Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Mesyuarat Agung Khas PEPIAS


Mesyuarat Agung Khas PEPIAS akan diadakan pada 23 April 2006 di Gombak Setia.

1 comments:

Tokoh Anugerah Maulidur Rasul


Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir, pemimpin ABIM Daerah Bangi mendapat Anugerah Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan.

Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir dilahirkan pada II Julai 1966 di Taiping, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah King Edward VII, Taiping Perak. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian-Genetik (1989) dan Sarjana Sains-Genetik Molekul ( 1993) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah-Kejuruteraan Genetik Tumbuhan ( 1998). Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Penyelidik Kanan di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Beliau menjalankan penyelidikan berhubung pengoptimuman teknik transformasi untuk menghasilkan pokok kelapa sawit transgenik menggunakan kaedah penembakan zarah (biolistik). Kaedah ini membolehkan pemindahan gen-gen asing ke dalam kelapa sawit dilakukan secara rutin bagi meninggikan kualiti dan hasil minyak sawit menggunakan kejuruteraan genetik. Penemuan ini telah berjaya meningkatkan kualiti pokok kelapa sawit sekaligus meninggikan kualiti produk berasaskan kelapa sawit.

Di antara penghargaan yang telah diterima oleh beliau ialah Anugerah Wilton R. Earle (Pembentangan Pelajar Terbaik, Congress on In Vitro Biology, The Society of In Vitro Biology, USA, 1998); Anugerah Travel Grant Northern Territory Government, Australia (4th Asia Pasific Conference on Agriculture Biotechnology, 1998); Anugerah Medal Emas, Biotechnology Innovations for The Palm Oil Industry bersempena Sambutan 10 Years Achievements (1987-1998) of MPOB (1998); Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPOB ( 1998) dan Anugerah Penerbitan Terbaik MPOB ( 1997 dan 1998).

1 comments:

Anugerah Maulidur Rasul peringkat Selangor



11 April 2006 - Kontigen HELWA ABIM Selangor telah mendapat Johan Sepanduk Terbaik bagi kategori badan bukan kerajaan dan swasta sempena Perarakan dan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Selangor yang berlangsung di Shah Alam.

0 comments:

Kem Solat Cemerlang





25-26 Mac 2006 - Kem Solat Cemerlang telah diadakan di Surau As-Sobah, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Program anjuran ABIM Daerah Bangi dan Pusat Khidmat Komuniti ABIM Selangor(PEKKA) Daerah Bangi ini disertai oleh 82 orang pelajar yang tinggal sekitar Bandar Baru Bangi. Kem ini terbuka kepada peserta yang berumur 7 hingga 15 tahun dan mereka bermalam di surau. Ia menekankan aspek pembentukan peserta ke arah solat yang sempurna. Kandungan kem yang penuh dengan bengkel, amali dan praktikal dibentuk agar para peserta dapat menghayati solat dengan lebih mendalam dengan panduan fasilitator daripada Kolej Dar Al-Hikmah (KDH). Ceramah bertajuk "Solat Membina Peribadi Insani'" oleh saudara Azlan Arshad turut disampaikan kepada para peserta. Bagi menjana kekuatan rohani, qiyamullail turut dilaksanakan dengan bimbingan Dr. Maimon Aqsa, Pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau juga memberikan kuliah Subuh bertajuk "Rahsia Khusyuk Dalam Solat". Majlis Penutup disempurnakan oleh Ustaz Mat Radzi Mat Ali, Pemangku Yang DiPertua ABIM Daerah Bangi dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta.

2 comments:

Kursus Budaya Pelajar Cemerlang




11-13 Mac 2006 - Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi (SRAIBBB)dengan kerjasama ABIM Daerah Bangi telah menganjurkan Kursus Budaya Cemerlang. Kursus yang diadakan khas untuk murid-murid darjah 6 dan sebilangan murid darjah 5 ini diadakan bagi membantu murid-murid mengenalpasti potensi diri dalam dunia akademik untuk mencapai kejayaan yang gemilang. Pelbagai teknik belajar dan pengurusan masa berkesan dikongsi bersama Encik Azlan Arshad. Turut diadakan slot mengenal potensi diri dan belajar Bahasa Inggeris oleh Puan Nazerah Ariffin. Selain itu, latihan dalam kumpulan turut diadakan dengan bimbingan para fasilitator terlatih dari Kolej Dar Al-Hikmah.

Walaupun kejayaan di dunia amat dikehendaki, bekalan ke akhirat juga tidak dilupakan. Murid-murid didedahkan dengan aspek thaharah, wuduk, solat, bacaan surah-surah lazim al-Quran, zikir munajat dan sebagainya bagi menjamin bekalan kehidupan berlandasan ajaran Allah S.W.T. Kemuncak kursus pula diadakan majlis penutup yang dipenuhi dengan pelbagai persembahan bercirikan perubahan positif mereka ke arah kecemerlangan daripada murid-murid SRAIBBB.

0 comments:

Ceramah Maulidur Rasul

Tajuk :"Keunggulan Peribadi Rasulullah Cermin Keperibadian Ummah"
Tarikh : 11 April 2006 (Selasa)
Masa : 7.30 malam - 9.30 malam
Tempat : Surau As-Sobah , Seksyen 3, Jalan 3/4, Bandar Baru Bangi
Penceramah : Ustaz Hasri Harun, YDP ABIM Selangor.
Anjuran : ABIM Daerah Bangi dengan kerjasama Surau As-Sobah dan Pusat Khidmat Komuniti ABIM Selangor (PEKKA) Daerah Bangi.

1 comments:

Program PEPIAS


11-13 Mac 2006 - Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (PEPIAS) menganjurkan Program Motivasi dan Jatidiri di Sekolah Agama Rendah Kayu Ara, Damansara. Seramai 120 orang peserta terdiri daripada murid darjah 6 menyertai program tersebut.

1 comments:

Program Mesra Belia Daerah Kuala Langat




31 Mac-2 April 2006 - ABIM Selangor telah mengambil bahagian dalam Program Mesra Belia anjuran Majlis Belia Selangor di Kampung Kundang, Kuala Langat. ABIM diberi tanggungjawab mengendalikan Perhimpunan Hikmah atau Ceramah Sosial. Klinik Kesihatan percuma anjuran ABIM mendapat sambutan hebat. Risalah-risalah percuma JAIS diedarkan di gerai ABIM. ABIM telah mendapat pujian kerana menghantar anak angkat yang berkualiti selaku duta Majlis Belia Selangor.

0 comments:

Majlis Pengisytiharan WADAH Selangor



26 Mac 2006 - Majlis Pengisytiharan Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) Selangor telah diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam. Seramai 30 ahli WADAH dan ABIM menghadiri majlis yang dirasmikan oleh Tn. Hj. Abdul Halim Ismail, Setiausaha Agung WADAH Pusat. Ust. Hasri Harun, YDP ABIM Selangor mengumumkan saf pimpinan WADAH Selangor. Tn. Hj. Yusof Hassan yang terpilih sebagai Pengerusi WADAH Selangor diberi kesempatan untuk menyampaikan ucapan amanat beliau. Majlis disusuli dengan perbahasan ucapan dan persembahan multimedia aktiviti ABIM Selangor.

0 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR