Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




PROGRAM DITUNDA

PROGRAM REMAJA YANG DIJADUALKAN PADA SABTU AHAD INI DI KLANG TERPAKSA DITUNDA KE TARIKH LAIN KERANA BERTEMBUNG DENGAN PROGRAM LAIN DI MASJID AL SYARIF , MERU.

YDP ABIM KLANG

1 comments:

PROGRAM JATIDIRI REMAJA

TARIKH : 22 JUN 2008 ( AHAD )
MASA : 9.00 - 2.00 PETANG
TEMPAT : SURAU HJ KAMARUDDIN, MERU KLANG
SASARAN : REMAJA BERUSIA 13-17 TAHUN ( LELAKI & PEREMPUAN)
SUMBANGAN : RM 10 SAHAJA
PENDAFTARAN: Ustazah Hazlina Abdul Razak (019-277 4175 @ lina4570@yahoo. com)

0 comments:

Tarikh baru Usrah WADAH

USRAH GABUNGAN ABIM WADAH AKAN DIADAKAN PADA 5 JULAI 2008 DI PPAK , KLANG

0 comments:

Tawaran Kerja

Sekretrariat ABIM Selangor membuka tawaran untuk mendapatkan seorang setiausaha kerja bagi membantu menggerakkan program ABIM Selangor.

Antara kretaria yang diperlukan :-
1. Lelaki yang mempunya daya juang yang tinggi.
2. Sedia berkhidmat selepas waktu pejabat.
3. Mempunyai kenderaan sendiri
4. Berminat sila hubungi Ust Zawawi 019-3339871
Digalakan tinggal di kawasan Shah Alam.

0 comments:

Majlis Helwa Daerah dan Wadah ( MAWADDAH )

Tarikh : 14 hb Jun 2008 (Sabtu)
Masa : 1.30 tengahari – 5.00 petang
Tempat : Kompleks Belia Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam

0 comments:

Kunjungan Hormat Pengarah JBS

SHAH ALAM, 9 JUN 2008 – ABIM Selangor telah mengunjungi Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor yang baru, Tuan Hj Makhruzi bin Hj Ikhsan. Rombongan ABIM Selangor diketuai oleh Yang Dipertua , Us. Mohd Zawawi Ahmad Mughni diiringi oleh Setiausaha Negeri, Us Muhamad Muszaki Mohd Ozir, Penolong Setiausaha , Sdr. Khairudin bin Abas dan Ketua HELWA ABIM Selangor Ustazah Hazlina Abd Razak.Pengarah Belia & Sukan sangat mengalu-alukan kehadiran ABIM dan sangat gembira dengan kunjungan tersebut kerana dapat merapatkan ukhuwwah dan berkenalan dengan lebih dekat lagi. Beliau mengesyorkan agar pimpinan ABIM dapat merebut peluang program-program kementerian belia seperti Program rakan muda dan Program Tabung Ekonomi Belia.

0 comments:

Usrah WADAH Selangor

31 Mei 2008, Meru - WADAH Selangor telah mengadakan usrah di Pusat Pendidikan ABIM Klang (PPAK), Meru. Ahli-ahli yang menghadiri usrah tersebut telah disajikan dengan satu pembentangan kertas kerja dengan tajuk Fikrah Khalifah Dalam Kumpulan Syiah yang dibentangkan oleh Ustaz Hj Kasno Kader yang merupakan mantan YDP ABIM Selangor. Pada pembentangan yang dibuat, ahli-ahli diseru untuk memelihara pendekatan ahli sunnah wal jamaah dan menolak fahaman Syiah agar umat terkeluar daripada sebarang keserabutan aqidah. Namun, satu usaha perlu diadakan bagi mengadakan dialog dari semasa ke semasa dengan pengikut Syiah agar keserabutan ini dapat dirungkaikan. Selain ahli-ahli WADAH, ahli-ahli ABIM dari Daerah Klang dan Negeri Selangor turut menghadiri usrah ini.
Usrah yang berikutnya adalah pada 28 Jun 2008 (Sabtu) mulai jam 9.30 pagi di PPAK Meru dengan tajuk "Menjana Pemikiran Kepimpinan Gerakan Masa Hadapan". Usrah Gabungan ini akan diisi oleh wakil daripada ABIM Pusat dan WADAH Selangor.

0 comments:

Seminar Keluarga Bahagia - ABIM Gombak

Abim daerah Gombak dengan kerjasama Persatuan Belia Kg. Selayang Pandang telah menganjurkan Seminar Keluarga Bahagia pada 31 Mei 2008 bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Selayang Pandang, Selayang. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Tn. Hj. Hamzah Abdullah, Ketua Kampung Selayang Pandang. Ceramah Menangani Konflik Dalam Rumahtangga disampaikan oleh Dr. Amaludin Abd Rahman, Pensyarah Kanan Fakulti & Jabatan Ekologi Sosial, UPM. Diikuti ceramah mengenai Tips Mendidik Anak-anak yang disampaikan oleh Ustazah Hazlina Abdul Razak, Ketua Helwa Abim Selangor. Majlis Penutupan disempurnakan oleh Ustaz Muhamad Muszaki bin Mohd Ozir, Setiausaha Abim Selangor. Program ini dimeriahkan dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berusia di antara 5 hingga 9 tahun di dewan bersebelahan.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR