Gerakan Belia Islam Yang Memperjuangkan Kebenaran dan Keadilan




Bengkel Pengurusan Diri siri 3

Topik : TIME VALUE OF MONEY & TAKAFUL
Tarikh: DIPINDA KE TARIKH BARU
Tempat: Aras 4, Kompleks Belia dan kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam
Sasaran: Belia, remaja, graduan, eksekutif muda, anak-anak dan sebagainya
Anjuran: KBI Selangor & ABIM Shah Alam

Sila daftar sebelum atau pada 1 April 2006. Hubungi En. P. Aizan 013-2240837

1 comments:

KEM SOLAT CEMERLANG


Kem Solat Cemerlang akan diadakan pada 25 hingga 26 Mac 2006 bertempat di Surau As-Sobah, Jalan 3/4, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Program anjuran Pusat Khidmat Komuniti ABIM Selangor (PEKKA) Daerah Bangi menyediakan modul ceramah, bengkel dan amali oleh fasilitator yang berkemahiran. Qiyamullail turut diadakan untuk menjana kekuatan rohani para peserta. Peserta berumur 7 hingga 12 tahun (sekolah rendah) dan 13 hingga 15 tahun (sekolah menengah). Yuran Penyertaan
cuma RM 10.00. Untuk penyertaan, sila hubungi: Nurhayati : 012-6900094 Ummi Salwa : 012-6293641 atau e-mel : pekkabangi@yahoo.com.

0 comments:

Seminar Keibubapaan, Ceramah Black Metal, Ceramah Kesihatan

5 Mac 2006 - Seminar Keibubapaan dan ceramah Black Metal oleh Naib Presiden ABIM dan Pengerusi PERKID di Pusat Pendidikan ABIM Klang. Selain itu turut diadakan ceramah kesihatan oleh Exco Kesihatan ABIM Selangor.



4 comments:

Majlis Ramah Mesra KBI Selangor



4 Mac 2006 - Koperasi Belia Islam (KBI) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kawasan Selangor Darul Ehsan dan Majlis Ramah Mesra di Maktab Kerjasama Malaysia (MKM). Dalam majlis tersebut, Hj Wan Abdul Rahman Wan Hussein selaku Pengurus KBI telah menyampaikan ucapan kepada 250 ahli KBI. KBI terlibat secara aktif dalam hartanah, ICT, aktiviti saham, KBMC, dan KDH.

0 comments:

Program Mesra Belia Selangor 2006




24-26 Februari 2006 - Majlis Belia Selangor telah mengadakan Program Mesra Belia Selangor 2006 di Felda Gedangsa, Hulu Selangor. Program bertemakan Belia Benci Dadah telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohamed Idris, ADUN Hulu Bernam. Program keluarga angkat ini dimeriahkan dengan pertandingan syarahan dan mewarna bagi pelajar sekolah. ABIM Selangor mengendalikan beberapa aktiviti termasuk ceramah agama dan kuliah subuh. Global Peace Mission telah membuka gerai pameran dan klinik kesihatan percuma sepanjang program.

1 comments:

Copyright © 2013 ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) SELANGOR