Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




jOm pRo gRam - ZIARAH MUALIDUR RASUL

Anjuran : Jabatan Belia Selangor, JAIS, ABIM dan PERKIM
Tarikh : 25 Mei 2008
Tempat : Hotel De Palma Shah Alam
Masa : 8.30 pagi - 4.00 petang

Terbuka kepada semua REMAJA...

0 comments:

Kem Motivasi Cuti Sekolah

Tarikh : 30 Mei - 1 Jun 2008
Tempat : Kem Rimba Ria, Sg Congkak
Sasaran : 80 peserta tingkatan 1-5
Bayaran : RM30 seorang
Fasilitator : PEPIAS

3 comments:

Muktamar Sanawi ABIM Selangor yang ke-36

18 Mei 2008 - Muktamar Sanawi ABIM Selangor yang ke-36 telah berlangsung di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam. Berikut adalah Pemimpin Kanan ABIM Selangor yang baru.

Yang Di Pertua: Mohd Zawawi Ahmad Mughni
Timbalan Yang Di Pertua: Mohd Naim Mohd Noor
Setiausaha: Muhamad Muszaki Mohd Ozir
Penolong Setiausaha: Khairudin Abas
Setiausaha Kewangan: Khairul Hamzani Hamid
Ketua HELWA: Hazlina Abdul Razak

0 comments:

Lawatan Kerja YDP ke ABIM Mesir


Kaherah - Sdr Shirajuddin Sirat, YDP ABIM Selangor berada di Mesir pada 4 - 14 Mei 2008 atas urusan kerja. Beliau menguruskan permohonan hampir 200 pelajar lepasan SPM dari Malaysia yang ingin menyambung pengajian ijazah sarjana muda mereka dalam bidang perubatan dan pergigian di 3 buah universiti di Mesir. Pada kesempatan ini, beliau telah mengunjungi dan berbincang dengan qiyadah ABIM Mesir bagi mendapatkan kerjasama untuk membantu urusan logistik dan pendaftaran para pelajar tersebut. Para pelajar ini dijangka bertolak dari Malaysia pada penghujung Ogos 2008 bagi memulakan sesi pengajian pada pertengahan September 2008.

0 comments:

Sekretariat Baru ABIM Selangor



Shah Alam , 6 Mei –ABIM Selangor telah mengadakan Majlis Doa Selamat dan Bacaan Yasin sempena pembukaan Sekretariat ABIM Selangor yang baru. Sekretariat yang diberi nama Anjung Berkat ini terletak di aras 2, Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam berhampiran dengan Restoran Mc Donald. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri, Setiausaha Negeri dan Ketua HELWA Negeri, Yang Dipertua ABIM Shah Alam dan Setiausaha Agung PEPIAS.

Selepas Solat Maghrib, satu perbincangan maya bersama Setiausaha Agung ABIM, Saudara Ariffin Mohamad Munir telah diadakan. Tujuan perbincangan Maya ini ialah untuk menguji keberkesanan medium telediskus ini dalam pengurusan jamaah ABIM. Beberapa perkara berkaitan sekretariat dan program-program terdekat telah dibincangankan antara Anjung Rahmat dan Anjung Berkat.

Solat Isya’ telah diimamkan oleh Al Fadhil Ustaz Muszaki Mohamad Ozir, Pengurus Masjid Mujahidin, Damansara yang juga Setiausaha ABIM Negeri Selangor. Ketua HELWA Selangor, Al Fadhilah Ustazah Hazlina Abdul Razak telah membuat pengisian ’ ’Ruhiyyah Akliyyah ’, membicarakan topik Mencari Habuan dunia dan Akhirat ( Surah Al Qasas, 28 : 77 ). Perbincangan topik ini telah berjaya menarik minat hadirin untuk turut sama berbahas dan berkongsi ilmu dan pengalaman hayat untuk memantapkan lagi kupasan topik pada malam tersebut.

Majlis tersebut telah diakhiri dengan jamuan istimewa. Semua yang hadir berharap dan berdoa semoga Anjung berkat ini akan menjadi garisan permulaan untuk memacu perlumbaan yang semakin hebat di dalam arena dakwah.

0 comments:

Helwa ABIM Bersama Umat (HABU)

Tanjung Karang, 11 Mei - Helwa ABIM Bersama Umat (HABU) telah selamat dijayakan dengan kehadiran 50 orang peserta dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Objektif program ini adalah memurnikan hubungan antara pendokong-pendokong helwa dengan masyarakat setempat. Program anjuran Helwa ABIM Tanjung Karang dan Helwa ABIM Selangor ini telah dimulakan dengan ceramah kesihatan oleh Prof. Dr. Nor Zuraida Zainal dengan tajuk Pengurusan Hidup Di Usia Senja. Beliau menjelaskan dengan terperinci tentang bagaimana perubahan-perubahan spiritual, intektual, emosi, sosial, fizikal dan seksual apabila seseorang individu itu memasuki tahap warga emas. Di samping itu, beliau menekankan betapa perlunya mengambil pemakanan seimbang dan pemeriksaan kesihatan dilakukan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap kesihatan kita.


Prof Dr. Nor Zuraida juga menerangkan tentang kanser payu dara yang menjadi pembunuh utama wanita Malaysia. Faktor-faktor risiko yang menyebabkan kanser ini seperti wanita-wanita yang baligh awal, wanita yang baligh lambat, wanita yang tidak menyusukan anak, pengambilan makanan yang berlemak turut dijelaskan oleh beliau. Di samping itu, beliau menunjuk ajar bagaimana PSP dilakukan bagi pengesanan awal kanser tersebut.

Pemeriksaan kesihatan percuma seperti mengukur tahap glukosa dalam darah, tekanan darah, BMI dan ukuran lilit pinggang untuk mengetahui risiko penyakit kencing manis turut diadakan.

Di samping itu, kanak-kanak yang datang bersama ibu turut diraikan. Mereka menyertai pertandingan mewarna yang dianjurkan serentak dengan ceramah kesihatan. Kemudian adik-adik ini dihiburkan dengan tayangan filem `Muhamad Pesuruh Allah’. Malahan, wajah-wajah comel ini bertambah ceria apabila mendapat habuan hasil kerja tangan yang dilakukan.

0 comments:

Hari Helwa Bersama Ummah

Helwa ABIM Selangor akan menganjurkan satu mini karnival
Tarikh: 11 Mei 2008 (Ahad)
Masa : 9 pagi hingga 2 petang
Tempat: Surau Darul Ma'arif, Tanjung Karang
Aktiviti:
Ceramah Kesihatan
Pemeriksaan Kesihatan Percuma
Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
Ceramah Motivasi Remaja
Tayangan Video-Muhamad the Messenger

Layari: http://helwaselangor.blogspot.com/

0 comments:

Program ABIM Shah Alam

Program sambutan Maulidur Rasul anjuran ABIM dan Kompleks Darus Salim Subang mendapat sambutan lebih 200 orang. Program ini dikendalikan oleh panel penceramah iaitu Ybhg Dr. Muhamad Nur Manuty dan Uutaz Zamri Zainal Abidin.

0 comments:

Ziarah Hospital Tanjung Karang




0 comments:

Training of Trainers PEPIAS

Tarikh: 15 - 17 April 2008
Tempat: Kem Rimba Ria Suara Hutan

0 comments:

Program PEPIAS di Sekolah

  • SMK Telok Panglima Garang (26 - 27 April 2008)
  • SK Jalan Kebun (3 - 4 Mei 2008)

0 comments:

Latihan Kefasilitatoran dan Pengurusan Program (LAKEP)

Tarikh: 2-4 Mei 2008
Tempat: Kem Bumi Jati, Jalan Kebun Klang
Anjuran: PEPIAS

0 comments:

PROGRAM MOTIVASI DAN JATIDIRI

Tarikh: 3 - 4 Mei 2008
Tempat: Kem Rimba Ria , Sg Congkak, Selangor
Peserta : 70 orang
Anjuran bersama: ABIM Selangor, PEPIAS dan PIBG SK JALAN KEBUN

0 comments:

Bahagia Menjadi Gadis anjuran HELWA

1 Mei 2008, KLANG - Helwa ABIM Selangor dengan kerjasama Masjid Sungai Udang, Klang telah mengadakan satu program bertajuk “Bahagia Menjadi Gadis”. Program ini telah dijayakan oleh Ustazah Hajjah Hazlina Abdul Razak, Ketua Helwa ABIM Selangor dengan bantuan sepuluh orang fasilitator.
Beliau menerangkan dengan terperinci tentang konsep baligh menurut pandangan islam dan perlembagaan Malaysia. Disamping itu, penceramah turut mengupas perubahan-perubahan fizikal, emosi dan intektual gadis baligh.
Beliau menekankan perlunya sifat malu ditanamkan dalam diri setiap individu. Remaja juga diingatkan supaya sentiasa bertegas dan berani mengatakan TIDAK kepada rakan sebaya dan orang asing yang mengajak kepada gejala yang tidak baik. Sememangnya, sifat-sifat ini merupakan benteng pertahanan diri dari terjerumus ke dalam gejala yang tidak sihat seperti merokok, pergaulan bebas dan sebagainya.
Para peserta juga diajukan beberapa soalan berkenaan tahap kendiri masing-masing. Ternyata, kebanyakan peserta mempunyai tahap kendiri yang baik. Mereka juga disarankan agar menghafaz ayat 128 hingga 129 surah al-Taubah sebagai pendinding daripada santau.
Harapan para peserta agar program sebegini dapat diteruskan supaya mereka lebih mengenal diri serta dapat mengukuhkan jati diri sebagai muslimah yang berwibawa.

0 comments:

SEKRETARIAT ABIM SELANGOR

SUITE 2-2-06 JLN RU 3/9A,
BLOK 2 WISMA MAISSEKSYEN 3,
40000 SHAH ALAM, SELANGOR.
NO TELEFON/ FAKS : 03-55118994

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR