudin Shaari di pejabatnya di Shah Alam. Rombongan ABIM terdiri dari YDP, Ketua HELWA dan Exco En. Zamani Karulani telah mengutarakan beberapa cadangan dan syor agenda pembangunan belia di Negeri Selangor.

Perbincangan selama 60 minit itu telah membuka jalan untuk pelaksanaan program dan aktiviti belia yang lebih baik dan berkesan. Beberapa pandangan ABIM telah diterima dengan baik dan akan diberi perhatian dan tindakan susulan secepat mungkin.

Pihak Kerajaan Negeri amat prihatin dengan pembangunan belia dengan beberapa program pembangunan ekonomi dan keusahawanan, kepimpinan dan jati diri belia.

0 comments:

QIADAH ABIM SELANGOR TERIMA ANUGERAH TOKOH BELIA

PUCHONG, 28 Jun 2008 – Ketua HELWA ABIM Selangor, Ustazah hazlina Abdul Razak telah dipilih sebagai Tokoh Belia Wanita Negeri Selangor bagi tahun 2008. Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Majlis yang diadakan di Komplek Rakan Muda Puchong itu dihadiri oleh 1500 orang belia dan pimpinan dari pelbagai pertubuhan belia Negeri Selangor. Berbagai acara diadakan bagi memeriahkan suasana dengan berbagai acara seperti pameran, ‘drift car’, pertandingan kelab rakan Muda dan berbagai-bagai acara lagi.

Berbagai anugerah lain telah disampaikan kepada pemenang seperti Anugerah tokoh kepimpinan, tokoh kesukarelaan, tokoh keusahawanan dan anugerah pertubuhan belia negara. Semoga pengiktirafan ini akan menjadi dorongan kepada generasi muda untuk menggerakkan aktiviti pembangunan belia dengan lebih hebat lagi.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR