Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Pertandingan Muhibbah Futsal IKRAK-PEKKA

9 Disember 2006 – ABIM Daerah Bangi melalui sekretariat PEKKA (Pusat Khidmat Komuniti ABIM Selangor) dengan kerjasama IKRAK (Ikatan Kreatif Anak-anak ABIM PKPIM) menjayakan Pertandingan Muhibbah Futsal IKRAK-PEKKA di Megah Futsal Centre. Pertandingan ini mendapat sambutan menggalakkan daripada 4 pasukan kategori sekolah rendah, 6 pasukan kategori sekolah menengah, dan 6 pasukan kategori IPT. Antara pasukan yang mengambil bahagian merupakan pelajar SERI / SEMI ABIM, Tahfiz ABIM, Sekolah Al-Amin, SAMBBST, Kolej Darul Hikmah, dan Malaysia France Institute. Pentandingan selama 6 jam menggunakan 2 gelanggang serentak menyaksikan pelawanan menarik antara pasukan-pasukan bertanding. Malah kejohanan ini tidak menghalang para peserta untuk berpakaian menutup aurat dan solat zuhur berjemaah dalam gelanggang.

Berikut adalah keputusan perlawanan:-



Kategori IPT
Pertama: Naza
Kedua: TJ FC
Ketiga: SAF FC
Keempat: Siddiq FC

Kategori Sekolah Menengah
Pertama: Salman
Kedua: Skuad Futsal Sham
Ketiga: Kepak Ayam
Keempat: SAMBBST

Kategori Sekolah Rendah
Pertama: ABIM Klang
Kedua: Double Nine
Ketiga: Gen 2


[ Klik pada gambar untuk lebih jelas]

1 comments:

Ziarah ke ABIM Kelantan (WEB TV)

30 November – 2 Disember 2006. Rombongan ABIM Selangor diketuai Yang Dipertua, Saudara Shirajuddin Sirat disambut Setiausaha ABIM Kelantan, Saudara Mazelan Mat Zali di Sekretariat ABIM Kelantan, Jalan Pengkalan Chepa. Kami mengikuti kuliah tafsir mingguan Ustaz Mohamad Mustafa di Kompleks Masjid Hikmah. Kuliah yang diadakan setiap pagi jumaat mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat. Seterusnya kami berangkat ke pusat IOA (Islamic Outreach ABIM) di Kok Lanas. Kami diberi taklimat dan beramah mesra dengan anak-anak muslim orang asli. Dalam perjalanan, kami singgah di rumah kelahiran Presiden ABIM, Saudara Yusri Mohamad. Kami bermalam di rumah mantan pemimpin ABIM, Saudara Wan Abdul Rahman Wan Hussin di Wakaf Bahru. Kami sempat melihat tapak asal masjid Nilam Puri sebelum menyelusuri sungai Kelantan dengan perkhidmatan bot penumpang. Setibanya di Pangkalan Chepa, kami diberi taklimat perkembangan ABIM Kelantan dan beramah mesra dengan warga kerja sekretariat. Seterusnya kami menziarahi kompleks anak yatim dan fakir miskin di bawah pengurusan YAATIM (Yayasan Anak-anak Yatim Kelantan) iaitu Rumah Putera Harapan dan Rumah Puteri Harapan. ABIM Kelantan mengalu-ngalukan sumbangan sektor korporat dan orang ramai untuk membantu anak-anak yatim dan mengimarahkan masjid yang baru dibina.
[ Klik pada gambar untuk lebih jelas]

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR